NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Monday, March 12, 2012

PERCUTIAN YANG TAK BRAPA BEST PART 2

Part 1 dah cakap sampai-sampai je kat rumah kakak aku di KL,terus ngadap makanan. Yang lain lah. Aku idak lagi. Biasanya aku ni kalau dah terlampau letih,aku memang tak banyak cakap,tak banyak kerenah dan kurang makan. Apa yang penting adalah TIDO. Still aku takkan boleh tido kalau aku tak mandi dulu. Lagi-lagi dah 3rd trimester ni,memang teramat galak aku ni asyik mandi malam. Siap mak aji sound aku jangan amalkan kang nanti sakit. Nak buek lagu mano...PANAS. Ko tau kan rasa panas time pregnant ni????Tau takpe.


Agenda esoknya kawan aku masa sekolah dulu,kira rapat jugaklah, ajak aku makan tengahri kat rumah dia. So,aku cakap kat dia awal-awal,aku bawa family besar aku sekali. Baik aku cakap,kang nanti aku tak cakap dubuatnya masak maggi je,nak jawab apa kan....Berangkutlah ni kesemua kitorang ni....Kol 1 lebih sampai kat rumah kawan aku ni. Dia buat spaghetti bolognaise, rendang ayam dan daging black pepper. Itu je. Yang tak bestnya cerita nak sampai ke rumah kawan aku ni. Sebabkan ni 1st time aku nak pegi,so aku memang blur lah. Dan aku ingatkan si abang ipar aku yang memang asalnya dari sebelah sana tu tahu. At least tahulah dari aku yang memang dari Sarawak kan, for sure ko bagi map pun aku memang mampu sesat. Non adooooo. Abang aku yang di Johor tu pulak yang lebih tahu jalan. Nasib lah ada dia. Kalau tak,memang terus cancel masa tu jugak. Pak aji dah bising-bising ni kata kitorang ni menyusahkan orang lah, sibuk nak makan rumah oranglah. 

Sebenarnya aku takde plan nak bawa family besar ni pergi rumah kawan aku tu. Tapi disebabkan kawan aku ni nak bawa aku pegi kedai yang  jual baju-baju harga RM12 je, bila aku informed yang lain,dah diorang terjebak sama nak mengikuti diriku ini. Terpedaya lah kan. Lagilah di tempat orang,for sure lah cari tempat-tempat yang ada jualan murah ke apa ke. Sekurang-kurangnya nak membeli satu baju. Macam mana nak tolak. Niat aku memang nak bawa laki dan anak-anak aku je. Dah nya laki aku takde,nak buat lagu mana. Aku geram juga bila dengar mak aji bagitahu yang pak aji cakap macam tu. Tapi perangai pak aji memang macam tu. Tak suka buat benda menyusahkan orang,jenis yang melambatkan atau ko bawa di jalan-jalan masa perut dia belum diisi. Memang boleh mendatangkan amarah dia. 


Tak lama kat rumah kawan aku ni. Sebabkan masing-masing dah lapar.Lepas makan duduk kejap,terus kitorang jalan pergi ke kedai RM12 tu. Banyak gak aku beli. Paling banyak of course mak aji,adik aku dan ipar aku tu. Bukan main lagi ye. Siap beli selipar lagi tu. Dah habis shopping tu,kitorang terus gerak balik ke rumah kakak aku. Itu je lah tempat aku jalan. Malam tu takde ke mana-mana sangat sebab nak kasi yang lain rest cos esoknya nak berangkat balik ke Johor.


Aku????Esoknya ditinggalkan sebab flight balik ke Kuching adalah dari KL. Laki aku sampai Isnin tu, dan ko boleh bayangkan aku ni melangus duduk di rumah sahaja Sabtu dan Ahad. Yang lain dah berangkat tengahari Sabtu tu singgah kat Putrajaya dan Nilai,borong kainlah tu kot. Iye,memang aku jealous. Aku ni cuti-cuti duduk di rumah je.Tempat orang lak tu. Yang si kakak aku pulak asyiklah terbaring macam apa. Isnin tu laki aku sampai dalam kol 5 lebih kot. So aku takde plan nak bawak dia jalan-jalan. FYI,ini  1st time laki aku sampai ke KL. Jadi,aku excited lah nak bawa dia jalan-jalan kat tempat orang.


Tapi,sedih sangat bila esoknya aku bawa dia jalan-jalan naik LRT apa semua lah kan. Nak bagi dia rasa. Tapi,kitorang jalan kat KLCC je. Lepas tu dia ajak balik. Sampai-sampai je rumah kakak aku,tido sampai ke malam. SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH......Aku harap dia akan excited tapi rupanya tak. hmmmmmmmmmmmmmm.

Yang jadi seronok je sebab jalan-jalan kat Jalan TAR tu dengan mertua n kakak ipar aku dan biras baru aku (yang nikah kat Singapore). Baru lah aku beli barang dan laki aku ada rupa macam orang nak jalan-jalan. Sebab????Family dia ada. Memang aku sakit hati,so aku memberontak beli itu ini dia bayar. dan aku tak hiraukan anak-anak. Lantak dia jaga lah kan. Sapa suruh???


Gambar??Takde gambar. Takde mood nak bergambar. Even benda ni dah planned dari tahun lepas,nampak sangat macam apa yang aku rancang ni takde support dari laki aku sendiri. So itu sebenarnya yang buat tak best. Tambah lagi bila aku sendiri baa perut, dengan si bunga yang demam, laki aku pulak asyik membantai tido. Even masa menaip ni pun aku memang tak cukup rehat. Memang aku keja, tapi si panglima aku pulak demam siap meracau-racau lagi. Memang tak cukup rehat. Dan aku menjadi tak sabar nak tunggu baby ni kluar. Dah TAK LARAT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...