NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Monday, March 12, 2012

BILA TAK CUKUP REHAT

Aku dah cakap kan yang aku holiday almost 2 weeks. Memang penat.Nak-nak lagi kalau pegi sorang-sorang yang mana laki ko hanyalah datang di saat-saat akhir walaupun aku dah planned holiday ni dari tahun lepas. Tunggu baby ni keluar baru aku decide nak bawa diorang pegi holiday lagi ke idak. Kalau tak pegi,kesian pulak dengan anak-anak terutama dengan si panglima sebab aku seboleh-bolehnya biarlah sekali setahun bawa dia keluar dari negeri sendiri biar ada pengalaman bercuti ke,berseronok ke tidak kan di tempat lain. Kalau pegi yang akan jadi masalahnya sudah tenti sang suami yang amatlah susah nak dapat cuti. Nak pulak keja dengan company macam tu,bos yang cengeng,cerewet,berkira sangat. padahal potong gaji je pun. Kira laki aku tanggunglah kan. Company mana rugi kalau dh cuti potong gaj macam tu. Hish.

Actually flight aku dari kl on 7th dalam jam 1 macam tu. Sampai-sampai ke kuching dalam jam 3 lebih. Tunggu my in laws ambik luggage,jam 4 lebih baru jalan dari airport. Tahu-tahulah kan masa office hours,masa tu almost masa orang-orang keja nak balik dari keja. Memang dah start jammed,tapi gamble je balik kejap sebab aku nak ambik jubah mak aji 2-3 helai untuk aku pakai time pregnant ni.Tapi non ado,dah balik rumah aku kat Miri ni aku cuba,tak muat. Hampeh tol lah.


Sampai je kat rumah parents in law,aku terus rush ke rumah mak aji sebab rumah kami ni dekat je. Berdepan je. Selang sebuah rumah. Sebab tu kalau orang tanya camne lah aku n hubby jumpa, aku cakap je bercinta guna tingkap,ketuk-ketuk botol. :-)..Masuk je rumah mak aji terus rembat 2-3 helai baju jubah dia,buka lampu rumah jap sebab diorang pun nak balik malam tu juga,flight dari Johor, kunci rumah balik,letak dekat box kunci tu,pastu berlari anak sikit pergi rumah mertua lak. Masa ni dah almost 4.50pm. Masuk je rumah,check lak barang-brang,simpan jubah-jubah tadi,buatkan susu si bunga n macam-macam lagilah. Laki aku? dah terbongkang baring je dari sejak sampai ke KL.Yang dia tahu asyiklah makan,makan,makan,tido,tido,tido. Memang aku hangin,tapi kenangkan kat rumah mertua kan,dengan ipar biras adik bradik mak mertua aku ada kat situ,aku pendamkan je ni. Nanti siaplah ko!!!!


Kol 5.15pm tu berangkat ke airport balik. Pak mertua aku antar ni. Memang jammed koooooo..Aku dah takut ni. Flight kol 7 lalu. Yang aku almost 6 masih pulak kat jalan raya ni. Memang saat-saat yang mencemaskan dan mengerikan. Asyiklah tengok jam dan berdoa ni biarlah sempat.(Baru ingat Tuhan tu). Iyelah,kang terlepas mana nak cekau duit nak ambik tiket baru,last minute lak tu. Syukur Alhamdullillah kol 6.30pm kitorang sempat sampai. Salam-salam lebih kurang,terus aku ni ke kaunter minta borang untuk preggie mom.

Aku memang dah penat. Dan aku dah tak hiraukan si bunga dan panglima. Laki aku lagilah aku tak hirau.:-)..Penat sangat. Dan tak sabar-sabar nak baring,letak kaki atas bantal,baring je. Lagi-lagi esoknya aku cuti. Masuk je plane,aku duduk dengan si panglima. Nasib baik sempat beli Marrybrown untuk dia makan. Asyiklah lapar,lapar,lapar,padahal baru je lepas makan dengan apak dia. Sejam pastu sampai ke bandar Miri. Jalan-jalan,cari teksi. Sampai rumah dalam 9 lebih agaknya lah. Aku ingat kan aku boleh rehat. TAK JUGAK. Bukan sebab rumah bersepah sebab aku kenal laki aku ni. Mana-mana nak pergi baik bersama aku ke atau lambat dari aku,kalau nak tinggalkan rumah, night before he will make sure everything is clean. Sebab tak nak aku bising-bising. Wellllllllllllllllllllllllllllll. Hahahhahahahah.


Apa aku buat????AKU MENGEMAS BARANG-BARANG. Macam bongok je rasanya. Padahal esok cuti ni. Nak juga kemas-kemas malam tu. Siap cucui semua baju yang tak sempat cuci. Sidai lagi. Pastu lipat pulak barang-barang dalam beg. Ada 3 beg. 1 beg barang-barang baru beli. 1 beg barang-barang yang guna  masa holiday. 1 lagi beg tu pun aku tak tahu ntah apa menatang yang ada dalam tu. Belum lagi masuk beg-beg sampingan yang penoh dengan barang makan,roti-roti. FUH. Boleh agak lah kot macam mana rupa aku. Dah macam gergasi aku jalan ni. Akhirnya jam 12 lebih gak aku tido. Memang tido mati.


Bangun pagi baru teringat ada appointment check gula 4 kali tu. Cuti macam tak cuti je sebab kena ulang alik ke klinik. Cuma kali ni rileks sikit sebab aku hantar budak berdua tu kat babysitter sebab ingat memang nak rileks sehari. Tup-tup,kakak aku yang sorang tu in town pulak. Ajak lah pulak lepak kat hotel. Suruh bawa anak-anak lepak dan bawa diorang main-main kat pool. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Masa ni aku sumpah aku dah rasa nak nangis. Kang tak bawa,kesian plak dia nak jumpa anak-anak buah. Kang jumpa lak,aku sorang-sorang lah yang melayan kerenah budak berdua tu. SABAR je lah.

*panjang eh....lantak ler......biar lama sikit kat blog aku ni...:-)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...