NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Saturday, April 21, 2012

PANDAI PINJAM PANDAI BAYAR YE



Sekarang ni kan kecoh pasal PTPTN nak dihapuskan. Pastu ada pulak mogok ke,demostrasi ke apa ke yang sokong hapuskan PTPTN ni.

Dan semalam aku tengok berita TV3, pasal satu ustaz ke ulama ke,ntah  ler yang kata ' Adat meminjam, yang meminjam kena bayar balik'..'Jika tidak,haram'..kan??..Gitulah aku rasa.

Tapi,memang ebtullah tu. Bagi aku kan,memang dah nama nya meminjam, memang ko kena bayar balik, baik lambat atau cepat sebelum ko berlalu pegi meninggalkan alam yang fana ini. Kalau yang kasi pinjam tu halalkan,itu lain cerita nya ye.

Macam yang PTPTN ni, yang kebanyakan yang meminjam sudah tentu dan sudah pasti budak-budak yang nak sambung belajar lah kan. Itulah yang aku pelik ni,ngko tu dah lah meminjam kan. Bila dah grad, dah dapat izajah( bunyi cam Sudin)..ko lupa dengan orang yang bagi ko duit untuk ko berjaya n dalam kes-kes sebegini PTPTN lah. Iyelah of coz lah family ada bantu tapi bagi yang memang family dah tak dapat nak bantu,memanglah mengharapkan duit pinjaman kan.

Ini dah sampai keluar isu haram sebab tak bayar balik pinjaman, takkan nak hidup dengan hutang sampai dah beranak pinak,bercucu cicit segala,sampai dah nak arwah kot. Lagi-lagi yang dah dapat keja tu. Kena ingat-ingat lah nak bayar balik. Aku memang tak pernah dapat pinjaman sebab aku tak further study. Bukan atas sebab tak pandai (takkan nak ngaku aku bodo plak kan...:-p), tapi atas sebab keluarga. Akan tetapi, adik-beradik yang di atas aku semuanya furtehr study kecuali abang aku yang pertama yang tak berapa nak menjadi.

Kakak aku yang pertama, yang ni memang pandailah. Memang aku akui. Kalau tak Petronas takkan taja dia sambung belajar kat Australia. Yes dapat biasiswa. Tapi of coz Petronas tak nak rugi kan. Habis je belajar kakak aku kena keja dengan diorang secara kontrak untuk 12 tahun. Itulah bayarannya. Dan hingga sekarang ni kakak aku masih keja dengan diorang tapi memanglah dah naik pangkat lah kan.

Kakak aku yang kedua dapat sambung belajar di UITM Sarawak. Memang dapat pinjaman,. Dari mana pinjaman aku tak pasti. Yang pasti dia dapat tukarkan pinjaman jadi biasiswa. Dia dapat anugerah dekan sepanjang dia belajar. Memang patut lah kan.

Abang aku yang kedua belajar di UITM Shah Alam. Ambik course Elektronik kot. Pun dapat tukarkan pinjaman jadi biasiswa.

Adik yang kat bawah aku pulak memang tak yah cakaplah kan. Yang ni dulu dia belajar di Kolej TM. Pointer tak yah cakap. But,sama macam kakak aku yang 1st, dapat biasiswa tapi kena keja dengan diorang lah kan.

Kesimpulan yang aku nak sampaikan adalah, nak berhutang tu boleh, tapi resam lah kan bila kita nak berhutang kita akan kata kita akan bayar balik. Dan, terimalah hakikat yang janji tu dah ditulis Yang Maha Kuasa yang ko akan bayar balik duit yang ko pinjam. Dan bila ko tak bayar balik padahal ko dah berniat,memang binasa hidup kau. Yes, memang ada petikan ayat al-Quran yang cakap macam ni,tapi minta maaf aku tak ingat. For sure,petikan ayat ni ada kat rumah aku aku tempekkan kat dinding. Bagi peringatan pada diri sendiri.

Lu fikirlah sendiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...