NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Tuesday, February 21, 2012

Budi bahasa budaya kita

Wah gitu. Tajuk post ntah apa-apa lah kan.Macam nak bagi kesedaran gitu,Terutama pada diri sendir...:-P

Sebab apa bagi tajuk gitu.Ni ha aku nak cerita. Since aku ni ada pengalaman 'stillbirth',jadi everytime pregnant memang aku kena pantau which mean berat,makan minum,baby aku semua lah kena pantau. Walaupun benda tu kadang mengannoyingkan aku,tapi sebab nak baby sihat semua,ku turuti jua..

Jadi bila dah jadi kes macam ni, masa first kena buat minum air gula untuk pregnancy ni, kadar ujian tu agaklah tinggi sikit..:-)(tak nak ngaku tu)
So masa checking2 tu,jumpa doktor,si doc ni bagilah pulak appointment untuk dengar ceramah ke apa ke ntah lah kat hospital. Part ni memang aku tak suka. Langsung tak suka. Sebab aku bukan jenis suka ambik cuti melainkan aku betul2 perlu ambik cuti. Kalau anak aku sakit,memang sah-sah lah ambik emergency leave je. Yang pergi check2 every month, pegi itu ini takde maknanya aku nak ambik cuti. Kang nak raya nanti tak leh cuti panjang susah pulak.(tiba2 je masok mode beraya). Appointment kata pergi ke hospital jam 9.30. Katanya sebelum 9.30 tu kena datanglah. Yang best part bila tak bagitahu kat mana tempat tu. Iyelah kat hospital,tapi kat pakar mana,which building tu langsung tak diberitahu. Yang aku tahu ni kompom2 memang banyak lah yang kena pergi juga.

Jadi Jumaat (17.02.2012) tu aku pegilah ke hospital.ok,aku sampai2 je dalam 8.30 gitu. Jadi aku pusing punya pusing punya pusing,terus masok ke bahagian pakar 5. Tanya kat nurse situ, dia kata pergi ke bahagian pakar 3.
Aku pegi jalan terkedek-kedek ke bahagian pakar 3, kat sini ada jumpa 1 chinese lady yang sama gak macam aku nak pergi ceramah ni.
Pergi kat kaunter, nurse cakap tunggu lah dalam kol 9.30pagi sebab orang yang incharge tak sampai lagi. Aku tanya dia ' Memang selalu ada ke ceramah ni? Ye, ada. Tapi biasanya appointment Selasa hingga Khamis. Biasanya Isnin dan Jumaat diorang ni tutup'. Maksud dia tutup tu bilik yang biasa digunakan tu. Huh...Aku dah start ni bengang giler.
Almost 9.20 camtu aku rasa kot...masa ni dah banyak dah mak2 buyong ni menunggu sebab masing2 cakap diorang disuruh tunggu di situ. Tengah-tengah tunggu tu, salah seorang nurse cakap pergi kat area dapur. Iye...DAPOR..ceramah dibuat di dapur.

Masa ni aku tanya dia, 'kat mana dapor?' korang nak tau dia jawab apa...' pergi keluar,baca papan tanda ada tulis dapur atau kitchen,asal pandai baca je'...aku terus naik hantu situ jugak di tengah-tengah mak buyung yang lain...aku jawab dia balik..'memanglah pandai baca, dah tadi disuruh tunggu sini,kitorang tunggulah..at least tunjukkan kat area mana nak pergi..kiri ke kanan ke'....nurse tu diam terus masok kaunter n aku siap bagi jelingan manja gitu....kan dah kena bambu....

Aku tak cakap aku ni tak pernah kurang ajar dengan orang. Memang pernah tapi hanya akan berlaku kalau orang-orang begini start kurang ajar dengan aku dulu. Aku pun keja gomen jugak,sama jugak menjaga kaunter and deal dengan public...So,tak yah nak mencemarkan nama baik kau dengan sibuk bercakap macam tu bila aku dah tanya baik2. Menjawab pun macam apa. Nasib dia baik sangat sebab aku tak sempat tengok name tag dia. Kalau tak aku dah sebut,jaja nama dia kat sini.

Kebanyakan yang kerja in this line memang macam gitu kot. Merempan tak tentu pasal. Bagi aku senang je,ko dah terima nak bekerja macam tu as a nurse ke, polis ke, army ke semua kerja yang macam ni memang tak tentu masa. Alway on call whatsoever,tapi tak boleh lah ko buat orang lain macam kan orang lain ni tak paham kan kerja ko yang tak ikut office hour. Nasib baik ceramah tak lama.

Tak pasal-pasal mood aku bengis hari tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...