NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Thursday, February 16, 2012

WEEK 24






Ini lah rupanya kot baby aku...

Pejam celik dah 24 minggu dah rupanya...Semalam lah sebenarnya 24 minggu tu..

Ada kisah sebenarnya di sebalik pregnancy kali ni. Bagi yang kenal aku tahulah yang aku baru je dapat baby girl Januari 2011. Memang aku tak plan lah nak dapat baby lagi sebab dah ada sepasang kan. At least nak rehat 4-5 tahun baru nak tambah lagi. Tapi masa pregnant si girl ni dulu ada lah cakap2 kat laki aku kalau baby tu baby girl memang nak terus tambah,tapi aku memang takde niat ke situ.Sekadar perancangan kosong. Tapi rupa2nya laki aku serius.Dia tak cakpa pulak kau dia serius fikir pasal tu. Sekali dah baby girl ni keluar,pantang2 lepas tu memang aku ada period.

And disebabkan aku memang nak rehat kan 4-5 tahun, so aku decide nak ambik pil perancang tapi jenis jamu or herba as long bukan pil yang ada sekarang ni. Kira ni pil perancang tradisional lah.Yang kasi badan panas,smua yang tak baik2 tu keluar sekali lah tiap2 bulan kan.

Jadi,aku cari lah sapa-sapa yang jual pil perancang yang jenis macam ni di Facebook,google jugak lah. Dan pada masa ni jugak ler orang dok sibok kecoh pasal Makjun Anggun Bistari or M.A.B. Mula-mula tu memang agak payah juga nak beli sebab aku bukan peminat makjun. Dan rasa makjun ni lain sikit. Kelat-kelat. Tapi belilah jugak. For the beginning aku terus beli 2 botol in case tak sempat lah kan nak beli kali kedua . At least ada untuk back up.

Masa aku makan ni baru je lepas period. Memang sedang elok masak ranum lah tu. Dah start makn,masa tu ok lagi. 2nd day aku makan aku start mengantuk. SInce memang ada simptom-simptom yang macam tu lepas makan as stated dalam pamplet dia,so aku anggap itu biasa. Tapi memanglah,sebab kan aku makan sebelah malam, around 7.30mlm camtu aku makan...Pukol 8 aku dah tido sampai ke pagi. Memang lain lah effect ubat ni. Dan berterusan lah macam tu for 10days. Sebab aku period.

Kali ni period aku lain sangat. Warna darah gelap. Memang takde kaler merah. Yang aku ingat aku start makan MAB ni masa kita start puasa. Aku mampu puasa 10 hari je,sebab darah tak henti-henti keluar. And seller to bagitahu kena habiskan jugak balance MAB tu even tengah period. So aku teruskan makan MAB,hasilnya aku period tak henti-henti sampai nak sambut raya dah. Atas sebab itu aku jadi cuak sikit. So aku stop.

Tapi mendatangkan hasil pada aku sebab tak period langsung next 2-3 months. Ok,masa ni aku tak expect aku pregnant,sebab aku memang macam tu everytime lepas beranak. Period tak teratur,badan kembang. So tak sibok sangat. Tapi bila dah masuk bulan ke-4,aku dah start risau sebab aku ni asyik lah marah kan laki aku je. Lagi pulak aku bukan jenis asal pregnant ada loya,muntah,pening,tak larat.Tak,aku tak rasa itu semua. Jadi,aku decide beli PT.Aku beli 2 terus. So weekend tu aku check. Sanggup ni bangun awal. Masa ni laki aku dah bangun dah dan tengah buat projek apa ntah kat beranda belakang rumah.

Aku check. Sekali positifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff..............Clear lak line tu. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Aku cakap kau aku memang tak ready. Memang tak ready. Aku tunjuk kat laki aku,dia boleh senyum je..'Rezeki,yanggg'...Iyelah rezeki. sejak dari hari tu memang aku panas lah. Bukan sebab aku tak nak baby tu,tapi aku tak ready. Penat mengandung,beranak,berpantang sakit semua tu tak hilang lagi. Aku masih terasa lagi penat tu.

Aku stress sangat-sangat. Dengan bunga yang masa tu baru je 9 bulan. Masih perlu perhatian lagi tu. Amat-amat memerlukan perhatian. Tapi,itulah kan. As time goes by,aku makin okey. dapat terima secara perlahan-lahan. Mula-mula memang aku sembunyikan dari orang tapi tak pernah menafikan yang aku ada baby k.

Sekarang ni dah 6 bulan. Tak sabar plak rasa nak tengok baby ni. Dah scan. It's a boy. Nama  dah cari. Banyak sangat nama dalam list. Yang pasti si panglima aku yang paling happy sebab dah nak ada geng. Harapan aku baby ni sihat,tak banyak songeh macam abang n kakak dia.

Nak tahu camne rupa MAB??? Ni dia gambar nya......kompom kau anggun dan bistari jadinya.....


 Makjun Anggun Bistari @ MAB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...