NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Tuesday, March 13, 2012

SYURGA TEMPATMU SAYANG



MENGEJUTKAN DUNIA MALAYSIA....Itu yang aku rasa.

Al-fatihah untuk adik Dirang. Akhirnya dijumpai walau dalam keadaan yang menyayat hati,cukup untuk menguji kesabaran,keimanan keluarga adik ni. Bidadari syurga yang sentiasa menanti kehadiran,kedatangan kedua orang tua nya nanti. Insyaallah

Dirang dikatakan hilang 1 Mac 2012. Dijumpai di dalam lubang berdekatan dengan kediaman mereka sekeluarga.

Apa puncanya??Usahlah diperdebatkan. Setiapa manusia ada bahagian masing-masing. Mungkin itu sekadar penyebab yang Allah Maha Mengetahui. Tak payahlah kita menuding jari menambahkan lagi pedih di hati keluarga adik Dirang.

Cuma, peringatan untuk diri kita sendiri termasuklah aku sendiri jagalah anak-anak kita sebaik mungkin. Saya sendiri adakalanya terlalai dalam memerhatikan anak-anak aku. Syukur je aku ni tinggal flat tingkat 1,memang tak kasi anak keluar,even pun si panglima aku kadang-kadang memberontak nak main-main kat luar. Macam arwah adik Dirang lah kan, bukan hilang di tempat lain,di kawasan kediaman  jugak. Tempat yang sama di mana dia bermain dengan rakan-rakan setiap hari setiap masa.


Apa yang aku harapkan perkara macam ni tak berulang lagi. Kadang terdetik di hati kenapa manusia boleh menjadi sekejam ini? Sering kali dengar orang cakap ' Binatang pun tahu sayangkan anak' walaupun dalam hal ini mungkin bukan anak dia yang dia buat macam tu tetapi takkan takde sekelumit langsung perasaan sayang dan kesian di hati bila tengok muka budak ni.

Aku doakan arwah adik Dirang ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan gembira di Syurga Allah. Al-Fatihah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...