NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Thursday, November 7, 2013

Layan teh jerr


Tak pasti korang tahu ke tak atau ingat ke tak, aku ada 4 orang anak. Tapi ada 3 orang yang ada 'well and alive', macam ditulis dalam kad ibu dan anak tu lah.

Anak kedua meninggal dalam kandungan masa 8 bulan. Cuma nya aku tak pandai nak jawab kat orang bila ditanya 'berapa dah anak kau?' then aku ada rasa nak jawab 3 ke 4..Sebab bila jawab 3, aku rasa macam aku melupakan anak aku yang meninggal tu. Kalau jawab 4 tu baru complete rasanya. But then orang akan tanya lagi berapa umur, etc....bila part yang diorang tanya tadi kata anak 4 orang, yang diterangkan 3 orang, mana satu lagi?Itu yang aku malas nak mengulang-ulang cerita. Kan dah tersasar cerita ni.

Aku nak cerita pasal si kecik aku tu. Sekarang ni dah 1 tahun 5 bulan. So far dari kecik memang menyusu lah kan and dia yang paling lama BF aku kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakak dia. Sekarang ni kakak dia tak nak minum susu, dari botol pun taknak. Jadinya dia minum teh dari botol. Mula-mula dulu memang aku campur kan susu tepung dengan teh sebab aku rasa kakak tu masih kecik sangat kalau nak berhenti minum susu. Tapi langsung tak nak.

Si kecik ni pulak bila asyik tengok kakak dia menyusu teh tu, dia pun nak jugak. Macam dia rasa ' macam sedap jer air ni, nak cuba jugak...memang sedaplah'..hah gitu. Memang bukan main lagi menyusu teh ni, macam kan dah besar betol. Seboleh-bolehnya aku nak dia minum susu je at least sampai umur dia 3 tahun.

Tapi dia tak nak. Dia nak jugak air teh tu. Aku buat macam dulu dengan kakak, campur dengan susu. Air teh tu aku buat tak bergula. Memang dia minum, tapi tak secepat dia habiskan air teh sahaja. Kalau aku buat susu dia sekali dengan air teh kakak dia, letak atas meja, memang dia yang paling laju lari ke meja tu ambil air teh tu. Dah pandai berebut dengan kakak dia.

Takkan cepat sangat nak stopkan dia minum susu ni. Korang tolong bagi cadangan macam mana aku nak bagi di minum susu balik. So far aku tak pernah tukar susu. Sebab takut kalau tukar susu ke susu coklat nanti dia poo poo keras. Dah sekali keja pulak aku kalau jadi gitu. Dahlah makan pun kurang si kecik ni.

Tolong lah saya......

Ini lah dia si kecik buah hati saya yang tak nak susu lagi tu





























Mohamad Aizat Naufal

Wednesday, November 6, 2013

Ini tidak adil....Cukup tidak adil

Aku dah bekerja hampir 6 tahun. Sepanjang tempoh tu jugak aku lah yang beriya-iya isi pelbagai jawatan kosng untuk hubby. sekarang ni memang dia keja, sektor swasta. Tapi sebagai manusia semua kita ni nakkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin kan.

Apa je lah yang aku tak isi. Penat tangan menulis, kejung mata melihat borang, kejang tangan nak cop CTC kat semua sijil-sijil. Semua dah pernah lalui.Hampir 7 tahun, bukan sikit aku isi. Mana yang isi borang,mana pulak yang isi online. Allah je tahu.

Tapi 2-3 hari lepas, ada seorang lelaki datang ke pejabat untuk CO dokumen. Aku bukan pegwai yang layak untuk CO,tapi rakan aku boleh. Aku masa tu duduk di kaunter nak update kerja pakai komputer di kaunter. Jadi aku dengar perbualan diorang.

Rakan aku ni dah keja 10 tahun n yang kedua senior di ofis aku. So apa-apa hal memang dia ingat muka n apa kejadian orang-orang tertentu. Lelaku ni pernah ada kes dan pernah disabitkan. Masa tu di bekerja di sektor awam. Dia mengaku salah, diambil tindakan tatatertib dan seterusnya dibuang keja.

Yang aku rasa tidak adil, dia ditawarkan lagi keja sebagai pemandu di sebuah sekolah di daerah aku bekerja. Bukankah setiap kali kita nak start keja akan ada surat untuk kita nyatakan kita tiada kes jenayah dan sebagainya, dan dia selambanya kata orang tertentu di sekolah terbabit kata tidak apa untuk mengatakan tiada kes jenayah walhal dia pernah disabitkan. Korang faham ke?

Nampak tak? Aku isi beratus-ratus permohonan, ada panggilan tapi belum ada yang berjaya dipanggil bekerja. Iye, aku percaya pada rezeki..Tapi untuk memberikan keja kepada orang yang tidak menghargai padahal ada lagi yang lebih layak, amat tidak adil pada pandangan mata aku.

Nasib baik kawan aku tu tak CO walaupun boleh jer kalau dia nak, sebab apa-apa hal dia yang tanggung sebab buat pernyataan palsu.

Tapi, memang ada masanya aku rasa cukup penat kerana usaha aku dan hubby selama ini belum berhasil. Mungkin belum tiba masanya.

Bila?Aku pun tak tahu

InsyaAllah, akan tiba jua....

Amin

Rasa macam nak stop jer

Korang dah tengok ke video tu?Aku belum lagi, belum kuasa ler nak tengok. Malas pun ye jugak. Mengikuti perkembangan pasal jer..jer ni kat FB je...Macam banyak jerrrrrr org asyik up status jer..jer kan

kebelakangan ni aku rasa aku tak okey dengan keja sekarang lah...Bosan pun ye, rimas pun ye.

Aku nak cari keja yang boleh buatkan aku bergerak ke sana kesini kesinun kesitu...Aku suka kerja yang banyak bergerak, cari barang, menaip dan membaca.itu yang aku suka.

Masalahnya kerja aku sekarang ni langsung tidak menjurus ke arah yang aku suka. Kebanyakan masa hanya duduk diam sebab takde keja. Rasa macam tak berinovasi langsung. Syik berhibernasi jerrrr ..#dahmacamberuangpulak

Korang ada ker keja yang aku nak cari tu? #yoyoanjerakuni

Aku pernha terfikir jugak nak buka bisnes kek kecil-kecilan or jual kuih muih ker hantar kat orang kan, tapi kekangan masa tu.Balik nanti dah sibuk dengan anak-anak. Malam-malam sibuk pulak dengan laki nak menggentel..eh...hehehheheheheh.

Tapi memang betullah aku ada plan nak buat kek, sebab aku dulu pernah belajar vokasional.Sekarang ni dah kolej vokasional kan.Kenapa lah dulu2 taknak tukarkan ke kolej ni??Hisssshhhhh

Korang tak caya??Tak caya sudah. Memang dulu aku pernah belajar di vokasional kat Sarawak. Ambik jurusan katering. Belajar masak-masak, buat jualan, masak kek. Banyak benda aku belajar. Sebut je, pejam mata pun dapat masak. Dululahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bukan sekarang.

Sekarang ni sibuk ngan benda lain especially anak-anak, tapi serius aku cakap ke tulis ni, memang ada niat nak stop keja sekarang.

Bilakah masa itu akan tiba??

Mana perginya sifat perikemanusiaan kita?

Hari ni aku terdetik nak tengok video kanak-kanak yang kena dera tu...

Allahuakbar, aku menangis.

Menangis sebab terasa bagaikan anak sendiri dibuat begitu oleh orang yang tiada kaitan pun dengan anak tu.
Mana perginya perikemanusiaan pengasuh tu?Bukan dia saja, termasuk juga yang lain-lain yang hanya membiarkan anak-anak dilayan begitu tanpa ada yang melarang.

Aku pun hantar anak-anak ke tempat asuhan. Atas alasan yang sama seperti ibu bapa lain, tiada orang nak jaga. Hantar ke taska juga agar anak-anak belajar berdikari.

Seperti  ibu salah seorang kanak-kanak di taska tersebut,juga seorang blogger yang berkongsikan kisah anak-anaknya dan bagaimana dia tidak mempercayai atau tidak mendengar kata-kata anak-anak nya.

Amat menyayat hati, kanak-kanak sekecil tu dipukul begitu. Aku akui aku juga pukul anak-anak. Itu untuk mengajar biar mereka tahu apa betul dan apa tidak betul. Tapi tidaklah sampai mendera.

Aku ni jenis yang tak memanjakan anak-anak juga. Anak-anak aku 2 lelaki dan 1 perempuan. Yang perempuan dan yang si kecil tu aku hantar ke taska. Hari-hari memang risau fikirkan anak-anak.

Aku pun bekalkan susu dalam bekas je. Pampers satu hari 6 keping, adakalanya memang lebih. Petang ambil anak-anak, aku tengok diorang dah mandi, dah wangi. Check beg ada lagi baki pampers 1-2 keping. Memang bila tiba masa untuk ambil anak-anak masa yang aku tunggu-tunggu. Kalau mereka menangis nak susu atau nak makan masa dalam kereta, aku anggap itu biasa. Sebab jarak masa menunggu mak bapak ambik tu mesti diorang ada main-main dengan kawan-kawan yang lain. Disebabkan itu mungkin lapar dan haus.

Kadang terfikir bukankah bagus kalau aku ada duit beribu-ribu,berjuta-juta asalkan dapat jaga anak-anak sendiri.

Sedih,ralat,kecewa bila kita bagi kepercayaan pada orang lain atau taska-taska untuk jaga anak-anak dengan baik, tapi begini jadinya.

Mana lagi lah nak cari taska yang betul-betul baik dan kita boleh percaya?

Aku masih percaya taska anak-anak aku yang terbaik dan aku harap berkekalan begitu sampailah aku tak hantar anak-anak aku ke situ lagi.

Mudah-mudahan pengasuh tersebut mendapat hukuman setimpal. Kalau bagi kat aku, memang aku pukul balik kepala dia dengan kayu, biar biol terus.



Wednesday, May 9, 2012

MEI yang padat

Every year kan MEI memang adalah bulan yang aku tunggu. Sebab bulan ni paling banyak orang yang nak diraikan. Lepas sorang,sorang lagi sampai dah tak tahu nak buat apa kan.

Tahun ni pun sama jugak tapi lebih bermakna sebab selain dari besday aku, aku tengah tunggu kelahiran si baby ni yang due date nya 31.05.2012 tetapi disebabkan aku ni asyiklah overdue, jadi tak mengharap sangat lah kan.

Tapi aku asyik pujuk dia keluar on my birthday. :-)

Nak tahu brapa banyak keraian di bulan Mei ni.....Ni aku list kan...

1.05.2012-Birthday mak mertua aku

05.05.2012-Birthday mak aku

10.05.2012-Mother's day (ntah betul ke idak date tu)

12.05.2012-Anniversary parents aku

14.05.2012-Birthday pak mertua aku

26.05.2012-Birthday kak ipar aku

28.05.2012-BIRTHDAY AKU.....saja nak bagi highlight kan.....

29.05.2012-Birthday anak buah aku lak..(ye ke????yang pasti bulan Mei jugak dia ni)


Banyak kan??Takde lah aku kata banyak sampai beratus-ratus nak dicelebrate tapi itu dah kira banyak sebab tak henti-henti sambutan tu.


Jadi tahun ni disebabkan mak usu aku  belah bapak aku nak kawen on 01.06.2012, so kitorang decide nak buat celebration besar-besaran untuk bulan ni. Tambah pulak yang si kakak ipar aku tu ngandung jugak,pun sama due date dengan aku. Kawtimmmmmmmmmmmmmmmm sangat masa buat baby...Hehehheheheh.

Date yang dipilih untuk celebration on 28.05.2012...:-p....Adalah dimaklumkan bukan aku ye yang pilih date tu,tapi kakak sulung aku iaitu mak kepada anak buah aku tu.

Nanti aku buat entry ye pasal blast celebration ni.... Can't wait for the day and still counting days for the baby....

Tuesday, May 8, 2012

Tidak benar kata mu

Aku takde idea nak tulis apa lah....Tapi kan sejak 2 menjak aku start blogging ni,aku perasan memang yang jadi blogger ni adalah orang yang camwhore....

Matiklah aku ni haaaaaaaa...Bukan jenis camwhore ler...Ngambik gambor tu aku sukeeeee tapi tidak bergamabr sebab aku memang tak suka bergambar. Boleh kira je brapa kerat gambar aku ni. Nak tengok aku banyak bergambar time kawen je dulu kot.

Gambar anak-anak memang banyak. Hubby plak memang peel tak suka bergamabr.Suka tengok gambar je. Kalu disuruh ngko dia tu ngambik gambar, entah gamabr apa diambiknya.

Sebab tu jugak aku jarang tepek gambar dlm ni. Bukan saja nak bajet retis olllllssss....Tapi kadang aku rasa tak perlu,tapi rupa-rupanya perlu. Nak lagi kalau yang berblogging pasal diari hidup,orang-orang sekeliling kan.

Takpe...takpe...aku buat pelan-pelan ye. tak leh paksa sangat ni. 

Entry yang entah apa-apalah ni.

Tadi masa balik rumah aku tengok program wanita ni kat TV. Salah satu slot tu nak promosikan satu konsert. Tetamu tu lelaki,penyanyi lah ye. Kira legenda  lah tu. 

Aku tak bagi tumpuan sangat sebab tengah mengantuk. Dah jadi kebiasaanlah nak tido je mesti buka TV. Jadi tadi tengah diorang seronok berbicar,bermadah apa semua kan, terdengar si tetamu ni dok sebut Sabah and Sarawak.

Kira nya macam ni dia cakap...kat Sabah ada,tapi kat Sarawak takde. Tak tahulah mungkin yang di Sarawak buta IT ke apa?? Habis je dia cakap macam tu,disampuk oleh sang pengacara dan kamera memang ke arah pengacara lah kan.

Sumpah aku nampak sangat muka salaj seorang pengacara tu berubah habis. Tidaklah si pengacara tu dri Sabah ke  Sarawak ke tapi memang nampaklah perubahan wajah tu. Maybe terkujat jugak kot bila dengar si tetamu tu cakap macam tu.

Aku????Of course terasa. Even pun masa dia cakap tu aku dengar tak dengar je tapi memang pasti pasal buta IT tu. Kang aku sebut kang nama si tetamu,kena saman lak kan. Tapi aku nak bagitahu lah ye, tak semua nya yang dari Borneo ni buta IT. Even di pedalaman sekarang ni pun dah banyak kemajuan cumanya laluan ke pedalaman tu yes,memang masih menggunakkan laluan dalam hutan, naik bot. Aku tahulah sebab aku keja mahkamah dan ada masa bekerjasama dengan JPN nak pegi ke area pedalaman ni. 

Yang selalu komen kitorang ni dudok atas pokok lah apalah. Tak majulah,kureng sosial ke ntah apa-apa lagi lah. Aku pasti orang-orang sebegini memanglah tak pernah jejak kaki kat Sarawak. Hanya dengar dari orang dan suka percaya bulat-bulat.


Aku suggest yang tak pernah datang tu datanglah ye even hanya sekali dalam hidup korang. Nanti boleh beli banyak-banyak ikan terubok dan kek lapis...:-p


Friday, May 4, 2012

Sentap

AKU SENTAP KO BUAT MACAM TU LAH. TAPI AKU DIAM JEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE





































































































I HATE U DAMN MUCH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...