NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Wednesday, March 14, 2012

Zaman ni zaman takde hati perut eh???


Ko nampak tak gambar kecik tu??Gambar si isteri pemilik rumah yang melecur sebab rumah tu dibakar oleh pemilik rumah tersebut yakni si suami sendiri. Apa kes??? Yang jadi mangsa nya bini kau sendiri. Ntah apa lah yang dia fikir masa buat kerja ni. BUDUS SUNGGUH........

Sumpah aku cakap,aku dah ngeri hidup sambil dengar tentang kes-kes macam ni. Nyawa tu dah macam takde nilai. Kasih sayang tu dah tak berbekas di hati,sifat perikemanusiaan ntah ke mana diorang ni campak.

Fobia ok nak keluar jalan-jalan bawa family,even just untuk lepak-lepak kat taman,ambik angin sambil tengok anak-anak main kejar and makpak pun berkejaran bercengkerama di bawah sinaran bulan purnama. Opppsssss.

Tapi,hakikatnya itulah kan. Dunia di Malaysia dah tak macam dulu. Nak keluar pun kena fikir beratus-ratus kali,pasal takut. Kang tak pasal-pasal kena simbah asid ke,ragut ke,anak hilang ke (nauzubillah). Minta dijauhkan lah.

Sekarang ni dah macam-macam kes terjadi. Dari kena simbah asid,kena rogol,bunuh then bakar. Aduh,dah jadi trend. Nyawa dah takde nilai dan orang yang buat macam ni pun dah macam takde akal fikiran lagi.


AMAT-AMAT MENAKUTKAN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...