NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, April 27, 2012

SEGMEN BLOGLIST NASZ BULAN MEI 2012

"SEGMEN BLOGLIST NASZ BULAN MEI 2012"


Sebab nak promotekan blog saya sebab inilah salah satu cara nak memperbanyakkan pelawat tapak dan insyaallah akan menambah followers saya nanti.

Dan juga nak menambahkan kenalan sebagai blogger baru ni..:-)

Sesapa nak join tu klik banner dan ikutlah arahan yang dinyatakan ye.
Segmen ni tamat tepat pada 27 April 2012 jam 11 malam ini. Jangan tak join ye.


Dah takde keja gamaknya


Parlimen izin persetubuhan dengan mayat isteri


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.
Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.

Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.


Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.

Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.


“Ia tidak boleh diterima.

“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. - DM

* sumber dari Harian Metro.


INI SERIUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!( nada Ming dari Wonderpets)...

Sebelum apa-apa,mohon maaf dulu kalau isu ni tak sepatutnya diperkatakan. Tapi,ini pandangan aku. Korang pun mesti ada pandangan tersendiri. Seriesly,gila punya keja ni. Macam dah takde undang-undang lain nak dibuat.

Dahlah mensuggestkan benda yang ntah apa-apa ni, pastu cadangkan lagi usia perkahwinan minimum tu diturunkan. Yang sebelum ni umur minimum tu tak cukup ke????Apa tak minta je usia minimum tu dari sejam lepas bayi perempuan dilahirkan??Dah kalau gila sangat....

Aku pun pelik,dari mana datangnya idea dan siapa lah punya idea nak cadangkan usul macam tu. Like sampai nak berasmara dengan mayat. Bak tajuk draf tu lah 'ASMARA SELAMAT JALAN'...Eh,biar betik ni. Memang ada ke lelaki ke wanita ke yang sanggup nak beromen dengan mayat ni walaupun mayat tu mayat suami/isteri diorang sendir. Dahlah dah tak bernyawa lagi nak dihentam.....Dibolehkan pulak tu sehingga 6 jam selepas kematian. Mak aiiiiiiiiiiiiiiii...Alangkan aku ni yang setengah jam pun letih dik..:-p..Ini pulak 6 jam walaupun salah seorang tu tak bernyawa,tapi terseksa jasad dia.


Bengong lah diorang ni.........



Ku Tukar Dikau

Hehehehehheh...


Tadi main-main dengan templates apa benda yang aku klik..Semua aku tukar,last-last terbekenan pulak dengan colour hijau ni.Jadi hulk uollss.

Jadi,dengan ini saya mempersembahkan kepada anda warna blog saya.....Jangan sampai mata korang ijo sudahlah...Jangan saman ye...:-p

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

Bila dah dapat yang ditunggu-tunggu

2 hari lepas kan semua yang keja gomen dapat gaji, termasuklah yang tertunggak kan. Aku sendiri mengaku sebelum dapat gaji ni dah macam-macam dalam kepala ada benda mau beli.Kira itu kira ini,bajet situ bajet sini.

Fuh,memanglah kalau tak tahan iman,maunya habis di situ juga.

Tapi memanglah orang kata keja macam aku ni kaya nya sekejap,miskin pun sekejap. Tak miskin pun,jatuh ke tahap sederhana dah.

Di saat baru je nak happy-happy sebab dapat kenaikan gaji dan tunggakan tu, keta buat hal lah pulak. Kata nya si hubby arm kat bawah keta tu patah. Jalan memang lah dapat tapi slow,tapi tak kongpideng akan bertahan lama. Masa hari tu kena macam tu memang ngam-ngam lepas turun bukit nak hantar si bunga dan panglima ke rumah kakak babysitter.

Syukurlah takde apa-apa jadi kat kitorang. Tapi keta ni kan macam tahu-tahu je duit banyak nak masyukkkkk.Dia pun nak juga bahagian dia. Kan dah lari lagi bajet...Huhuhuhuhuhuhuhu...


Tapi,sebenarnya yang aku nak kongsikan adalah ini.............


Kenal kan???

Dia ni selalu muncul dalam talkshow Oprah sebelum dia stopkan talkshow tu. Suka dengar dia cakap,cakap dan cakap. Macam dalam gambar tu lah. Memang teramat betul apa yang dia quote kan tu. Kadang-kadang kita manusia ni suka nak impresskan orang yang kita tak suka dengan harapan biar orang tu jeles,mata terbeliak,muntah terbelahak tengok kita up to date dengan benda-benda di sekeliling sampai tak sedar diri sendiri menanggung banyak beban.

Bila berbelanja tu memang selalu sangat terlari dari list.Takpun beli benda yang tak perlu like sepnder bunga-bunga,ada gambar kartun ke dalam satu masa. Kadang-kadang sampai 10-20 helai (no offense)..Apa yang aku nak maksudkan ni kalau kau dah beli 5 spender bunga-bunga,motif ko nak beli lagi 5 spender gambar kartun?????Membazir kan???Lagi pulak takde sapa nak tengok. Kalau yang dah kawen sah-sah ler yang nengok tu laki/bini ngko. Yang single mingle tu memang sah-sah ko sendiri je yang tengok. Baik beli makanan kasi kenyang itu perut. Aku sendiri lebih senang beli makanan dari habiskan beli baju.Seriesssssssssssssssssss. Sebab bagi aku selagi barang tu masih dapat pakai,tak lusuh di mata aku (pedulilah pandangan orang) aku akan pakai. Begitu juga dengan kasut ke,selipar ke,sandal ke. Macam tulah aku. Tidaklah aku kata sampai ko selekeh nak mampus sampai baju dah koyak rabak dan memang lusuh di mata kau,kau masih nak pakai....Bior bonar...


Yang pasti sekarang ni memang berlumba-lumbalah bank-bank,koperasi cari client nak suruh buat pinjaman lagi.Aku????Tidak untuk masa ni sebab aku ada satu lagi nak ditunggu ni. Kenaikan Gaji Tahunan tak masuk lagi tu.Harap-harap masuk lah before raya nanti. Lagi pulak KGT aku start Januari...Yang sama kenaikan KGT macam aku tu mesti akan rasa bahagia sebab memang arrears tu banyak lerrrrrrrrrrrrrr.....

P/S: Doakan aku bahagia :-)......Ntah apa2 lah....


Jagalah

Salam Jumaat untuk semua..

Hari ni di Miri hujan lebat lepas 3 hari tak hujan...Sejuk dan mendamaikan.Kalaulah esok yang hujan macam ni,kompom aku berdengkur sampai jam 10.Welllll...hujung minggu je dapat macam tu.




Kali ni aku nak berkongsi ni je. RAHSIA SOLAT.Sama-samalah kita jaga solat kita dan selamat membaca ye..



Thursday, April 26, 2012

Aku rasa aku perlu rehat panjanggggggggg

Masa ni aku tak tahu nak rasa apa.

Down sangattttttttttttttttt
Stress sangattttttttttttttttt
Murung sangatttttttttttttt
Letih sangatttttttttttttttttt

dan macam-macam lagi lah sangatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...................................

Maybe pembawakan budak kot buatkan aku rasa....Tapi entahlah kali ni aku rasa semua benda tak memihak pada aku.
Sentiasa ada saja yang menghalang,melarang,macam-macam lagi yang memang buatkan aku stress gilerrrrrr kalu aku fikirkan.
Sekarang ni aku ni dah last trimester,memang aku susah hati. Dengan barang-barang yang yang tak dibeli lagi, dengan masalah nak balik hometown lagi, anak-anak lagi, husband lagi,keja......Arrrrrgggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....Semualah.......


Kalau aku ikutkan hati ni,confirm dah murung....Yang aku takutkan sangat-sangat ni aku akan mengalami sindrom baby blues....Takut sangat.


Perasaan aku sekarang ni bercampur baur...Aku mengharapkan ada yang akan faham,tapi masalahnya even pun diorang faham aku try juga nak tunjuk aku strong.Maybe itu jugak puncanya kot...At the end nye aku nangis,melalak jer...........Tapi di rumahlah.....


Kesian kat anak-anak sebab memang nampak aku abaikan diorang. Memang tak nak itu terjadi,tapi aku tak laratlah nak layan semua benda. Semuanya aku kena fikir...Aku letih sangatttttttttttttttttttttttttt.................:-( :-( :-( :-(

Saturday, April 21, 2012

Tahniah Bapak

Entry ni aku tujukan khas kat Pak Aji aku iaitu En Arshad bin Morshidi.

Actually aku dapat tahu pasal ni dari FB abang aku yang di tag oleh kakak aku. Aku ada jugak kena tag tapi pelik nye aku tak dapat notification. So aku baru dapat tahu pasal ni Khamis yang lepas which is 2 hari lepas bapak aku dapat.

Actually bapak aku dapat Pingat Perkhidmatan Cemerlang Negeri Sarawak. Bangga sangat. Even tahun ni dia akan pencen. Tak lama lagi tu. Bulan September 2012 tamatlah perkhidmatan dia untuk kerajaan Sarawak.

Bapak aku ni keja Land & Survey, sukat,ukur tanah nak buat jalan ke,kampung ke,buat apa je lah. Dulu-dulu bapak ni memang aktif. Kalau korang pernah dengar Pesta Regatta Negeri Sarawak, bapak aku pernah jadi peserta untuk pesta ni iaitu untuk Pasukan Landas. Masa tu, jangan cakap lah. Sebut je Pasukan Landas, memang orang kenal sebab pasukan yang selalu menang pasukan ni lah.


Kenangan dengan bapak ni tak banyak sebab masa kitorang kecik-kecik, bapak aku banyak travelling. Tapi yang pasti, dia jaga kitorang dengan teramat baik. Dari keja dengan gaji RM9 sehari (mak aku lah cakap ni)..hingga sekarang sampai aku dah beranak pinak, dia memang ambik berat walaupun susah sikit nak nak senyum,nak cakap tapi dalam hati dia aku tahu yang kitorang adik beradik memang sentiasa dalam ingatan.
Nak tengok bapak aku????


Mempersembahkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn













Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................................























Eh, tak jumpa lagi......................

















































Ok...ok.....Ni dia...............


















Haji Arshad dan Hajah Jubiah.......

Love both of u so muchhhhhhhh



Lambatnyaaaaaaaaaaa

Aku rasa semua yang keja gomen dah tak sabar nak tunggu next week sebab kenaikan gaji baru akan masuk beserta arrears sekali kan...


For sure, aku antara salah seorang tu.Memang dah tak sabar, sebab nak beli barang-barang baby. Semua tak beli lagi ni. Tup-tup aku terberanak next week ni,mampusssssssssssssss.

Harapnya, semua yang menanti tu belanja dengan berhemah ye. Memang seronok tengok banyak yang masyukkkkkkkkkkkk tapi tanpa sedar kita akan habiskan dengan seronoknyaaaaaaaaaaaaaaa jugak.


34 weeks sudah



Ada lihat itu???? Kat blog kat area bawah pun aku letakkan sticker ni. Untuk bagi kenervousan pada diri sendiri.Hehehehehhee

Officially aku dah 34 weeks. Tinggal 2 weeks lagi kan nak bagi genap tu. Nervous?? Adalah kot. Sakit?? teramat sangat lagi-lagi kat area ari-ari ni. Nak berjalan pun dah tertunduk-tunduk. Lebih sakit dari aku ngandungkan si bunga dulu.


Isnin hari tu aku pegi check up. Macam biasalah kan klinik gomen,lambat satu hal, macam-macam hal pun satu hal.

AKu sampai kol 8 pagi. Memang ngam-ngam masa appointment. Tapi biasalah kan, appointment kol 8 ko, 10 belum tentu ko kenal pagi mengadap. Jadi, pagi tu lepas letak kad merahku, aku tunggu. Ada gak dalam 1/2 jam tunggu baru nama kena panggil. Pergi kat makmal nak check urine n darah. Kan ke selalu nya diorang ni masukkan benda panjang yang ada macam span kecik wana kuning dan wana biru kat hujung tu kan. So macam tu juga aku, tapi kali ni aku perasan si MA tu asyiklah tengok benda tu. Bukan sekali dua, tapi 4 kali. Sambil-sambil tu dia tulis result darah tu. Kali ni mencanak naik jadi 12.4....hehhehheheh...Sebab sebelum ni turun cos aku tak makan pil yang cokolat tu.

Pasal urine tadi, aku tanya dia apahal. Dia kata kencing kotor, Maybe protein tinggi. Aku dah macam..'''''Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'''''''.....Macam-macam lah. Yang pasti pregnant kali ni aku memang kurang sihat. Asyik ada je yang tak kena lah. Lagi-lagi makin nak beranak ni. Macam-macam yang datang singgah. Makin tak sabar lak aku nak minta baby ni kluar, tapi barang-barang semua tak beli lagi ni.

Aku dah malaslah. Lepas habis di situ, aku pegi ke bilik depan nak tunggu giliran ke bilik yang sepatutnya pulak. Sistem sekarang ni diorang main timbang kat luar. Jadi kena timbang dulu. Kali ni aku timbang tapi aku tak tahu berapa berat badan aku. So, aku tunggu je lah. Ini pun satu hal jugak. Diorang memang dah bagi nombor giliran kan tapi diorang ambik kad tu then panggil nama. So ko tak tahu giliran no keberapa dah dia panggil n tak tahu brapa banyak lagi orang yang akan dipanggil sebelum kau lah kan. Aku dah malas lah. Dahlah panas,ikut hati mahu juga bertukar jadi yellow kat situ.


Last-last giliran aku sampai. Cek-cek apa yang patut, kena refer plak jumpa doc sebab urin tadi. Heh hoh lah. Part ni je aku kena tunggu 1 1/2 jam tau. Jumpa je tak sampai pun 5 minit. Memanglah aku rasa menyampah. Aku tak benci kan kerajaan, yang aku bencikan perkhidmatan tu. Iye,memang aku akui banyak manusia berduyun tiba, tapi dah tengok macam tu, ngko kena kaji balik sistem yang ko pakai. Maybe kena tambah bilik ke, tambah doktor ke kan. Ini tak ,1 bilik sampai 3 nurse yang takde buat apapun. Kalau setiap nurse tu dibagi bilik setiap sorang,dalam masa 2-3 jam memang habis kot keja tu.

Masa dari aku sampai hinggalah ke saat aku balik adalah 4 jam....12.30 baru aku keluar dari situ. Rasa macam tak nak ke situ dah.......


PANDAI PINJAM PANDAI BAYAR YE



Sekarang ni kan kecoh pasal PTPTN nak dihapuskan. Pastu ada pulak mogok ke,demostrasi ke apa ke yang sokong hapuskan PTPTN ni.

Dan semalam aku tengok berita TV3, pasal satu ustaz ke ulama ke,ntah  ler yang kata ' Adat meminjam, yang meminjam kena bayar balik'..'Jika tidak,haram'..kan??..Gitulah aku rasa.

Tapi,memang ebtullah tu. Bagi aku kan,memang dah nama nya meminjam, memang ko kena bayar balik, baik lambat atau cepat sebelum ko berlalu pegi meninggalkan alam yang fana ini. Kalau yang kasi pinjam tu halalkan,itu lain cerita nya ye.

Macam yang PTPTN ni, yang kebanyakan yang meminjam sudah tentu dan sudah pasti budak-budak yang nak sambung belajar lah kan. Itulah yang aku pelik ni,ngko tu dah lah meminjam kan. Bila dah grad, dah dapat izajah( bunyi cam Sudin)..ko lupa dengan orang yang bagi ko duit untuk ko berjaya n dalam kes-kes sebegini PTPTN lah. Iyelah of coz lah family ada bantu tapi bagi yang memang family dah tak dapat nak bantu,memanglah mengharapkan duit pinjaman kan.

Ini dah sampai keluar isu haram sebab tak bayar balik pinjaman, takkan nak hidup dengan hutang sampai dah beranak pinak,bercucu cicit segala,sampai dah nak arwah kot. Lagi-lagi yang dah dapat keja tu. Kena ingat-ingat lah nak bayar balik. Aku memang tak pernah dapat pinjaman sebab aku tak further study. Bukan atas sebab tak pandai (takkan nak ngaku aku bodo plak kan...:-p), tapi atas sebab keluarga. Akan tetapi, adik-beradik yang di atas aku semuanya furtehr study kecuali abang aku yang pertama yang tak berapa nak menjadi.

Kakak aku yang pertama, yang ni memang pandailah. Memang aku akui. Kalau tak Petronas takkan taja dia sambung belajar kat Australia. Yes dapat biasiswa. Tapi of coz Petronas tak nak rugi kan. Habis je belajar kakak aku kena keja dengan diorang secara kontrak untuk 12 tahun. Itulah bayarannya. Dan hingga sekarang ni kakak aku masih keja dengan diorang tapi memanglah dah naik pangkat lah kan.

Kakak aku yang kedua dapat sambung belajar di UITM Sarawak. Memang dapat pinjaman,. Dari mana pinjaman aku tak pasti. Yang pasti dia dapat tukarkan pinjaman jadi biasiswa. Dia dapat anugerah dekan sepanjang dia belajar. Memang patut lah kan.

Abang aku yang kedua belajar di UITM Shah Alam. Ambik course Elektronik kot. Pun dapat tukarkan pinjaman jadi biasiswa.

Adik yang kat bawah aku pulak memang tak yah cakaplah kan. Yang ni dulu dia belajar di Kolej TM. Pointer tak yah cakap. But,sama macam kakak aku yang 1st, dapat biasiswa tapi kena keja dengan diorang lah kan.

Kesimpulan yang aku nak sampaikan adalah, nak berhutang tu boleh, tapi resam lah kan bila kita nak berhutang kita akan kata kita akan bayar balik. Dan, terimalah hakikat yang janji tu dah ditulis Yang Maha Kuasa yang ko akan bayar balik duit yang ko pinjam. Dan bila ko tak bayar balik padahal ko dah berniat,memang binasa hidup kau. Yes, memang ada petikan ayat al-Quran yang cakap macam ni,tapi minta maaf aku tak ingat. For sure,petikan ayat ni ada kat rumah aku aku tempekkan kat dinding. Bagi peringatan pada diri sendiri.

Lu fikirlah sendiri.


Check in Time

Asssalamualaikum semua....

lambat sungguh aku nak up kan entry pasal si bunga kena admitted di 5 star hospital hari tu....

Lagi pulak aku physically and mentally exhausted,sebab tu lama aku tak update blog ni....Sorry ye.



Masa ni suhu 41 celsius.

Nak cerita pasal bunga ni kena demam hari tu sampai kena admitted..Fuh,kau,mencabar sungguh kesabaran dan iman di dada. Just imagine,aku ni dah sarat sebenarnya tapi hingga ke saat entry ni ditaip,aku masih gagah bawa perut even dah sakit sangat bawah tu.

Actually, 26.03.2012 hari tu bunga ni dah demam pagi tu. Aku bagi ubat demamlah kan. Pastu dia okey,tapi aku takde checked suhu badan dia,but takde panas lepas makan ubat tu. Lepas setengah jam camtu bunga tido. Dalam sejam jugak bunga tido. After dia bangun tu aku tengok okey je berjimba dengan abang dia. Siap main hide and seek,lari-lari. Aku ingat dah baik lah kan. Sekali petang tu aku rasa badan dia panas sangat dan mata dia layuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat. Melompat lah aku ni. Aku buat sponging (tekap2 kain basah ke,span ke) kat badan dia. Sekali bunga buat hal,datang menggigil satu badan. Mata ke atas, tangan,kaki,bibir semua dah biru. Masa ni hubby takde kat rumah,keluar dengan kawan. Aku called dengan menangis yang tak yah cakaplah suruh dia balik. Kebetulan juga masa ni kereta kitorang rosak starter. Memang tak boleh start engine keta. Hubby keluar tu pun kawan dia ambikkan. jadi, ko bayangkan lah kitorang ni dah macam 'Sudah jatuh ditimpa tangga'.Si bunga dah makin terok aku tengok.Asyiklah mata dia macam nak pejam.Aku tepuk-tepuk pipi bunga tak kasi dia tido. Macam-macam dah dalam kepala otak aku. Minta dijauhkan..

Sampai je hubby dia tengok bunga,muka dia terus berubah. Sumpah,kitorang tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni sampai anak jadi biru macam tu. Dia bukan tercekik ke apa ke.Tapi memang bertukar jadi biru tu. Aku melalak tak ingat dah. Kitorang called teksi, tak sampai 10 minit dah sampai. Nasib baik kitorang dah kenal uncle teksi ni. So dia paham and buka emergency light teksi,siap asyik cakap..'kesian dia'...:-(...Msa dalam teksi tu hubby bawa bunga,aku di belakang dengan si panglima tu. Asyiklah aku tanya si hubby bunga tido ke,kejutkan dia,tepuk-tepuk muka dia.

Sampai je hospital,terus kat emergency ni and bawa jumpa doktor. Diorang checked2 sikit,terus warded. Kali ni aku memang dah standby sebab tengok keadaan bunga memang dah parah. jadi,staylah kat ward tu. Hubby aku balik pakai teksi juga sebab nak ambik barang aku n bunga.

Malam tu stay di hospital kan, dah memang takkan ada istilah cukup tido. Korang pun tahulah every brapa jam nurse-nurse akan check,bagi ubat. So malam tu suhu bunga naik 41 celcius. huhuhuhuhuhu... Takut dah aku ni. terus nurse bagi ubat masuk lubang dubur tu (bahasa sopan ye). Ubat ni berkesan untuk 6 jam kan. So lepas 6 jam,cek balik...Suhu naik balit 40 celsius. Memang lah nak kasi aku risau sangat. Aku ni dahlah jenis suka fikir yang macam-macam. Dengan situasi macam ni memang lah tak duduk setempat aku. Asyiklah lap-lap badan dia,kepala dia,balut badan dia dengan kain. Tido tak berbaju dah si bunga ni. Hari pertama ni.

Hari kedua,pun masih jugak suhu dia tinggi. Masa ni tangan dia tak kena cucuk lagi. Tapi ada lah semalam nya diorang ambik darah nak cek kan. Masa diorang ambik darah ni,aku awal-awal dah bagitahu aku tak nak pegang bunga sebab tak sanggup tengok. lagi pula si doc tu cakap nak ambik banyak darah. Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak sanggup. So diorang minta nurse tahan bunga,aku tunggu di luar. Masa kat luar ni memang tak boleh tahan hati ni dengar bunga meraong-raong dalam tu tapi aku tak nangis.Cuma minta cepat-cepatlah ambik darah tu. Mungkin sakit atau mungkin dia takut tengok muka-muka yang dia tak kenal. Lama jugak dalam tu. Nak kasi aku bingong je lah. 20 minit baru diorang bawa bunga keluar. Aku bawalah bunga jalan-jalan nak pujuk dia. Pagi tu doktor check bunga. Memang sah-sah kena tahan lagi lah kan. Doktor kata air kencing dia kotor, sel darah putih banyak sangat (dalam kes bunga ni, kalau normal sel darah putih tu 10k je, tapi si bunga masa ni ada 38k sel darah putih which is sangat tak normal).Doc kata memang akan ambik darah lagi sebab takut ada sel-sel yang tak baik. Aku redho je dengar penjelasan dia.Diam je aku masa ni.Malam tu suhu dia naik lagi. Untuk 2 hari berturut tu bunga memang pakai ubat masuk lubang dubur.Siang tu diorang bagi ubat sirap je. Malam-malam kesian kat aku ni,kena tido pakai katil budak.....Iyelah,nama pun wad budak kan. Aku nak tido duduk,perut ni kacau. Nak tido duduk,aku dah mengah. So,nak tak nak kena lah berhimpit sikit dengan bunga. Lenguh jugak badan.

Hari ketiga tu, kitorang diletakkan kan cubicle lain. Sebab nak bagi kes-serius duduk kat cubicle depan. Oklah,ikut je. Masa ni bunga dah okey sikit. Aku ingatkan boleh keluar lah kan. tapi tak jugak. Masa doc cek,dia explained lah dah buat ujian darah lagi and takde lah sel-sel yang bahaya. Tapi kencing masih kotor. So diorang decide nak masukkan ubat pakai jarum masuk kat tangan tu. Aku dah start rasa kesian kat bunga sebab kejap lagi kompom melalak kena cucuk ni. Dalam sejam lepas tu nurse panggil nak cucuk tangan bunga. Dan macam biasa juga aku tak nak pegang,tak nak tengok. 15 minit lepas tu baru si bugna keluar dengan tangan dah bercucuk dengan jarum. Bunga asyiklah tunjuk tangan dia.Bagitahu aku dia sakit kot. Rasa nak menangis sangat bila tengok bunga macam tu.Malam tu kena bagi ubat masuk situ satu kali. Memang dia nangis lah sebab ngilu kot ubat terus masuk kan. Apa boleh buat. Aku dapat tengok je.

Hari keempat, masih sama juga. Disebabkan ubat ni kena dipantau dalam amsa 3 hari,jadi memang sah-sah kena tunggu lagi 3 hari lah. Hari keempat ni kiranya hari kedua penggunaan ubat tu. Memang kena tahan lah even aku harap sangat memang dapat keluar dari hospital. Dah tak sanggup dah rasa ni. Aku dah start penat sangat dengan tak cukup tido,tak cukup rehat. Dan aku tengok bunga pun dah okey. Asala pagi bangun je dari tido,dia dah tahu rutin ni. Aku bawa dia jalan, pastu bagi dia makan. Pastu mandikan dia. Then dia tido balik. Masa dia tido ni memang masa doktor akan datang cek. Tapi suhu dia dah okey,tak naik mencanak sangat. Yang diorang risaukan kencing dia lah. Masih lagi kuman.

Hari kelima di hospital. Aku dah tak larat sangat. Jalan pun dah macam penguin. Aku tunggu je doktor cek lah lepas settlekan bunga dengan bawa jalan,makan,mandi n sampai dia tido balik. Doktor cek,kata dia nampak okey tapi kena tahan lagi sebab nak pantau tak nak suhu naik mendadak lagi n nak make sure kencing dia memang okey lah. Iyelah,itu je lah pun aku mampu buat. Ikut je lah ye. Untuk kesihatan anak aku jugak.

Hari keenam which is on 30.03.2012, pagi-pagi dah ada doktor pelatih kot datang cek. Lepas tengok-tengok bunga,belek sana sini, dia cakap boleh discharged tapi kena tunggu doktor pakar dulu. Dah berbunga-bunga dah hati ni. Memang harap sangat dapat balik sebab memnag aku dah tak sanggup nak stay even sejam pun lagi. Melampau kan aku. Tapi aku memang dah tak sanggup lah. Almost tengahari macam tu doktor pakar datang. Kebetulan masa ni bunga tido dengan pegang botol susu sambil tido,pusing kiri kanan. Doktor tengok pun cakap ' sedap sungguh tido sambil menyusu ni. Nikmat untuk si ibu'......Hehehehhehe...Ada betulnya. Lepas doktor pakar cek tu, dia bagi discharged. Fuh,lega sungguh. tak pernah lagi aku segumbira sebegini rupa masa dia kata boleh keluar. Terus aku called hubby suurh dia ambikkan and aku pun start lah kemas apa yang patut.

Petang tu pagi ambik panglima dulu kat rumah babysitter,minta dia tolong jagakan sekejap. Lepas ambik panglima,balik rumah. Sebabkan aku dah memang tak cukup rehat,tak cukup tido. Aku mandi,pakai baju terus baring dan tido santak sampai ke petang. Bunga dan panglima lantak ayah diorang lah nak layan macam mana.

Pengalaman kali ni memang aku takkan lupa lah. Masa panglima dulu admitted 4 hari je. Si bunga ni 6 hari. Masa si panglima dulu,aku ngandungkan si bunga tu. 4 bulan masa tu. Masa si bunga ni pulak,ngandung jugak. 7 bulan. Memang lah diorang ni dah sepakat agaknya. Yang dalam perut ni ntah macam mana lah pulak peel ni nanti.

Harap sangat benda macam ni tak  berulang lagi.





Thursday, April 12, 2012

PENAT

Minta maaf ye sebab lama tak update.....




AKU KEPENATAN...


Entry sekadar di pinggiran.........:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...