NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Tuesday, May 8, 2012

Tidak benar kata mu

Aku takde idea nak tulis apa lah....Tapi kan sejak 2 menjak aku start blogging ni,aku perasan memang yang jadi blogger ni adalah orang yang camwhore....

Matiklah aku ni haaaaaaaa...Bukan jenis camwhore ler...Ngambik gambor tu aku sukeeeee tapi tidak bergamabr sebab aku memang tak suka bergambar. Boleh kira je brapa kerat gambar aku ni. Nak tengok aku banyak bergambar time kawen je dulu kot.

Gambar anak-anak memang banyak. Hubby plak memang peel tak suka bergamabr.Suka tengok gambar je. Kalu disuruh ngko dia tu ngambik gambar, entah gamabr apa diambiknya.

Sebab tu jugak aku jarang tepek gambar dlm ni. Bukan saja nak bajet retis olllllssss....Tapi kadang aku rasa tak perlu,tapi rupa-rupanya perlu. Nak lagi kalau yang berblogging pasal diari hidup,orang-orang sekeliling kan.

Takpe...takpe...aku buat pelan-pelan ye. tak leh paksa sangat ni. 

Entry yang entah apa-apalah ni.

Tadi masa balik rumah aku tengok program wanita ni kat TV. Salah satu slot tu nak promosikan satu konsert. Tetamu tu lelaki,penyanyi lah ye. Kira legenda  lah tu. 

Aku tak bagi tumpuan sangat sebab tengah mengantuk. Dah jadi kebiasaanlah nak tido je mesti buka TV. Jadi tadi tengah diorang seronok berbicar,bermadah apa semua kan, terdengar si tetamu ni dok sebut Sabah and Sarawak.

Kira nya macam ni dia cakap...kat Sabah ada,tapi kat Sarawak takde. Tak tahulah mungkin yang di Sarawak buta IT ke apa?? Habis je dia cakap macam tu,disampuk oleh sang pengacara dan kamera memang ke arah pengacara lah kan.

Sumpah aku nampak sangat muka salaj seorang pengacara tu berubah habis. Tidaklah si pengacara tu dri Sabah ke  Sarawak ke tapi memang nampaklah perubahan wajah tu. Maybe terkujat jugak kot bila dengar si tetamu tu cakap macam tu.

Aku????Of course terasa. Even pun masa dia cakap tu aku dengar tak dengar je tapi memang pasti pasal buta IT tu. Kang aku sebut kang nama si tetamu,kena saman lak kan. Tapi aku nak bagitahu lah ye, tak semua nya yang dari Borneo ni buta IT. Even di pedalaman sekarang ni pun dah banyak kemajuan cumanya laluan ke pedalaman tu yes,memang masih menggunakkan laluan dalam hutan, naik bot. Aku tahulah sebab aku keja mahkamah dan ada masa bekerjasama dengan JPN nak pegi ke area pedalaman ni. 

Yang selalu komen kitorang ni dudok atas pokok lah apalah. Tak majulah,kureng sosial ke ntah apa-apa lagi lah. Aku pasti orang-orang sebegini memanglah tak pernah jejak kaki kat Sarawak. Hanya dengar dari orang dan suka percaya bulat-bulat.


Aku suggest yang tak pernah datang tu datanglah ye even hanya sekali dalam hidup korang. Nanti boleh beli banyak-banyak ikan terubok dan kek lapis...:-p


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...