NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Monday, February 13, 2012

Mandi manda

Ahad lepas aku bawa anak2 aku pergi mandi.Dah lama sangat tangguh sampaikan panglima aku asyik lah tanya bila nak bawa pergi berenang.Yang si bunga idaklah pandai nak minta itu ini.Baru je setahun lebih.Kalau dia pandai minta itu ini memang aku pengsan lah jawabnya.
Since Sabtu apak diorang keja,so aku decide bawa on Sunday.Jadi Ahad tu memang bangun awal sikit lah kot(awal2 pun kol 9 gak aku bangun)...Hahahahhaha.Bangun tu,cuci muka,berus gigi terus bersilat aku di dapor.Yang anak2 nye aku bagi kat laki aku untuk siapkan.Bagi baju untuk berenang terus.Tak kuasa aku nak tukar2 banyak kali.
Jadi,pagi2 tu aku masak nuget,kentang goreng,buat air,bawa keropok,n sediakan baju untuk diorang lepas mandi manda.Nuget tu sebenarnya untuk aku..hehheheh....sebab sejak memboyot lagi ni suka benar makan nuget.Taknak nuget lain ni.Nak jenama Ramly tu jugak.
Jam 10.30 sharp kitorang ger dari rumah.Takde lah jauh mana pun,dalam 15-20 minit je dari rumah.Panglima aku sampai2 je terus tinggalkan mak bapak dia. Main tinggal je barang2 sendiri ni.Hissshhhh. Since laki aku bawa si bunga,so aku terkedek2 jalan kat blakang.Diorang siap pakai shorcut tu.Sakit hati ni.Yang aku ni kenalah ikut jalan betol2.Kang terjatuh lak dari bukit tu sapa nak ngangkat.
 Tempat ni memang memang khas untuk budak2 tapi aku cakap kat kau memang tak bersih dah tempat ni.Nyesal aku bawa diorang pergi. Last aku bawa panglima aku pergi 3-4 bulan lepas kot.Masa tu masih bersih.Ahad tu aku pergi banyak dah tumbuh kulat kat dasar kolam tu.Kat tengah kolam tu ada tampat main macam kapal tu.Itupun tak teratur dan tak terselenggara(ada eh word ni). Nak tak nak kena pejam mata jap sebab panglima aku dah excited ni nak terjun.SI bunga pun kan main lagi sejak dah berkaki ni sibok berdiri tepi kolam tu nak masok jugak.Aku suruh apak diorang bawa bunga main air.Memang dia berendam jugak,jalan2 dalam air tu.Yang si laki aku bukan main lagi dengan topi ala2 penjual bunga tepi jalan tu,macam panas sangat lah kan.
Sorry eh,aku tak ambik gamabr sebab sedap sangat membahan nuget.Aku sorang makan..Hahhahaha.Dah anak2 n bapak tu tgh sronok main air,buat apa nak kacau ye.Baik aku isi perut bagi anak dalam perut ni konyang sekonyang-konyangnye.1/2 jam pastu je br laki aku suruh aku layan si bunga lak.Amboiiii,si bunga bukan main ni...Ada satu air pancut tu yang tak berapa nak pancut dah,air tu deras kot..dia main lah kat situ,nak balik kat apak dia,bunga pusing balik.Berkali2 dia buat camtu.Dah lah siap main air tu letak kat tapak tangan dia,sampai aku kat tepi pun basah skali.Ishhhh...Dahlah jenis pantang baju basah ni,tak selesa mak.
Panglima aku???Toksah tanya.Takkan nye nak ingat family dah.Tahu bawa diri je tu.Sedap ngko dia pusing2,turun naik,kenal kawan itu ini. Yang part kawan ni aku cakap kat ngko,dia sibuk lah cari budak perempuan nam wawa yang dia kenal masa last time kitorang pegi bawa dia ke situ which is 3-4 months ago.Camne tu?Ntah apa budak tu bagi kat anak aku sampai teringat2 cmtu.Bajet macam panglima aku hot je kan..Hahhahhahah.
Aku stay situ dalam sejam je sebab mata aku betol2 tak tahan tengok kolam tu berkeladak sangat.N si bunga pun dah letih n ngantok.Jadi,lepas sejam,bawa bunga naik,bagi mandi air bersih jap...si abang lantak lah.Dah pandai bawa diri tu.Mandi pun sendiri2 dah.Pastu kitorang singgah kat pasar jap semata2 nak beli kopi yang laki aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tu.Kalau idak bukan main susah kalau kopi bukan jenis yang dia suka.
Dah tu kitorang balik je terus sebab aku tengok anak2 dah penat je ruponye. Balik 2 je ingat kan nak masak sebab barang 2 yang nak dimasak aku dah buat pagi2 tadi,so aku tak sibok2 nak buat preparation lah kan.Nasi memang dah masak awal ni.Yang si bunga masa dalam keta dah hanyut di alam mimpi.Balik tu pun pun dia sambong lagi.Aku cakap kat laki aku kalau boleh tolong masak lah kan.Nan ado.....dia pun sama nak sambong tido sbb tengok si bunga dah tido.Siap letak lagi tilam kat ruang tamu. Aku??Masa ni aku dah join diorang,tapi buka tv jap sebab nak tengok JJCM masa tu.Layan betul tengok Qi ni makan.Macam sedap je kan.Terlioq jap. Panglima aku asyik terjun sana,terjun sini,lompat sana-sini.
Kesimpulan nye aku tak masak sebab aku tertido.Tertido sampai jam 1.30..Aku bangun tu sebab si panglima aku tak pandai dudok diam.Aku sedar terus marah dia,suruh off kan tv n suruh dia baring.Skali kau,smua jemaah tido  sampai jam 5 petang.Si bunga yang amatlah jarang nak tido sampai 2-3 jam tu pun santak jugak.....Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..Macam ini kalu,mahu nya aku bawa pegi berendam 2-3 jam kat kolam,balik je terus smua hanyuttttttttttttttttttttttt....Sonang sikit keje kan.

Malam tu aku masak satu lauk je...Sayur terung asam(ada kat Sarawak je) or maybe ada jugak kat Sabah.aku tak tahu.Nanti2 lah aku letak gambar sayor tu kat sini.Kan tadi aku cakap aku dah standy barang2 nak masak untuk lunch.Ada satu daging ni aku tak rendam.Bukan tak rendam,tapi daging ni jenis yang dah direbus or layur oleh orang yang jual tu,so aku rendam,tapi tak direct,rendam tu dengan daging tu masih dalam ais.Si laki aku masa bangun tido,cari benda nak dimakan,dia pegi buang air tu, n letak daging tu kat sink je...Terbiar mcm tu. Aku masak untuk makan malam dalam kol 8 lebih kot.Aku cium bau daging tu dah lain macam.Huhuhuhuhuhuhuh...Tapi gamble gak masak dengan terung asam tu..Masak apa ntah aku pun tak tahu.Main campak je tu.Tumis ngan bwg putih sikit,letak kicap,then masok air biar daging empuk n masuk sayur,perasakan sikit...then biar kejap,siapppppppppppppp....Layan pulak makan dengan nasi panas,dan sambal halia campur ikan bilis yang laki aku buat...Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,licinnnnnnnnnnnnn...Sampai ke periuk nasi pun licin.

Kenyang kan??/Sejam selepas itu,kami kembali berjemaah tido.hahhahahhahah..Itulah weekend kami.

Takde gambar k...Nanti2 lah kot next post ke bila2 aku akan masukkan gambar sikit2. ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...