NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Wednesday, February 15, 2012

Realiti kehidupan..


Macam apa ko buat bayi ni...

Sumpah aku tak tahu mana pergi nilai-nilai perikemanusiaan orang yang buat macam ni. Dulu heboh kan kes-kes buang bayi,campak dari tingkat ni, tingkat tu, buang dalam mangku  tandas lah,apalah.Aduhai,takde timbul ke rasa sayang dan kasihan pada anak yang dah dibawa 9 bulan ke hulur  ke hilir,makan minum bersama,tidor bersama. Takkan takde sekelumit pun perasaan tu???
Alangkan aku yang tengok lagi kan menangis and kalau tengok iklan-iklan yang macam ni memang aku cepat-cepat buka channel lain. Nak lagi panglima aku tu dah bukan main banyak soalan sekarang ni,kalau dia tengok iklan-iklan yang ada gamabr bayi berdarah ke apa ke, dia tanya soalan tu..'kenapa adik tu?, 'adik tu sakit ke?'

See??

Budak yang umor 6 tahun tu lagi tahu erti sayang. Lagi tahu nak menghargai walaupun kadang-kadang tu dia punya sifat ambil berat tu tak berapa nak berat..:-)


Tak lama dulu memang ligat kes-kes macam ni kan.Sampai tiap hari dengar berita memang takde lah cerita lain.Yang utama memang cerita-cerita beginilah. Sampaikan ada pihak swasta dan kerajaan buat tempat itu ini sebab nak bagi perlindungan pada perempuan-perempuan dan bayi-bayi ni dari dibunuh oleh makpak sendiri. Lagi aku tak tahu kenapa masih lagi jadi. 

Pagi ni tadi aku pergi kerja,lepas hantar si panglima,kena hantar si bunga pulak. On the way tu memang dengar berita ringkas tu...Infonya ada kes jumpa mayat bayi kat tandas surau (kalau tak silap).Kan???aku pelik,mana ko letak kepala otak kau sampai sanggup buat cmtu kat darah daging sendiri. Dah tu pandai pulak letak kat tempat macam tu especially yang main letak je kat surau. Ko tak rasa insaf ek pergi ke surau ke masjid ke pastu selamba badak ko main tinggal je bayi tu kat situ biar je budak tu kesejukan,kejung,lapar,menangis,melalak sampai dah tak bernyawa? Iyelah,kalau yang ada orang jumpa tu syukur alhamdullillah. Tapi yang kalau anjing jumpa,kena gigit semut,monyet,kera jumpa....nauzubillah...tak terbayang aku.

Yang diorang ni tahu sedap je lah kan.Secara logiknya kalau diorang ni buat hal,memang akan fikir lepas ni apa jadi,kalau pregnant cmne kan. Memang ler si lelaki tu kata 'takpe,nanti sayang bertanggungjawab'...Tanggungjawab kepala hotak kau....Dah sedap,pas 3-4 bulan si pompuan dah termengandung,hah masa tu gelabah nak cari excuse.. Dah rasa sedap kan. Yang si pompuan pun alahai...DEMI CINTAKU PADAMU SAYANG..cetttt....sayanglah sangat....dah terboyot,sayang tu ke mana je dik oiiii...

Ye,memang tak semua mcm tu. Tapi kebanyakkan nya itulah penyebabnya pun. Dan si lelaki akan cakap' macam ko main dengan aku sorang lah kan'..Ntah-ntah bukan anak aku,anak lelaki lain...Itu je biasanya ayat perangkap untuk bebaskan diri dari nak menggalas tanggungjawab tu...


Aku emosi sangat bila dengar berita yang macam ni. Entah bila akan berakhir kan. Yang pasti bayi-bayi memang akan tunggu makpak diorang ni kat pintu syurga tapi mengaku ke tidak bayi-bayi ni dengan makpak diorang tu,wallahualam.


CG: Tengah baca berita ibu tunggal bunuh diri, 2 mati sebab nak duit BR1M.....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...