NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, May 4, 2012

Macam nangka daaaaaaaaaaa

Sabtu lepas macam biasalah asal weekend je memang aku balun tido santak sampai jam 11 pagi..Hehehehheheh.Bukan selalu(tak nak ngaku every week buat mcm tu).Tapi memang syok lerrrr tido santak jemaah dengan anak-anak di kala hubbyku bangun pagi bersiap-siap nak pegi keja.Siap aku jeling je tengok dengan senyuman sinis.Membakar je hati teman.

Yang aku nak ceritakan ni pasal pagi Sabtu lepas.Kebiasaannya memang anak-anak bangun lagi awal sikit dari aku. Aku tido tu pun kiranya tido-tido ayam je,sebab kejap-kejap tengok diorang buat apa lagi-lagi si bunga tu. Panglima tak risau sangat sebab memang dah pandai bawa diri kan. Si bunga ni dah boleh tahan dah.Rumah aku tu kat mana yang tak berpagar dah. Kat bilik mandi,toilet,dapur pintu depan semua dah dipasang pagar. Itupun dia dah start pandai angkat kaki nak melangkah pagar tu. Nasiblah rumah tak bertingkat ye.

Kan dah lari dari topik...Ishhhhhhhhhhhhhhh...Sebenarnya aku nak ceritakan pasal aku jatuh dalam bilik mandi. Pagi-pagi tu lepas bangun tido,biasanya memang aku mandikan si bunga dulu.Tak pun aku kasi dia melengas dulu dengan peluh-peluh,aku pegi buat keja lain dulu like menyapu,mengemop, cuci baju-baju dan terus memasak. So by the time aku siap semua tu,kalau dikirakan aku bangun jam 11 pagi,kompom jam 12 aku dah habis buat semua tu.

Sebabkan hubby habis keja jam 12 jugak,dengan pengiraan aku yang tak berapa nak bertauliah ni,dia akan sampai jam 12.30 di rumah. Jadi adalah kan bajet masa 1/2 jam nak mandi kasi wangi-wangi sikit,seksi-seksi sikit,menggoda gitu tunggu hubby balik. :-p

Jadi,lepas bagi mandi si bunga,kemaskan dia...Si mak buyung pulak nak mandi. Nak dijadikan cerita,bukan aku buat cerita ye. Selama aku di rumah ni everytime aku masuk bilik mandi memang kaki kanan masuk dulu. Tak tahu knapa tatapi automatik lah macam tu. Entah macam mana hari tu aku masuk kaki kiri dulu dan tak sedar lantai tu licin.

Masuk-masuk je dah aku tergelincir tapi sempat pegang pintu. Kaki kanan masa ni tersangkut kat pagar dan tangan kanan berpaut kat tiang pintu sebelah. Pun aku tak boleh selamatkan diri.Memang aku menjeritlah kan. Sampai panglima aku jengok aku kat bilik mandi. Masa ni aku masih cuba bertahan tak nak jatuh sebab takut jatuh terlentang coz aku dah memang tak balance and kangkang kaki tu pun dah makin besar. Too bad,akhirnya aku terjelepok di situ sebab dah tak tahan dah. Memang rasa macam nak patah kaki,putus urat pinggang. Aku ni dah lah menghitung hari juga dah kiranya ni. Jadi pulak macam ni. Sorang-sorang lak tu di rumah. Itulah kan derhaka jeling-jeling hubby pagi tadi.

Lepas jatuh tu ada gak aku terdiam dalam 10 minit tak bercakap langsung. Panglima asyiklah panggil aku 'ibu...ibu...ibu'. Memang aku totally tak boleh bercakap langsung. Si bunga pulak gelak-gelak manja gitu. Nak jugak aku panggg dia...Tetiba kan. Lepas lebih kurang 10 minit tu baru keadaan kembali normal, aku mandi-manda,kemas-kemaskan diri dan rumah (againnnnnnnnnnnnnnnnnn),aku pun lepak je kat ruang tamu tunggu hubby balik.

Tapi kali ni aku tak manja kooooooooooooooooo.Kebiasaan memang aku mengadu aku sakit sana sini. Kali ni takde. Aku diamkan je,Bukan aku takut dia bising,tapi tak nak dia risau. Sampai lah 2 hari aku still tak cakap kat dia aku jatuh then baru aku realised ada lebam kat kaki aku. Memang ada gambar tapi tak nak lah tepekkan kat sini. Paham2 lah ye. Memang lebam sangat,aku tekan sikit memang sakit sangat.

Barulah semalam hubby sedar yang kaki aku ada lebam and dia urut-urutkan. Sampai ke hari ni memang masih sakit tapi still boleh jalan lah. Harap-harap tak berulang lagi. Sekarang ni jalan pun dah tak balance.Next week baru masuk 36 minggu. Sabar,sabar dan sabar dan terus menghitung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...