NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, May 4, 2012

KELAHIRAN


* Share dari blog ni http://zamani84.blogspot.com/2012/05/10-fakta-menarik-tentang-kelahiran.html


dan dari pandangan aku yang tengah membuyung ni.



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  * Aku dah lalui pengalaman sampai 41 minggu. Letih menunggu nokssssss.Inikan 42 minggu...huhuhuhuh

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
   * For sure lah kan. Rekod bayi terbesar aku si bunga tu lah...3.8kg...Semangat sungguh budak tu.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
     * Wallahualam.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
    * Yang ni memang pasti tapi kalau tak kawal memang jadi meroyan kot. Takut juga.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
      * Semestinya. Aku takde pengalaman ni. Semuanya dipecahkan oleh misi-misi bertauliah.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
      * Subhanallah. Lelaki mampu ke tak eh tahan kesakitan macam ni?? Alangkan hubby aku tu sakit gigi je dah macam apa dah perangai.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
       * Alhamdullillah.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
      * Syukur alhamdullillah.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
     * Syukur Ya Allah.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
     * Mudahan ada kesempatan untuk ke sana sendiri.

* Itu jelah pandangan aku. Yang pasti semua wanita yang telah bergelar ibu,ummi,mummy,emak atau yang bakal bergelar ibu,ummi,mummy, emak akan mengakui bahawa saat-saat mengandung adalah antara saat-saat terindah,termanis dalam hidup mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...