NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, April 27, 2012

Dah takde keja gamaknya


Parlimen izin persetubuhan dengan mayat isteri


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.
Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.

Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.


Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.

Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.


“Ia tidak boleh diterima.

“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. - DM

* sumber dari Harian Metro.


INI SERIUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!( nada Ming dari Wonderpets)...

Sebelum apa-apa,mohon maaf dulu kalau isu ni tak sepatutnya diperkatakan. Tapi,ini pandangan aku. Korang pun mesti ada pandangan tersendiri. Seriesly,gila punya keja ni. Macam dah takde undang-undang lain nak dibuat.

Dahlah mensuggestkan benda yang ntah apa-apa ni, pastu cadangkan lagi usia perkahwinan minimum tu diturunkan. Yang sebelum ni umur minimum tu tak cukup ke????Apa tak minta je usia minimum tu dari sejam lepas bayi perempuan dilahirkan??Dah kalau gila sangat....

Aku pun pelik,dari mana datangnya idea dan siapa lah punya idea nak cadangkan usul macam tu. Like sampai nak berasmara dengan mayat. Bak tajuk draf tu lah 'ASMARA SELAMAT JALAN'...Eh,biar betik ni. Memang ada ke lelaki ke wanita ke yang sanggup nak beromen dengan mayat ni walaupun mayat tu mayat suami/isteri diorang sendir. Dahlah dah tak bernyawa lagi nak dihentam.....Dibolehkan pulak tu sehingga 6 jam selepas kematian. Mak aiiiiiiiiiiiiiiii...Alangkan aku ni yang setengah jam pun letih dik..:-p..Ini pulak 6 jam walaupun salah seorang tu tak bernyawa,tapi terseksa jasad dia.


Bengong lah diorang ni.........



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...