NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Wednesday, November 6, 2013

Ini tidak adil....Cukup tidak adil

Aku dah bekerja hampir 6 tahun. Sepanjang tempoh tu jugak aku lah yang beriya-iya isi pelbagai jawatan kosng untuk hubby. sekarang ni memang dia keja, sektor swasta. Tapi sebagai manusia semua kita ni nakkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin kan.

Apa je lah yang aku tak isi. Penat tangan menulis, kejung mata melihat borang, kejang tangan nak cop CTC kat semua sijil-sijil. Semua dah pernah lalui.Hampir 7 tahun, bukan sikit aku isi. Mana yang isi borang,mana pulak yang isi online. Allah je tahu.

Tapi 2-3 hari lepas, ada seorang lelaki datang ke pejabat untuk CO dokumen. Aku bukan pegwai yang layak untuk CO,tapi rakan aku boleh. Aku masa tu duduk di kaunter nak update kerja pakai komputer di kaunter. Jadi aku dengar perbualan diorang.

Rakan aku ni dah keja 10 tahun n yang kedua senior di ofis aku. So apa-apa hal memang dia ingat muka n apa kejadian orang-orang tertentu. Lelaku ni pernah ada kes dan pernah disabitkan. Masa tu di bekerja di sektor awam. Dia mengaku salah, diambil tindakan tatatertib dan seterusnya dibuang keja.

Yang aku rasa tidak adil, dia ditawarkan lagi keja sebagai pemandu di sebuah sekolah di daerah aku bekerja. Bukankah setiap kali kita nak start keja akan ada surat untuk kita nyatakan kita tiada kes jenayah dan sebagainya, dan dia selambanya kata orang tertentu di sekolah terbabit kata tidak apa untuk mengatakan tiada kes jenayah walhal dia pernah disabitkan. Korang faham ke?

Nampak tak? Aku isi beratus-ratus permohonan, ada panggilan tapi belum ada yang berjaya dipanggil bekerja. Iye, aku percaya pada rezeki..Tapi untuk memberikan keja kepada orang yang tidak menghargai padahal ada lagi yang lebih layak, amat tidak adil pada pandangan mata aku.

Nasib baik kawan aku tu tak CO walaupun boleh jer kalau dia nak, sebab apa-apa hal dia yang tanggung sebab buat pernyataan palsu.

Tapi, memang ada masanya aku rasa cukup penat kerana usaha aku dan hubby selama ini belum berhasil. Mungkin belum tiba masanya.

Bila?Aku pun tak tahu

InsyaAllah, akan tiba jua....

Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...