NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Saturday, April 21, 2012

Check in Time

Asssalamualaikum semua....

lambat sungguh aku nak up kan entry pasal si bunga kena admitted di 5 star hospital hari tu....

Lagi pulak aku physically and mentally exhausted,sebab tu lama aku tak update blog ni....Sorry ye.



Masa ni suhu 41 celsius.

Nak cerita pasal bunga ni kena demam hari tu sampai kena admitted..Fuh,kau,mencabar sungguh kesabaran dan iman di dada. Just imagine,aku ni dah sarat sebenarnya tapi hingga ke saat entry ni ditaip,aku masih gagah bawa perut even dah sakit sangat bawah tu.

Actually, 26.03.2012 hari tu bunga ni dah demam pagi tu. Aku bagi ubat demamlah kan. Pastu dia okey,tapi aku takde checked suhu badan dia,but takde panas lepas makan ubat tu. Lepas setengah jam camtu bunga tido. Dalam sejam jugak bunga tido. After dia bangun tu aku tengok okey je berjimba dengan abang dia. Siap main hide and seek,lari-lari. Aku ingat dah baik lah kan. Sekali petang tu aku rasa badan dia panas sangat dan mata dia layuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat. Melompat lah aku ni. Aku buat sponging (tekap2 kain basah ke,span ke) kat badan dia. Sekali bunga buat hal,datang menggigil satu badan. Mata ke atas, tangan,kaki,bibir semua dah biru. Masa ni hubby takde kat rumah,keluar dengan kawan. Aku called dengan menangis yang tak yah cakaplah suruh dia balik. Kebetulan juga masa ni kereta kitorang rosak starter. Memang tak boleh start engine keta. Hubby keluar tu pun kawan dia ambikkan. jadi, ko bayangkan lah kitorang ni dah macam 'Sudah jatuh ditimpa tangga'.Si bunga dah makin terok aku tengok.Asyiklah mata dia macam nak pejam.Aku tepuk-tepuk pipi bunga tak kasi dia tido. Macam-macam dah dalam kepala otak aku. Minta dijauhkan..

Sampai je hubby dia tengok bunga,muka dia terus berubah. Sumpah,kitorang tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni sampai anak jadi biru macam tu. Dia bukan tercekik ke apa ke.Tapi memang bertukar jadi biru tu. Aku melalak tak ingat dah. Kitorang called teksi, tak sampai 10 minit dah sampai. Nasib baik kitorang dah kenal uncle teksi ni. So dia paham and buka emergency light teksi,siap asyik cakap..'kesian dia'...:-(...Msa dalam teksi tu hubby bawa bunga,aku di belakang dengan si panglima tu. Asyiklah aku tanya si hubby bunga tido ke,kejutkan dia,tepuk-tepuk muka dia.

Sampai je hospital,terus kat emergency ni and bawa jumpa doktor. Diorang checked2 sikit,terus warded. Kali ni aku memang dah standby sebab tengok keadaan bunga memang dah parah. jadi,staylah kat ward tu. Hubby aku balik pakai teksi juga sebab nak ambik barang aku n bunga.

Malam tu stay di hospital kan, dah memang takkan ada istilah cukup tido. Korang pun tahulah every brapa jam nurse-nurse akan check,bagi ubat. So malam tu suhu bunga naik 41 celcius. huhuhuhuhuhu... Takut dah aku ni. terus nurse bagi ubat masuk lubang dubur tu (bahasa sopan ye). Ubat ni berkesan untuk 6 jam kan. So lepas 6 jam,cek balik...Suhu naik balit 40 celsius. Memang lah nak kasi aku risau sangat. Aku ni dahlah jenis suka fikir yang macam-macam. Dengan situasi macam ni memang lah tak duduk setempat aku. Asyiklah lap-lap badan dia,kepala dia,balut badan dia dengan kain. Tido tak berbaju dah si bunga ni. Hari pertama ni.

Hari kedua,pun masih jugak suhu dia tinggi. Masa ni tangan dia tak kena cucuk lagi. Tapi ada lah semalam nya diorang ambik darah nak cek kan. Masa diorang ambik darah ni,aku awal-awal dah bagitahu aku tak nak pegang bunga sebab tak sanggup tengok. lagi pula si doc tu cakap nak ambik banyak darah. Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak sanggup. So diorang minta nurse tahan bunga,aku tunggu di luar. Masa kat luar ni memang tak boleh tahan hati ni dengar bunga meraong-raong dalam tu tapi aku tak nangis.Cuma minta cepat-cepatlah ambik darah tu. Mungkin sakit atau mungkin dia takut tengok muka-muka yang dia tak kenal. Lama jugak dalam tu. Nak kasi aku bingong je lah. 20 minit baru diorang bawa bunga keluar. Aku bawalah bunga jalan-jalan nak pujuk dia. Pagi tu doktor check bunga. Memang sah-sah kena tahan lagi lah kan. Doktor kata air kencing dia kotor, sel darah putih banyak sangat (dalam kes bunga ni, kalau normal sel darah putih tu 10k je, tapi si bunga masa ni ada 38k sel darah putih which is sangat tak normal).Doc kata memang akan ambik darah lagi sebab takut ada sel-sel yang tak baik. Aku redho je dengar penjelasan dia.Diam je aku masa ni.Malam tu suhu dia naik lagi. Untuk 2 hari berturut tu bunga memang pakai ubat masuk lubang dubur.Siang tu diorang bagi ubat sirap je. Malam-malam kesian kat aku ni,kena tido pakai katil budak.....Iyelah,nama pun wad budak kan. Aku nak tido duduk,perut ni kacau. Nak tido duduk,aku dah mengah. So,nak tak nak kena lah berhimpit sikit dengan bunga. Lenguh jugak badan.

Hari ketiga tu, kitorang diletakkan kan cubicle lain. Sebab nak bagi kes-serius duduk kat cubicle depan. Oklah,ikut je. Masa ni bunga dah okey sikit. Aku ingatkan boleh keluar lah kan. tapi tak jugak. Masa doc cek,dia explained lah dah buat ujian darah lagi and takde lah sel-sel yang bahaya. Tapi kencing masih kotor. So diorang decide nak masukkan ubat pakai jarum masuk kat tangan tu. Aku dah start rasa kesian kat bunga sebab kejap lagi kompom melalak kena cucuk ni. Dalam sejam lepas tu nurse panggil nak cucuk tangan bunga. Dan macam biasa juga aku tak nak pegang,tak nak tengok. 15 minit lepas tu baru si bugna keluar dengan tangan dah bercucuk dengan jarum. Bunga asyiklah tunjuk tangan dia.Bagitahu aku dia sakit kot. Rasa nak menangis sangat bila tengok bunga macam tu.Malam tu kena bagi ubat masuk situ satu kali. Memang dia nangis lah sebab ngilu kot ubat terus masuk kan. Apa boleh buat. Aku dapat tengok je.

Hari keempat, masih sama juga. Disebabkan ubat ni kena dipantau dalam amsa 3 hari,jadi memang sah-sah kena tunggu lagi 3 hari lah. Hari keempat ni kiranya hari kedua penggunaan ubat tu. Memang kena tahan lah even aku harap sangat memang dapat keluar dari hospital. Dah tak sanggup dah rasa ni. Aku dah start penat sangat dengan tak cukup tido,tak cukup rehat. Dan aku tengok bunga pun dah okey. Asala pagi bangun je dari tido,dia dah tahu rutin ni. Aku bawa dia jalan, pastu bagi dia makan. Pastu mandikan dia. Then dia tido balik. Masa dia tido ni memang masa doktor akan datang cek. Tapi suhu dia dah okey,tak naik mencanak sangat. Yang diorang risaukan kencing dia lah. Masih lagi kuman.

Hari kelima di hospital. Aku dah tak larat sangat. Jalan pun dah macam penguin. Aku tunggu je doktor cek lah lepas settlekan bunga dengan bawa jalan,makan,mandi n sampai dia tido balik. Doktor cek,kata dia nampak okey tapi kena tahan lagi sebab nak pantau tak nak suhu naik mendadak lagi n nak make sure kencing dia memang okey lah. Iyelah,itu je lah pun aku mampu buat. Ikut je lah ye. Untuk kesihatan anak aku jugak.

Hari keenam which is on 30.03.2012, pagi-pagi dah ada doktor pelatih kot datang cek. Lepas tengok-tengok bunga,belek sana sini, dia cakap boleh discharged tapi kena tunggu doktor pakar dulu. Dah berbunga-bunga dah hati ni. Memang harap sangat dapat balik sebab memnag aku dah tak sanggup nak stay even sejam pun lagi. Melampau kan aku. Tapi aku memang dah tak sanggup lah. Almost tengahari macam tu doktor pakar datang. Kebetulan masa ni bunga tido dengan pegang botol susu sambil tido,pusing kiri kanan. Doktor tengok pun cakap ' sedap sungguh tido sambil menyusu ni. Nikmat untuk si ibu'......Hehehehhehe...Ada betulnya. Lepas doktor pakar cek tu, dia bagi discharged. Fuh,lega sungguh. tak pernah lagi aku segumbira sebegini rupa masa dia kata boleh keluar. Terus aku called hubby suurh dia ambikkan and aku pun start lah kemas apa yang patut.

Petang tu pagi ambik panglima dulu kat rumah babysitter,minta dia tolong jagakan sekejap. Lepas ambik panglima,balik rumah. Sebabkan aku dah memang tak cukup rehat,tak cukup tido. Aku mandi,pakai baju terus baring dan tido santak sampai ke petang. Bunga dan panglima lantak ayah diorang lah nak layan macam mana.

Pengalaman kali ni memang aku takkan lupa lah. Masa panglima dulu admitted 4 hari je. Si bunga ni 6 hari. Masa si panglima dulu,aku ngandungkan si bunga tu. 4 bulan masa tu. Masa si bunga ni pulak,ngandung jugak. 7 bulan. Memang lah diorang ni dah sepakat agaknya. Yang dalam perut ni ntah macam mana lah pulak peel ni nanti.

Harap sangat benda macam ni tak  berulang lagi.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...