NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, March 16, 2012

Semalam di Klinik

Aku nak cerita pasal semalam masa aku pegi klinik 1 Malaysia. Ini klinik kedua di tempat aku lah kot. Baru je nak menjejakkan kaki.

Ceritapun bermula. Hehheheheh. Kan ke si bunga tu dapat sakit pakej sampai ke hari ni tak sembuh-sembuh. Risau jugak. Yelah dah sekarang ni di Sarawak heboh lah pasal HFMD kan. Agak mengerikan jugak kalau terkena ni,nak bermalam di rumah kedua ke nanti.

Petang tu lepas balik keja,pegi ambik bunga n panglima dulu. Sebab jaoh tempat hantar ni disebabkan si babysitter buat hal hantar sms kat aku tengah2 malam cakap abang dia sakit,emergency nak balik. tapi baliknya esok pagi. Kata emergency kan,mesti nak balik dan-dan tu jugak.Logik???

Jadi,pagi2 tu aku kelam kabut sikit,sebab tempat nak hantar ni jaoh sikit dan dalam kawasan askar. Ko tau-tau lah tempat askar ni,dia punya protokol. Kalu sampai kat pondok depan,kena kluar tinggalkan IC. Dashlah pondok dengan tempat park keta tu jaoh,laki aku kena jalan pegi ke pondok,tak boleh parking depan pondok terus. Nak keluar balik pulak kena park jaoh jugak, nak hantar balik pas pelawat dan ambik balik IC. Sampai laki aku pun malas kalau kitorang terpaksa hantar kat tempat ni.Apa boleh buat lah kan. Actually orang ni sama kampung dengan aku dan laki aku. Memang kenal dari aku masih virgin gituuuu..Laki dia transfer ke Miri ni,dia ikut sekali. Dah lama jugak lah stay sini, cuma baru berjumpa about 1 year ago,itupun jumpa-jumpa cmtu je...Tiada aktiviti visit-visit susulan.

Cerita aku dah lain kan....Lari dari topik dah ni. Ok..ok,diringkaskan cerita. Lepas ambik diorang,aku cakap kat laki aku,pegi bawa si bunga ke hospital terus.In case lah kan,kalau terkena (minta dijauhkan). Kalau dia kata demam panas sangat,kena admit..Memang aku redho je lah. Jadi,kitorang pegi ke hospital dulu sebab si laki aku ni  tak nak pegi malam nanati banyak sangat orang. Tau jelah hospital. Semua orang berduyun tiba (tetiba keluar lagu Juliana Banos)..Singgah situ,laki aku masok dalam,cakap lebih kurang kat kaunter...Tak lama dia keluar balik, ' kita pergi ke klinik je,doktor takde',katanya. MA adalah kot...tapi taulah kan service camne.

So,kitorang decide pegi ke klinik 1 Malaysia tu. Saja je nak try. Nak menengok keadaan dalaman. Masa aku sampai tu,ada 2 orang dah tunggu kat situ. Katanya kan service dari jam 10pagi sampai ke 10 malam. Aku bagi kad untuk daftar, adalah dalam 15 minit,bayar RM1,pastu tunggu. Ok part ni aku memang bengang. Aku tunggu dalam 20 minit kot, orang yang kat depan aku ni tak gerak-gerak. No aku adalah 31... Yang ada di depan aku hanyalah dua no giliran iaitu 29 dan 30. Aku tunggu 20 minit ni, yang 2 orang depan aku tu tak masok lagi jumpa doc. Dahlah si panglima ni jenis tak reti duduk diam. Si bunga dah dibawa keluar oleh laki aku sebab tak nak duduk,asyik nak berdukung je. Lemak plak ngko bunga. Asyik berdukung je. Yang aku geram sangat,aku tengok diorang ni jalan-jalan mundar mandir depan patient,macam dah takde keja nak buat.

Dalmm 30 minit kot,baru aku masok. Time ni aku tengok dah ramai gak yang datang. Ate,katenye sampai kol 10 malam,ramai lah yang datang ye. Nak-nak tak yah bayar untuk ubat. Kompom lah byk yang suka.

Dalam bilik tu,aku rasa dia ni MA.

MA: Apa sakit ni?
Aku: Budak ni demam,batuk,selsema and maybe ada sakit tekak sebab tak nak menyusu.
* masa ni dia ambik benda nak check suhu badan si bunga.
MA: 36 suhu ni. * tulis sikit dalam kertas.
Aku: Check ler tekak dia,mana tahu ada ulser ke,sebab dia ni tak nak menyusu.
MA: ambik benda nak check dalam tekak tu,suuluh sikit. Tulis lagi. ( masa ni si bunga lak main-main dengan dia,siap gelak-gelak lagi)..pandai ko ek.
Aku: Dia ni anfas ada berbunyi camtu,takde masalah ke?
MA: Kahak banyak tu. * dia letak testokop (betul ke ni).kat dada bunga,check2 sikit,tulis lagi.
* masa ni dia isi ntah apa ntah dalam sistem komputer,masukkan masa aku kena layan. Dia letak 7.10pm...Banyak cantik muka ko kan. Aku masuk masa tu dalam 7.40pm...sedap je letak 7.10pm.Huh.

MA ni bagi aku kad si bunga,then cakap 'okey,dah'. Aku kelaur lah kan. Pastu aku blur, aku tanya balik, 'kad ni nak letak mana?'. Yelah,dah ko bagi kad kat aku,tanpa ada cakap apa-apa nak suruh aku bagi kad kat sapa,letak kad kat mana kan. Aku blur lah. MA bagitahu 'pegi ke Farmasi'. Masa aku cakap ni besar gaklah tone suara ni, tapi yang duduk di kaunter daftar tak menjawab pun soalan aku tadi. Diam main FB ngko.

Aku pergi ke farmasi tu, aduhaiiiiiiiiiiiiiiii. Muka yang jaga kaunter tu dah naik lemah aku tengok. Dengan takde senyum,masa mencuka. Ko ingat aku nak ke saja-saja nak menyusahkan kau datang malam2 macam ni dengan kelaparan,badan melekit. 5 minit tunggu kat situ. Dia panggil.

Masam mencuka: Ini ubat demam. Makan 5.5ml 3 kali sehari.
Aku: Okey, ini je ke. * take note,masa dia bagi dia tak tengok muka aku masa bercakap. And cakap annoying giler.
Masam mencuka: Belum lagi,ada lagi ni. Tunggulah* masa ni dia punya tone suara tu dh meninggi dengan muka yang lagi masam.
Aku: Okey. * hati dah membengkek sangat.
Masam mencuka: Ini ubat untuk kaha,makan 3.5ml 3 kali sehari.
Aku: Okey. Itu je??
Masam mencuka: Iye,itu je. * sekali lagi dia tak pandang muka aku,ntah apantah dia tulis kat kertas.


Aku: Blah lah....:-p..terus aku keluar.

* Kenangkan je ada manusia lain dalam tu,kalau tak memang aku tengking balik pompuan tu.  AKu takde cakap minta layanan VIP,tapi dah ngko pilih karier dalam bidang yang memerlukan ngko berbudi bahasa kan, jadi buatlah dengan cara yang baik. Aku ni pun keja gomen jugak. N memang banyak yang cakap keja gomen ni  tak memenatkan. Sapa cakap tu ntah apa2 lah. Penat dik oiiii. N paham sangat dengan situasi ngko yang kena keja sampai malam tu. Alangkan aku yang keja office hours ni pun penat sepenat-penatnya. Tapi jangan layan orang dengan buruk hanya semata-mata ko tak cukup rehat or whatsoever. Tak hari ni, esok ke lusa ke orang layan ko macam tu jugak,ko yang lebih merempan kang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...