NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, May 4, 2012

Counting the days

Assalamualaikum...

Hmmmm..Nak cite tentang perkembangan diri yang dah makin berkembang ni lah pulak.

Minggu ni adalah minggu ke 35. Rabu lepas baru je buat check up. Tapi kali ni aku pegi sebelah petang. Jadi next check up aku nak pegi sebelah petang jugak sebab kompom2 tak banyak sangat orang n tak lama nak menunggu. Letih dah aku brapa kali check up dah asyik tunggu sampai 4-5 jam. Dari pagi sampai ke tengahari.

Masa last check up, ada jumpa doc kan sebab nak tengok result BSP aku tu. Alaaaaaaaaaaa...yang kena check darah cucuk kat jari 4 kali tu. Kol 8 pagi, 11 pagi, 5 petang dan 9 malam. Result tu okey je untuk 3 waktu pertama tu. Sekali yang malam tu naik mendadak ke 7.3 sebab nya aku makan cokolat.Hambikkk...Tapi yang bestnya doc nak scan masa 36 minggu. Tapi sebabkan aku excited sangat nak scan sebab pregnant kali ni memang baru sekali je scan,so tertunggu-tunggu jugak.


Apa result scan???
Aku ni everytime pregnant memang jenis yang percaya kata hati. Ibu-ibu mengandung mesti faham maksud aku ni. Everytime aku mengandung agak-agak dah dalam 4-5 bulan macam tu dah macam dapat agak beserta dengan kata hati yang kuat akan tahu apa gender baby. Ni bukan berdasarkan pregnancy terdahulu sebab every pregnancy tu lain pembawakannya. So kali ni masa dh 4 bulan tu dah dapat agak the baby is boy. Memang excited sebab dah macam 'lat manit' kata orang-orang tua Sarawak. Maksudnya anak tu berselang seli jantina lah. Dalam kes aku ni lelaki,lelaki (yang meninggal tu), perempuan n now lelaki. Tapi masa scan tu aku tak tanya pun doc. Doc check air ketuban, kedudukan baby semua dah dalam posisi yang betul. Berat baby dalam 3.28. Masa scan lah. Kalau lahir mungkin lebih atau kurang dari tu kot. Last-last tu je doc tanya 'dah tahu jantina baby ke?'Aku eksen kemain jawab belum tapi kongpideng dalam hati memang boy. Doc tanya lagi 'nak tahuke jantina baby?' Aku jawab 'lelaki kan'. Doc tu kata 'yup,betul' sambil tunjuk kat aku kat screen tu telor dia.Bukan main lagi ye baby.

Persediaan barang-barang??
Hmmmmm...Part ni memang aku tak tahu nak cakap apa. Setakat hari ni banyak lagi aku tak beli. Dah ler semua barang-brang si bunga dulu aku tinggalkan kat rumah mak aku di Kuching. Iyelah sebab ingatkan nak jarakkan kelahiran kan 3-4 tahun ke. Sekalik kooooo eksiden. Sekarang ni memang aku dah macam kelam kabut sikit nak beli sikit-sikit mana yang perlu. Tapi ubat aku yang paling penting ni tak beli lagi. Huhuhuhuhuhu..Baju-baju memang aku tak beli sebab baby kan. Cepat besar. Pakai je baju si bunga yang sesuai untuk boy. Jimat sikit. Tetiba aku stresss lah kenang part ni. Heh.

Ibunya???
Aku???Setakat ni hanya mampu duduk, baring,buat keja rumah sikit. Keja opis tu apa boleh buat lah kan. Tapi hujung-hujung ni lagi banyak duduk dari buat keja sebab officially aku tak under sapa-sapa. Just buat keja mengikut arahan je. N multitasking jugak. Sakit belakang makin menjadi-jadi. Kat tuuuuuuuuuuuuuttttttt tu tak payah cakaplah kan. Bangun tido,nak bangun dari sofa nak berjalan semua dah sakit. Lama sangat aku rasa nak cukup bulan ni. lagi-lagi aku ni biasanya overdue. Hmmmmmmmm. So far,kesihatan tu okey lah.Setakat sampai ke 35 minggu ni takdelah kena sakit demam terok ke apa ke.Alhamdullillah.

Aku harapkan kelahiran baby ni semudah macam si bunga dulu. Tak lama sakit,tak lama nak push, n aku tak rasa sakit sangat masa kena jahit.

Next appointment nanti kena jumpa doktor lagi sebab aku ni disuruh buat lagi test BSP tu. Rimas betol lah nak buat benda tu sebab asyik nak ulang alik je. Sampai semalam aku terfikir nak menipu je tulis sendiri result tu. tapi bimbang jugak kalau diorang check balik dengan orang makmal. Hadap je lah ye.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...