NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Monday, February 27, 2012

Sudah 27 Minggu

Di kala aku menaip post ni....kepalaku pusing-pusing.Pening sangat.


Sebab?
Tekanan darah aku rendah which is 10.3 and not good for me and the baby...:-(


Hari ni dah 27 minggu.Masa nak pergi check up ni aku dah rasa pening-pening,nak muntah dan lesu sangat.


Memang lah sejak 2-3 minggu ni memang macam tu lah aku ni. Makan dah,minum dah,makan pil pun dah,still rasa pening-pening.


Aku tak pernah kena simptom-simptom ni menganding yang terdahulu. Ini first time,cuma kencing manis masa mengandung memang ada dan kata dokotr penyumbang dalam pemergian anak aku yang dulu tu. Mudahan tak terjadi lagi sebab aku dapat rasa kali ni aku tak kuat.:-(


Tadi kat klinik aku sampai lebih kurang pukol 8.Letak kad dulu,pastu ke toilet.


Dah ambik kad,pergi pulak ke makmal nak check darah and kencing kan. Tengok result darah tu dah agak dah memang rendah. Dah sedia ni nak kena nasihat by nurse dan doktor. Dahlah pagi-pagi tak sempat breakfast,lagi lah bertambah pening,loya apa semua. 


Masuk je dalam bilik menunggu dengan mak-mak buyong yang lain,aku dah memang tak larat. Aku duduk tunggu giliran nak naik penimbang. Sebab diorang buat cara ko letak kad dalam bakul,pastu diorang panggil then ko timbang depan mak-mak buyong yang lain sebelum kad ko diberikan kepada nurse yang bertugas di setiap bilik. Syukur kali ni dapat giliran no 3. Itupun menunggu setengah jam juga. Dah kena panggil, dah cakap kan memang kena tegor pasal darah tu. Aku senyum je sebab memang dah tak larat tapi try tunjuk strong sebab tak nak tak pasal-pasal kena naik ambulans sebab nampak lembik ke apa ke kan...




Dah check heart beat, tekanan darah, bagi pil, aku keluar. Tapi nurse cakap kena jumpa doc sebab nak refer result air gula yang kena buat 4 kali tu dan juga darah tu tadi. Ok, yang part ni memang aku malas. Tak tahu kalau korang lah. Sebab lama betul aku tunggu. Kalu orang nak beranak,memang dah selamat dah baby keluar. Aku keluar dari bilik nurse tu jam 9 pagi. Ambik giliran kat luar bilik doc tu dapat no 31. Hah kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... Aku tunggu sampai kol 11 pagi. 


Iyelah,nampak lah macam tak lama. Dengan keadaan aku yang lembik dah, dengan duduk tu dah main sandarkan kepala ni kat dinding tu, itu dah kira azab ya amat bagi aku. Lama betul.  Aku memang takde mood lah.Sungguh takde mood.Dah kena panggil lagi sekali pulak tu menunggu dalam tu. Sebab si nurse tu panggil 2-3 orang sekaligus,so ko bayangkan masuk dalam tu,pastu ko tertengok-tengok sana sini dah macam orang tak pernah tengok benda dah. Dalam hati ni dah rasa nak menyumpah je tau..


Akhirnya giliran aku kan,aku harapkan kali ni ada scan,tapi takde. Sebab dah ada dalam buku kata kena buat scan masa 28 minggu. Kira afdal lah kalau buat scan minggu ni pun. Tapi aku dah main tak kisah. AKu nak cepat siap je semuanya. Sekali kau, doc tu suruh aku datang balik sekian date dan sekian date untuk refer tentang masalah darah dan gula tu. Ishhhhhhhhhhhh... 


Bukan mengelak tau, tapi aku paling malas nak buat yang 4 kali tu. Ulang-alik seharian ke klinik. Alahai. Pakkal je kenangkan baby, kalau idak takde makna.


Dah habis buat appointment dengan pihak makmal, masuk je dalam kereta terus rebahkan seat. Mintak nyawa kau dengan laki aku tadi. Minta beli itu ini sebab nak bagi tenaga. Tobat lah macam ni. Memang nak kena jaga makan,minum,rahat cukup ni.




Harap-harap nanti takdelah lagi benda ni jadi. N harap juga lah result semua ok. Kalau tak okey,aku yang mampus,kena lapor diri di tempat yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...