NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Tuesday, March 20, 2012

Kalau ye pun....


Semua dah dengar kan pasal ni? Terpanggil gak untuk kupaskan isu ni. Tapi tidaklah mendalam sangat,sekadar berkongsi pendapat aku kot....:-p...

Bagi aku melampau dah ni.Sebab,dah macam diorang pulak jadi tuan tanah sampai ada pengkhususan buat satu keja je dengan RM700. Dey, orang keja kontrak gaji RM700 tu pun keja dia menimbun-nimbum. Dengan bancuh simen, angkat simen, angkat pasir,batu naik turun tangga. 


Ini dah macam cekik darah majikan pulak. Dahlah kena bayar banyak untuk agen kan. Tak kira lagi kalau yang gamble berurusan terus dengan pihak yang diorang kenal kat Indonesia,pun boleh tahan jugak duit nak keluar tu. Dah macam mencurah-curah ke ladang gandum gitu...

Bagi aku, tak sepatutnya mereka buat macam ni sedangkan keja tu banyak mana je pun. Oklah,contohnya kan kalau kau memang jenis yang bekerjaya laki bini, ambik maid sorang dah tu jenis yang memang jarang amat makan kat rumah,berbaloi ke ambik maid yang keja nya hanyalah memasak tapi tak berapa nak memasak sebab majikan jenis tak makan di rumah atas sebab kerja atau ada benda lebih penting nak diselesaikan hingga kan masa balit ke rumah tu dah tengah-tengah malam. Tapi gaji RM700 dapat tiap-tiap bulan.

Tak berbaloi sangat... Rugi je buat macam ni. Aku bincang gak isu ni dengan laki aku dan dia kata naikkan pulak price untuk passport dan yang berkaitan. Kita pulak yang mainkan harga. Wah,dah macam tawar menawar di pasar borong pulak dah. Tapi aku tak pulak terfikir sampai ke situ, Agak terkujat jugak bila laki aku bagi jawapan mcm tu. 

Kalau difikirkan memang tak berbaloi,tak lojik, tak masuk dek akal, tak patut dan semualah yang tak-tak ni.
Dahlah majikan bagi tempat tinggal, makan minum tu percuma lagi. Iyelah dah duduk serumah kan,takkan nak biar diorang ni kelaparan pulak. Kang naya plak jadi cover muka depan mendera maid. Hissshhhhh.. 

Kalau nak dilaksanakan juga,boleh.Tapi dengan syarat macam yang aku akan buat ni. Gaji ko RM700 kan, Pegi cari rumah sewa,duduk sendiri,makan minum tanggung sendiri. Lojiklah tu? Dengan gaji RM700, mustahil tak boleh hidup sendiri kan dan passport ko aku pegang. Lantak ko lah tak boleh keluar ke,kena tangkap ke. Masuk keja sharp...Lambat masuk keja,potong gaji. Takde cuti,takde istilah sakit.Boleh?? Itu dinamakan adil dan saksama.

Bagi aku,benda ni tak adil bagi rakyat kitalah. Lagi-lagi yang aku dengar di berita benda yang dibincangkan tak sama dengan apa yang telah dipersetujui. Dan aku tersangatlah hairan kenapa kena buat pengkhususan macam ni. Satu keja RM700??/banyak cantik muka ko. 3 keja dah RM2100. Fuh,kaya tu. Jadi jutawan, hartawan diorang ni masa balik kampung.  gaji tu dah sama level gaji aku, dan bila jadinya begitu, aku ni bekerja semata-mata nak bayar gaji kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kah?? 


Sapa yang jadi maid sapa ni??????











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...