NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Wednesday, November 6, 2013

Mana perginya sifat perikemanusiaan kita?

Hari ni aku terdetik nak tengok video kanak-kanak yang kena dera tu...

Allahuakbar, aku menangis.

Menangis sebab terasa bagaikan anak sendiri dibuat begitu oleh orang yang tiada kaitan pun dengan anak tu.
Mana perginya perikemanusiaan pengasuh tu?Bukan dia saja, termasuk juga yang lain-lain yang hanya membiarkan anak-anak dilayan begitu tanpa ada yang melarang.

Aku pun hantar anak-anak ke tempat asuhan. Atas alasan yang sama seperti ibu bapa lain, tiada orang nak jaga. Hantar ke taska juga agar anak-anak belajar berdikari.

Seperti  ibu salah seorang kanak-kanak di taska tersebut,juga seorang blogger yang berkongsikan kisah anak-anaknya dan bagaimana dia tidak mempercayai atau tidak mendengar kata-kata anak-anak nya.

Amat menyayat hati, kanak-kanak sekecil tu dipukul begitu. Aku akui aku juga pukul anak-anak. Itu untuk mengajar biar mereka tahu apa betul dan apa tidak betul. Tapi tidaklah sampai mendera.

Aku ni jenis yang tak memanjakan anak-anak juga. Anak-anak aku 2 lelaki dan 1 perempuan. Yang perempuan dan yang si kecil tu aku hantar ke taska. Hari-hari memang risau fikirkan anak-anak.

Aku pun bekalkan susu dalam bekas je. Pampers satu hari 6 keping, adakalanya memang lebih. Petang ambil anak-anak, aku tengok diorang dah mandi, dah wangi. Check beg ada lagi baki pampers 1-2 keping. Memang bila tiba masa untuk ambil anak-anak masa yang aku tunggu-tunggu. Kalau mereka menangis nak susu atau nak makan masa dalam kereta, aku anggap itu biasa. Sebab jarak masa menunggu mak bapak ambik tu mesti diorang ada main-main dengan kawan-kawan yang lain. Disebabkan itu mungkin lapar dan haus.

Kadang terfikir bukankah bagus kalau aku ada duit beribu-ribu,berjuta-juta asalkan dapat jaga anak-anak sendiri.

Sedih,ralat,kecewa bila kita bagi kepercayaan pada orang lain atau taska-taska untuk jaga anak-anak dengan baik, tapi begini jadinya.

Mana lagi lah nak cari taska yang betul-betul baik dan kita boleh percaya?

Aku masih percaya taska anak-anak aku yang terbaik dan aku harap berkekalan begitu sampailah aku tak hantar anak-anak aku ke situ lagi.

Mudah-mudahan pengasuh tersebut mendapat hukuman setimpal. Kalau bagi kat aku, memang aku pukul balik kepala dia dengan kayu, biar biol terus.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...