NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Saturday, April 21, 2012

34 weeks sudah



Ada lihat itu???? Kat blog kat area bawah pun aku letakkan sticker ni. Untuk bagi kenervousan pada diri sendiri.Hehehehehhee

Officially aku dah 34 weeks. Tinggal 2 weeks lagi kan nak bagi genap tu. Nervous?? Adalah kot. Sakit?? teramat sangat lagi-lagi kat area ari-ari ni. Nak berjalan pun dah tertunduk-tunduk. Lebih sakit dari aku ngandungkan si bunga dulu.


Isnin hari tu aku pegi check up. Macam biasalah kan klinik gomen,lambat satu hal, macam-macam hal pun satu hal.

AKu sampai kol 8 pagi. Memang ngam-ngam masa appointment. Tapi biasalah kan, appointment kol 8 ko, 10 belum tentu ko kenal pagi mengadap. Jadi, pagi tu lepas letak kad merahku, aku tunggu. Ada gak dalam 1/2 jam tunggu baru nama kena panggil. Pergi kat makmal nak check urine n darah. Kan ke selalu nya diorang ni masukkan benda panjang yang ada macam span kecik wana kuning dan wana biru kat hujung tu kan. So macam tu juga aku, tapi kali ni aku perasan si MA tu asyiklah tengok benda tu. Bukan sekali dua, tapi 4 kali. Sambil-sambil tu dia tulis result darah tu. Kali ni mencanak naik jadi 12.4....hehhehheheh...Sebab sebelum ni turun cos aku tak makan pil yang cokolat tu.

Pasal urine tadi, aku tanya dia apahal. Dia kata kencing kotor, Maybe protein tinggi. Aku dah macam..'''''Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'''''''.....Macam-macam lah. Yang pasti pregnant kali ni aku memang kurang sihat. Asyik ada je yang tak kena lah. Lagi-lagi makin nak beranak ni. Macam-macam yang datang singgah. Makin tak sabar lak aku nak minta baby ni kluar, tapi barang-barang semua tak beli lagi ni.

Aku dah malaslah. Lepas habis di situ, aku pegi ke bilik depan nak tunggu giliran ke bilik yang sepatutnya pulak. Sistem sekarang ni diorang main timbang kat luar. Jadi kena timbang dulu. Kali ni aku timbang tapi aku tak tahu berapa berat badan aku. So, aku tunggu je lah. Ini pun satu hal jugak. Diorang memang dah bagi nombor giliran kan tapi diorang ambik kad tu then panggil nama. So ko tak tahu giliran no keberapa dah dia panggil n tak tahu brapa banyak lagi orang yang akan dipanggil sebelum kau lah kan. Aku dah malas lah. Dahlah panas,ikut hati mahu juga bertukar jadi yellow kat situ.


Last-last giliran aku sampai. Cek-cek apa yang patut, kena refer plak jumpa doc sebab urin tadi. Heh hoh lah. Part ni je aku kena tunggu 1 1/2 jam tau. Jumpa je tak sampai pun 5 minit. Memanglah aku rasa menyampah. Aku tak benci kan kerajaan, yang aku bencikan perkhidmatan tu. Iye,memang aku akui banyak manusia berduyun tiba, tapi dah tengok macam tu, ngko kena kaji balik sistem yang ko pakai. Maybe kena tambah bilik ke, tambah doktor ke kan. Ini tak ,1 bilik sampai 3 nurse yang takde buat apapun. Kalau setiap nurse tu dibagi bilik setiap sorang,dalam masa 2-3 jam memang habis kot keja tu.

Masa dari aku sampai hinggalah ke saat aku balik adalah 4 jam....12.30 baru aku keluar dari situ. Rasa macam tak nak ke situ dah.......


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...