NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Wednesday, March 14, 2012

Berita Harian Online | Keputusan SPM diumum 21 Mac

Berita Harian Online | Keputusan SPM diumum 21 Mac


2012/03/14

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini. 

Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, jam 9 pagi pada hari yang sama.


Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri. 

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. 

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac. 

Seramai 468,808 calon mendaftar menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. - BERNAMA



* Aku pulak yang rasa nervous sebab aku ni memang takde kenangan pergi ambik result kat sekolah dulu. Semuanya mak aku pergi ambik sebab aku dah jauh di perantauan, ikut kakak ke KL sebab nak jadi babysitter profesional. :-)
Jadi korang boleh bayangkan tak aku punya perasaan masa tu tunggu mak aku informed apa yang aku dapat. Syuku alhamdullillah result agak cemerlang (tak nak ngaku result tak okey ni). Tapi aku decide tak nak sambung belajar. Dan sekarang ini barulah terkinja-kinja nak cari tempat nak sambung balik sebab memang dah dalam impian cuma tak direalisasikan je lagi atas seba-seba tertentu.


SEMOGA ADIK-ADIK DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG YE............





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...