NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Thursday, March 22, 2012

Tak sayang diri....

Semalam aku tengok Buletin Utama, keluarlah pasal budak yang dikatakan diculik tu sambil mata ni membaca berita ringkas yang keluar satu-satu kat bawah tu kan.


Eh-eh.....sedapa je kan dia kata dia tak diculik dan tak nak balik rumah dan sekarang ni dirujuk kepada pihak kaunseling. Tak berapa pasti kat mana tapi semalam ada lah keluar kat berita tu tempat dia dikaunselingkan.
Pelik aku dengan budak ni, iyelah dah besar tu...15 tahun dik,dah tahu beza mana baik buruk nya.

Kesian kat family yang sangka anak memang kena culik dan aku pun terkejut juga dan yes,aku rasa risau bila tengok berita pasal dia kena culik. 1st impression aku tengok gambar dia, ' cantik budaknya, janganlah jadi apa-apa yang tidak baik'. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...Dia sendiri rupanya yang call minta kawan-kawan ambik. Siap nangis lagi adik-adik dia sebab ingatkan kakak diorang kena culik. Dah tahu kisah sebenar ni rasa macam 'alahaiiiiiiiiii,budak sekarang,berani dia lain macam'.


Well,aku dulu pun adalah perangai tak elok ye. Tapi aku memang tak berani keluar kalau mak aku tak suruh. Kebebasan keluar tu aku hanya dapat setelah tamat sekolah yang mana hanyalah dikawasan kampung.Kalu luar dari kampung,biasanya dengan mak atau adik-adik aku.

Teringat dulu,masa kawan aku ajak pegi main bowling, masa ni memang baru habis sekolah, mak aku tak banyak bunyi, tapi adik-adik aku yang pendengki tu saja je nak seksa suruh aku buat itu ini sebelum boleh keluar.  Dan aku buat juga apa yang diorang suruh. Rasa macam cinderella pun ada masa tu.


Dan pernah juga kena bantai oleh mak aku sebab balik rumah 4 pagi. Buat apa??? Melepak.Iyelah dah habis sekolah kan,nak jugak rasa macam mana lepak-lepak sampai pagi ni. Tapi, balik je ke rumah, dah nampak muka singa mak aku yang bersiap sedia untuk membaham mangsanya.


Pangggggggggggggggggggg!!!!!! Bukan penampar, tapi belakang aku ni dibantai nye dengan ntah apa ntah. Tapi sakit sampai ke tulang hitam. :-)...Masa tu tobat aku tak buat lagi dah. Tapi memang pun,itu kali pertama dan terakhir aku buat macam tu.

Dan satu lagi yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Mungkin korang takkan percaya, tapi dulu masa aku kecik dan even sampai ke sekolah menengah pun (which is Tingkatan 1-3) aku dan adik-adik yang lain takkan berani buka tv everytime balik dari sekolah. TV tu kitorang tengok bila mak aku on je. Kalau dia tak on,memang kitorang tak on.


Tapi,itulah kan, budak dulu dengan sekarang memang tak sama lah. Mungkin juga sebab kemajuan yang terlalu cepat yang menyebabkan jadinya begitu. Budak sekarang ni mana dapat control,kongkong tapi bagi aku itu cara terbaik nak jaga dan kawal diorang. Budak sekarang ni teramatlah advance dan terlalu berani. Bukan atas sebab ingin tahu tapi sebab nak berlawan atau nak tambah jadi modal nak show off kat kawan-kawan.


Aku harap dapat jaga anak-anak aku sebaik yang mungkin je.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...