NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, April 27, 2012

Bila dah dapat yang ditunggu-tunggu

2 hari lepas kan semua yang keja gomen dapat gaji, termasuklah yang tertunggak kan. Aku sendiri mengaku sebelum dapat gaji ni dah macam-macam dalam kepala ada benda mau beli.Kira itu kira ini,bajet situ bajet sini.

Fuh,memanglah kalau tak tahan iman,maunya habis di situ juga.

Tapi memanglah orang kata keja macam aku ni kaya nya sekejap,miskin pun sekejap. Tak miskin pun,jatuh ke tahap sederhana dah.

Di saat baru je nak happy-happy sebab dapat kenaikan gaji dan tunggakan tu, keta buat hal lah pulak. Kata nya si hubby arm kat bawah keta tu patah. Jalan memang lah dapat tapi slow,tapi tak kongpideng akan bertahan lama. Masa hari tu kena macam tu memang ngam-ngam lepas turun bukit nak hantar si bunga dan panglima ke rumah kakak babysitter.

Syukurlah takde apa-apa jadi kat kitorang. Tapi keta ni kan macam tahu-tahu je duit banyak nak masyukkkkk.Dia pun nak juga bahagian dia. Kan dah lari lagi bajet...Huhuhuhuhuhuhuhu...


Tapi,sebenarnya yang aku nak kongsikan adalah ini.............


Kenal kan???

Dia ni selalu muncul dalam talkshow Oprah sebelum dia stopkan talkshow tu. Suka dengar dia cakap,cakap dan cakap. Macam dalam gambar tu lah. Memang teramat betul apa yang dia quote kan tu. Kadang-kadang kita manusia ni suka nak impresskan orang yang kita tak suka dengan harapan biar orang tu jeles,mata terbeliak,muntah terbelahak tengok kita up to date dengan benda-benda di sekeliling sampai tak sedar diri sendiri menanggung banyak beban.

Bila berbelanja tu memang selalu sangat terlari dari list.Takpun beli benda yang tak perlu like sepnder bunga-bunga,ada gambar kartun ke dalam satu masa. Kadang-kadang sampai 10-20 helai (no offense)..Apa yang aku nak maksudkan ni kalau kau dah beli 5 spender bunga-bunga,motif ko nak beli lagi 5 spender gambar kartun?????Membazir kan???Lagi pulak takde sapa nak tengok. Kalau yang dah kawen sah-sah ler yang nengok tu laki/bini ngko. Yang single mingle tu memang sah-sah ko sendiri je yang tengok. Baik beli makanan kasi kenyang itu perut. Aku sendiri lebih senang beli makanan dari habiskan beli baju.Seriesssssssssssssssssss. Sebab bagi aku selagi barang tu masih dapat pakai,tak lusuh di mata aku (pedulilah pandangan orang) aku akan pakai. Begitu juga dengan kasut ke,selipar ke,sandal ke. Macam tulah aku. Tidaklah aku kata sampai ko selekeh nak mampus sampai baju dah koyak rabak dan memang lusuh di mata kau,kau masih nak pakai....Bior bonar...


Yang pasti sekarang ni memang berlumba-lumbalah bank-bank,koperasi cari client nak suruh buat pinjaman lagi.Aku????Tidak untuk masa ni sebab aku ada satu lagi nak ditunggu ni. Kenaikan Gaji Tahunan tak masuk lagi tu.Harap-harap masuk lah before raya nanti. Lagi pulak KGT aku start Januari...Yang sama kenaikan KGT macam aku tu mesti akan rasa bahagia sebab memang arrears tu banyak lerrrrrrrrrrrrrr.....

P/S: Doakan aku bahagia :-)......Ntah apa2 lah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...