NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Thursday, November 7, 2013

Layan teh jerr


Tak pasti korang tahu ke tak atau ingat ke tak, aku ada 4 orang anak. Tapi ada 3 orang yang ada 'well and alive', macam ditulis dalam kad ibu dan anak tu lah.

Anak kedua meninggal dalam kandungan masa 8 bulan. Cuma nya aku tak pandai nak jawab kat orang bila ditanya 'berapa dah anak kau?' then aku ada rasa nak jawab 3 ke 4..Sebab bila jawab 3, aku rasa macam aku melupakan anak aku yang meninggal tu. Kalau jawab 4 tu baru complete rasanya. But then orang akan tanya lagi berapa umur, etc....bila part yang diorang tanya tadi kata anak 4 orang, yang diterangkan 3 orang, mana satu lagi?Itu yang aku malas nak mengulang-ulang cerita. Kan dah tersasar cerita ni.

Aku nak cerita pasal si kecik aku tu. Sekarang ni dah 1 tahun 5 bulan. So far dari kecik memang menyusu lah kan and dia yang paling lama BF aku kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakak dia. Sekarang ni kakak dia tak nak minum susu, dari botol pun taknak. Jadinya dia minum teh dari botol. Mula-mula dulu memang aku campur kan susu tepung dengan teh sebab aku rasa kakak tu masih kecik sangat kalau nak berhenti minum susu. Tapi langsung tak nak.

Si kecik ni pulak bila asyik tengok kakak dia menyusu teh tu, dia pun nak jugak. Macam dia rasa ' macam sedap jer air ni, nak cuba jugak...memang sedaplah'..hah gitu. Memang bukan main lagi menyusu teh ni, macam kan dah besar betol. Seboleh-bolehnya aku nak dia minum susu je at least sampai umur dia 3 tahun.

Tapi dia tak nak. Dia nak jugak air teh tu. Aku buat macam dulu dengan kakak, campur dengan susu. Air teh tu aku buat tak bergula. Memang dia minum, tapi tak secepat dia habiskan air teh sahaja. Kalau aku buat susu dia sekali dengan air teh kakak dia, letak atas meja, memang dia yang paling laju lari ke meja tu ambil air teh tu. Dah pandai berebut dengan kakak dia.

Takkan cepat sangat nak stopkan dia minum susu ni. Korang tolong bagi cadangan macam mana aku nak bagi di minum susu balik. So far aku tak pernah tukar susu. Sebab takut kalau tukar susu ke susu coklat nanti dia poo poo keras. Dah sekali keja pulak aku kalau jadi gitu. Dahlah makan pun kurang si kecik ni.

Tolong lah saya......

Ini lah dia si kecik buah hati saya yang tak nak susu lagi tu





























Mohamad Aizat Naufal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...