NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Monday, February 27, 2012

Sudah 27 Minggu

Di kala aku menaip post ni....kepalaku pusing-pusing.Pening sangat.


Sebab?
Tekanan darah aku rendah which is 10.3 and not good for me and the baby...:-(


Hari ni dah 27 minggu.Masa nak pergi check up ni aku dah rasa pening-pening,nak muntah dan lesu sangat.


Memang lah sejak 2-3 minggu ni memang macam tu lah aku ni. Makan dah,minum dah,makan pil pun dah,still rasa pening-pening.


Aku tak pernah kena simptom-simptom ni menganding yang terdahulu. Ini first time,cuma kencing manis masa mengandung memang ada dan kata dokotr penyumbang dalam pemergian anak aku yang dulu tu. Mudahan tak terjadi lagi sebab aku dapat rasa kali ni aku tak kuat.:-(


Tadi kat klinik aku sampai lebih kurang pukol 8.Letak kad dulu,pastu ke toilet.


Dah ambik kad,pergi pulak ke makmal nak check darah and kencing kan. Tengok result darah tu dah agak dah memang rendah. Dah sedia ni nak kena nasihat by nurse dan doktor. Dahlah pagi-pagi tak sempat breakfast,lagi lah bertambah pening,loya apa semua. 


Masuk je dalam bilik menunggu dengan mak-mak buyong yang lain,aku dah memang tak larat. Aku duduk tunggu giliran nak naik penimbang. Sebab diorang buat cara ko letak kad dalam bakul,pastu diorang panggil then ko timbang depan mak-mak buyong yang lain sebelum kad ko diberikan kepada nurse yang bertugas di setiap bilik. Syukur kali ni dapat giliran no 3. Itupun menunggu setengah jam juga. Dah kena panggil, dah cakap kan memang kena tegor pasal darah tu. Aku senyum je sebab memang dah tak larat tapi try tunjuk strong sebab tak nak tak pasal-pasal kena naik ambulans sebab nampak lembik ke apa ke kan...




Dah check heart beat, tekanan darah, bagi pil, aku keluar. Tapi nurse cakap kena jumpa doc sebab nak refer result air gula yang kena buat 4 kali tu dan juga darah tu tadi. Ok, yang part ni memang aku malas. Tak tahu kalau korang lah. Sebab lama betul aku tunggu. Kalu orang nak beranak,memang dah selamat dah baby keluar. Aku keluar dari bilik nurse tu jam 9 pagi. Ambik giliran kat luar bilik doc tu dapat no 31. Hah kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... Aku tunggu sampai kol 11 pagi. 


Iyelah,nampak lah macam tak lama. Dengan keadaan aku yang lembik dah, dengan duduk tu dah main sandarkan kepala ni kat dinding tu, itu dah kira azab ya amat bagi aku. Lama betul.  Aku memang takde mood lah.Sungguh takde mood.Dah kena panggil lagi sekali pulak tu menunggu dalam tu. Sebab si nurse tu panggil 2-3 orang sekaligus,so ko bayangkan masuk dalam tu,pastu ko tertengok-tengok sana sini dah macam orang tak pernah tengok benda dah. Dalam hati ni dah rasa nak menyumpah je tau..


Akhirnya giliran aku kan,aku harapkan kali ni ada scan,tapi takde. Sebab dah ada dalam buku kata kena buat scan masa 28 minggu. Kira afdal lah kalau buat scan minggu ni pun. Tapi aku dah main tak kisah. AKu nak cepat siap je semuanya. Sekali kau, doc tu suruh aku datang balik sekian date dan sekian date untuk refer tentang masalah darah dan gula tu. Ishhhhhhhhhhhh... 


Bukan mengelak tau, tapi aku paling malas nak buat yang 4 kali tu. Ulang-alik seharian ke klinik. Alahai. Pakkal je kenangkan baby, kalau idak takde makna.


Dah habis buat appointment dengan pihak makmal, masuk je dalam kereta terus rebahkan seat. Mintak nyawa kau dengan laki aku tadi. Minta beli itu ini sebab nak bagi tenaga. Tobat lah macam ni. Memang nak kena jaga makan,minum,rahat cukup ni.




Harap-harap nanti takdelah lagi benda ni jadi. N harap juga lah result semua ok. Kalau tak okey,aku yang mampus,kena lapor diri di tempat yang berkenaan.

Tuesday, February 21, 2012

Langkah Bestari Suami Mithali


Ha..............ni khas untuk para suami yang inging menjadi seorang suami yang mithali. Yang belum menjadi suami tu,boleh lah baca untuk diamalkan di masa akan datang ye.....Panjang sangat???Lantak ler....Balunnnnnnnnn




  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  11.  Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47.  Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48.  Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet,bercampur dengan orang positif, bermain dengan anak, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Dalam Kenangan

Seperti yang kita sedia maklum kan, yang artis veteran kita Latif Ibrahim telah pun meninggal dunia semalam.
 Takde apa sangat yang aku tahu pasal beliau. Kenal macam-macam tu je. Tapi tak lah bermaksud aku ni langong tak boleh nak buat entry pasal dia. Sebagai tanda penghargaan kepada bakat yang pernah menghidupkan dunia hiburan kita.


Apa-apapun, takziah kepada kelauarga,sanak-saudara beliau. Al-Fatihah.

Budi bahasa budaya kita

Wah gitu. Tajuk post ntah apa-apa lah kan.Macam nak bagi kesedaran gitu,Terutama pada diri sendir...:-P

Sebab apa bagi tajuk gitu.Ni ha aku nak cerita. Since aku ni ada pengalaman 'stillbirth',jadi everytime pregnant memang aku kena pantau which mean berat,makan minum,baby aku semua lah kena pantau. Walaupun benda tu kadang mengannoyingkan aku,tapi sebab nak baby sihat semua,ku turuti jua..

Jadi bila dah jadi kes macam ni, masa first kena buat minum air gula untuk pregnancy ni, kadar ujian tu agaklah tinggi sikit..:-)(tak nak ngaku tu)
So masa checking2 tu,jumpa doktor,si doc ni bagilah pulak appointment untuk dengar ceramah ke apa ke ntah lah kat hospital. Part ni memang aku tak suka. Langsung tak suka. Sebab aku bukan jenis suka ambik cuti melainkan aku betul2 perlu ambik cuti. Kalau anak aku sakit,memang sah-sah lah ambik emergency leave je. Yang pergi check2 every month, pegi itu ini takde maknanya aku nak ambik cuti. Kang nak raya nanti tak leh cuti panjang susah pulak.(tiba2 je masok mode beraya). Appointment kata pergi ke hospital jam 9.30. Katanya sebelum 9.30 tu kena datanglah. Yang best part bila tak bagitahu kat mana tempat tu. Iyelah kat hospital,tapi kat pakar mana,which building tu langsung tak diberitahu. Yang aku tahu ni kompom2 memang banyak lah yang kena pergi juga.

Jadi Jumaat (17.02.2012) tu aku pegilah ke hospital.ok,aku sampai2 je dalam 8.30 gitu. Jadi aku pusing punya pusing punya pusing,terus masok ke bahagian pakar 5. Tanya kat nurse situ, dia kata pergi ke bahagian pakar 3.
Aku pegi jalan terkedek-kedek ke bahagian pakar 3, kat sini ada jumpa 1 chinese lady yang sama gak macam aku nak pergi ceramah ni.
Pergi kat kaunter, nurse cakap tunggu lah dalam kol 9.30pagi sebab orang yang incharge tak sampai lagi. Aku tanya dia ' Memang selalu ada ke ceramah ni? Ye, ada. Tapi biasanya appointment Selasa hingga Khamis. Biasanya Isnin dan Jumaat diorang ni tutup'. Maksud dia tutup tu bilik yang biasa digunakan tu. Huh...Aku dah start ni bengang giler.
Almost 9.20 camtu aku rasa kot...masa ni dah banyak dah mak2 buyong ni menunggu sebab masing2 cakap diorang disuruh tunggu di situ. Tengah-tengah tunggu tu, salah seorang nurse cakap pergi kat area dapur. Iye...DAPOR..ceramah dibuat di dapur.

Masa ni aku tanya dia, 'kat mana dapor?' korang nak tau dia jawab apa...' pergi keluar,baca papan tanda ada tulis dapur atau kitchen,asal pandai baca je'...aku terus naik hantu situ jugak di tengah-tengah mak buyung yang lain...aku jawab dia balik..'memanglah pandai baca, dah tadi disuruh tunggu sini,kitorang tunggulah..at least tunjukkan kat area mana nak pergi..kiri ke kanan ke'....nurse tu diam terus masok kaunter n aku siap bagi jelingan manja gitu....kan dah kena bambu....

Aku tak cakap aku ni tak pernah kurang ajar dengan orang. Memang pernah tapi hanya akan berlaku kalau orang-orang begini start kurang ajar dengan aku dulu. Aku pun keja gomen jugak,sama jugak menjaga kaunter and deal dengan public...So,tak yah nak mencemarkan nama baik kau dengan sibuk bercakap macam tu bila aku dah tanya baik2. Menjawab pun macam apa. Nasib dia baik sangat sebab aku tak sempat tengok name tag dia. Kalau tak aku dah sebut,jaja nama dia kat sini.

Kebanyakan yang kerja in this line memang macam gitu kot. Merempan tak tentu pasal. Bagi aku senang je,ko dah terima nak bekerja macam tu as a nurse ke, polis ke, army ke semua kerja yang macam ni memang tak tentu masa. Alway on call whatsoever,tapi tak boleh lah ko buat orang lain macam kan orang lain ni tak paham kan kerja ko yang tak ikut office hour. Nasib baik ceramah tak lama.

Tak pasal-pasal mood aku bengis hari tu...

Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?












http://www.benashaari.com/2012/02/segmen-kau-berani-kritik-blog-aku-tak.html


Saja ye nak join....Nak tahu gak kritikan dari master ni...

SEBAB-SEBAB KENAPA AKU NAK BLOG AKU NI DIKRITIK:

1) Sebab aku baru je berblogging balik,jadi perlukan pendapat untuk blog aku ni.

2)Aku nak tahu apa yang dia boleh kritik kat blog aku ni

3)Bila lagi nak tahu kritikan orang yang lebih lama blogging ni.

4)Nak tahu kelemahan aku sendiri masa berblogging.

Aku tak nak panjang sangat. Cukup lah aku kata memang aku nak dikritik sangat-sangat.


Yang benar,

Cabik geronong.




The Power of "We"






WAZZUB is in pre-launch until April 9, 2012. The more users that join our network through your personal link the more your $FACTOR will grow. Each new member 5 generations deep let your $FACTOR grow by 1. After launch we will pay 50% of WAZZUB's profits to our pre-launch members every month.

We simply divide the earnings through the total amount of $FACTORs of all members. Let us say for June the rate per $FACTOR is US$1.00 and your personal $FACTOR is 3905. That means we will pay you 3905 x 1.00 = US$3905.00!


IMPORTANT: WAZZUB STAYS FREE FOREVER! YOU NEVER HAVE TO PAY US A SINGLE DOLLAR!

Your $FACTOR contains both verified and not yet verified members. At the end of pre-launch we will delete all unverified members. Please contact your unverified members and help them to get verified.

Hah?? Apa ni??

Ntah,aku pun tak tahu sangat pasal ni. Aku join je, memandangkan free kan. Kalu betol apa dia katakan tu,untunglah.Kalu tak betol,aku tak rugi sesen pun. Tanpa perlu mengeluarkan keringat nak letih-letih pujuk,cari orang. Nak cuba,cubalah ye. Tak nak cuba,pun tak kisah. 


Mana yang nak join tu, klik link ni k:

WEEK 24






Ini lah rupanya kot baby aku...

Pejam celik dah 24 minggu dah rupanya...Semalam lah sebenarnya 24 minggu tu..

Ada kisah sebenarnya di sebalik pregnancy kali ni. Bagi yang kenal aku tahulah yang aku baru je dapat baby girl Januari 2011. Memang aku tak plan lah nak dapat baby lagi sebab dah ada sepasang kan. At least nak rehat 4-5 tahun baru nak tambah lagi. Tapi masa pregnant si girl ni dulu ada lah cakap2 kat laki aku kalau baby tu baby girl memang nak terus tambah,tapi aku memang takde niat ke situ.Sekadar perancangan kosong. Tapi rupa2nya laki aku serius.Dia tak cakpa pulak kau dia serius fikir pasal tu. Sekali dah baby girl ni keluar,pantang2 lepas tu memang aku ada period.

And disebabkan aku memang nak rehat kan 4-5 tahun, so aku decide nak ambik pil perancang tapi jenis jamu or herba as long bukan pil yang ada sekarang ni. Kira ni pil perancang tradisional lah.Yang kasi badan panas,smua yang tak baik2 tu keluar sekali lah tiap2 bulan kan.

Jadi,aku cari lah sapa-sapa yang jual pil perancang yang jenis macam ni di Facebook,google jugak lah. Dan pada masa ni jugak ler orang dok sibok kecoh pasal Makjun Anggun Bistari or M.A.B. Mula-mula tu memang agak payah juga nak beli sebab aku bukan peminat makjun. Dan rasa makjun ni lain sikit. Kelat-kelat. Tapi belilah jugak. For the beginning aku terus beli 2 botol in case tak sempat lah kan nak beli kali kedua . At least ada untuk back up.

Masa aku makan ni baru je lepas period. Memang sedang elok masak ranum lah tu. Dah start makn,masa tu ok lagi. 2nd day aku makan aku start mengantuk. SInce memang ada simptom-simptom yang macam tu lepas makan as stated dalam pamplet dia,so aku anggap itu biasa. Tapi memanglah,sebab kan aku makan sebelah malam, around 7.30mlm camtu aku makan...Pukol 8 aku dah tido sampai ke pagi. Memang lain lah effect ubat ni. Dan berterusan lah macam tu for 10days. Sebab aku period.

Kali ni period aku lain sangat. Warna darah gelap. Memang takde kaler merah. Yang aku ingat aku start makan MAB ni masa kita start puasa. Aku mampu puasa 10 hari je,sebab darah tak henti-henti keluar. And seller to bagitahu kena habiskan jugak balance MAB tu even tengah period. So aku teruskan makan MAB,hasilnya aku period tak henti-henti sampai nak sambut raya dah. Atas sebab itu aku jadi cuak sikit. So aku stop.

Tapi mendatangkan hasil pada aku sebab tak period langsung next 2-3 months. Ok,masa ni aku tak expect aku pregnant,sebab aku memang macam tu everytime lepas beranak. Period tak teratur,badan kembang. So tak sibok sangat. Tapi bila dah masuk bulan ke-4,aku dah start risau sebab aku ni asyik lah marah kan laki aku je. Lagi pulak aku bukan jenis asal pregnant ada loya,muntah,pening,tak larat.Tak,aku tak rasa itu semua. Jadi,aku decide beli PT.Aku beli 2 terus. So weekend tu aku check. Sanggup ni bangun awal. Masa ni laki aku dah bangun dah dan tengah buat projek apa ntah kat beranda belakang rumah.

Aku check. Sekali positifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff..............Clear lak line tu. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Aku cakap kau aku memang tak ready. Memang tak ready. Aku tunjuk kat laki aku,dia boleh senyum je..'Rezeki,yanggg'...Iyelah rezeki. sejak dari hari tu memang aku panas lah. Bukan sebab aku tak nak baby tu,tapi aku tak ready. Penat mengandung,beranak,berpantang sakit semua tu tak hilang lagi. Aku masih terasa lagi penat tu.

Aku stress sangat-sangat. Dengan bunga yang masa tu baru je 9 bulan. Masih perlu perhatian lagi tu. Amat-amat memerlukan perhatian. Tapi,itulah kan. As time goes by,aku makin okey. dapat terima secara perlahan-lahan. Mula-mula memang aku sembunyikan dari orang tapi tak pernah menafikan yang aku ada baby k.

Sekarang ni dah 6 bulan. Tak sabar plak rasa nak tengok baby ni. Dah scan. It's a boy. Nama  dah cari. Banyak sangat nama dalam list. Yang pasti si panglima aku yang paling happy sebab dah nak ada geng. Harapan aku baby ni sihat,tak banyak songeh macam abang n kakak dia.

Nak tahu camne rupa MAB??? Ni dia gambar nya......kompom kau anggun dan bistari jadinya.....


 Makjun Anggun Bistari @ MAB

Wednesday, February 15, 2012

Realiti kehidupan..


Macam apa ko buat bayi ni...

Sumpah aku tak tahu mana pergi nilai-nilai perikemanusiaan orang yang buat macam ni. Dulu heboh kan kes-kes buang bayi,campak dari tingkat ni, tingkat tu, buang dalam mangku  tandas lah,apalah.Aduhai,takde timbul ke rasa sayang dan kasihan pada anak yang dah dibawa 9 bulan ke hulur  ke hilir,makan minum bersama,tidor bersama. Takkan takde sekelumit pun perasaan tu???
Alangkan aku yang tengok lagi kan menangis and kalau tengok iklan-iklan yang macam ni memang aku cepat-cepat buka channel lain. Nak lagi panglima aku tu dah bukan main banyak soalan sekarang ni,kalau dia tengok iklan-iklan yang ada gamabr bayi berdarah ke apa ke, dia tanya soalan tu..'kenapa adik tu?, 'adik tu sakit ke?'

See??

Budak yang umor 6 tahun tu lagi tahu erti sayang. Lagi tahu nak menghargai walaupun kadang-kadang tu dia punya sifat ambil berat tu tak berapa nak berat..:-)


Tak lama dulu memang ligat kes-kes macam ni kan.Sampai tiap hari dengar berita memang takde lah cerita lain.Yang utama memang cerita-cerita beginilah. Sampaikan ada pihak swasta dan kerajaan buat tempat itu ini sebab nak bagi perlindungan pada perempuan-perempuan dan bayi-bayi ni dari dibunuh oleh makpak sendiri. Lagi aku tak tahu kenapa masih lagi jadi. 

Pagi ni tadi aku pergi kerja,lepas hantar si panglima,kena hantar si bunga pulak. On the way tu memang dengar berita ringkas tu...Infonya ada kes jumpa mayat bayi kat tandas surau (kalau tak silap).Kan???aku pelik,mana ko letak kepala otak kau sampai sanggup buat cmtu kat darah daging sendiri. Dah tu pandai pulak letak kat tempat macam tu especially yang main letak je kat surau. Ko tak rasa insaf ek pergi ke surau ke masjid ke pastu selamba badak ko main tinggal je bayi tu kat situ biar je budak tu kesejukan,kejung,lapar,menangis,melalak sampai dah tak bernyawa? Iyelah,kalau yang ada orang jumpa tu syukur alhamdullillah. Tapi yang kalau anjing jumpa,kena gigit semut,monyet,kera jumpa....nauzubillah...tak terbayang aku.

Yang diorang ni tahu sedap je lah kan.Secara logiknya kalau diorang ni buat hal,memang akan fikir lepas ni apa jadi,kalau pregnant cmne kan. Memang ler si lelaki tu kata 'takpe,nanti sayang bertanggungjawab'...Tanggungjawab kepala hotak kau....Dah sedap,pas 3-4 bulan si pompuan dah termengandung,hah masa tu gelabah nak cari excuse.. Dah rasa sedap kan. Yang si pompuan pun alahai...DEMI CINTAKU PADAMU SAYANG..cetttt....sayanglah sangat....dah terboyot,sayang tu ke mana je dik oiiii...

Ye,memang tak semua mcm tu. Tapi kebanyakkan nya itulah penyebabnya pun. Dan si lelaki akan cakap' macam ko main dengan aku sorang lah kan'..Ntah-ntah bukan anak aku,anak lelaki lain...Itu je biasanya ayat perangkap untuk bebaskan diri dari nak menggalas tanggungjawab tu...


Aku emosi sangat bila dengar berita yang macam ni. Entah bila akan berakhir kan. Yang pasti bayi-bayi memang akan tunggu makpak diorang ni kat pintu syurga tapi mengaku ke tidak bayi-bayi ni dengan makpak diorang tu,wallahualam.


CG: Tengah baca berita ibu tunggal bunuh diri, 2 mati sebab nak duit BR1M.....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Yang terbesar


Al-Quran terbesar di dunia.

Terkesima aku kejap tadi masa buka emel tengok gambar ni. Besar tu.Memang terang sangat mata bagi yang memang rabun dekat ke jauh ye.
Al-quran ni tinggi dia 7 kaki. Lagi tinggi dari aku...
Lebar dia 10 kaki.Pun lagi lebar dari aku.
Ada 208 mukasurat.
Jumlah orang yang bertanggungjawab melakukan ini semua adalah sebanyak 30 orang. Tabik springgggggggggggggggggg dengan diorang.
Dan Al-Quran ni mula dibuat pada tahun 2004 dan baru siap pada tahun ni 2012...bersamaan dengan 8 tahun

Syukur sangat-sangat hingga ke saat ini,di zaman dunia semakin menghampiri pengakhirannya,Al-Quran sentiasa dijunjung,disanjung,diangkat walaupun banyak propaganda yang lebih banyak menampilkan sisi negatif agama Islam. Yang pasti,aku bangga menjadi seorang Islam.

Tak nak merapu banyak sangat lah...Hari ni happy sebab dah genap 6 bulan memboyot. Banyak kisah dengan pregnancy ni..Nantilah ye.



Tuesday, February 14, 2012

Mainan tidur ke???



Aku tak tahu nak mulakan camne......yang pasti di kala aku menaip post ni,memang kepala otak,fikiran dan hati aku tak tenteram.Aku takut,serba salah,bingung,tak keruan semuanya bercampur baur. Entahlah,mungkin mainan tidur atau mungkin juga petunjuk buat aku.
Aku tak nak ceritakan.(kang nanti adalah tu nak mengata baik tak yah buat post kalau tak nak crita,kan).Bukan macam tu,hingga ke saat ini pun aku rasa nak critakan kat semua orang apa mimpi aku tu,tapi aku tak berdaya.Memang nak keep it to myself je.Mungkin bila aku dah dapat jawapannya aku akan share dengan korang.Belum tiba masanya,tapi mimpi ini benar2 memberikan impa yang amat dalam kepada aku hinggakan sedar dari tidor aku rasa seolah-olah mimpi tu baru je terjadi dalam dunia sebenar.

AKU BETUL-BETUL TAKUTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!

Dan juga aku cuma kongsikan mimpi aku ni pada seseorang yang pastinya aku rasa dia mampu bagi penjelasan atau mungkin pendapat atau mungkin bimbingan kepada aku.Yang pasti orang itu bukan lah suamiku. Bukan membelakangi suami,tapi macam aku cakap tadi belum masanya nak kongsi kan pada sesiapa kecuali kepada orang yang aku rujuk tu.

AKu harap takde lah mimpi tu datang lagi. Aku tengah memboyot ni,sedara2 dari tido,aku rasa macam perut aku hilang.N masa pegang perut rasa macam takde gerakan.Memang aku cuak sebab dah ada sejarah sebelum ni dan aku memang tak nak benda tu berulang lagi.Minta dijauhkan lah.Biarlah bayi ni selamat lahir dan merasa hidup dunia akhirat.



AKU BINGUNG............:-(

Monday, February 13, 2012

R.I.P Whitney Houston







Ahad lepas,after bawa anak2 pergi mandi manda tu,kitorang balik tghari tp before 12 memang dah sampai rumah.Tu yang aku sempat tengok JJCM dan Melodi tu..Masa Melodi tu aku tengok si Awal lak yang jadi host..'Aik,dah bertukor ke host nye???'...First tu dia cakap sesi ucapan takziah tu kan...Bila dia sebut je ''rst in peace, Whitney Houston'.aku macam terkedu jap.Mata aku terbeliak ni as if si Awal tu cakap depan aku,maksud dia ada depan mat tercongok bagitahu aku berita tu.
Takdelah nak nangis bagai kan,tapi memang terkejut lah.Satu kehilangan besar pada industri seni dunia.Takde weiiiii yang dapat kalahkan sora si Whitney.Skali dia taritk tu,hah..........Terkedu,ternganga,terbisu smua kejap.
Nak kata aku membesar dengan lagu-lagu dia,takde juga.Tapi aku minat sebahagian besar lagu-lagu dia.Cerita bodyguard yang dok orang cakap2 tu aku memang tak pernah tengok.Ntah,memang aku bukan peminat besar,cuma kenal dia melalui lagu,dan last sekali aku tengok dia di tv masa dia kena interview dengan Oprah,masa tu dia buat comeback.Tengok macam sihat benor ler ruponye.
Tapi,nama pun ajal kan.Yang hidup pasti menemui mati. Sekarang ni diorang tak nak dedahkan sebab kematian.Maybe....maybe sebab dadah or alkohol...Tak mustahil bagi aku sebab ex-husband dia si Bobby tu memang penyumbang utama dia ni ketagih dadah. Pastu cinta mati ya amat.

Kesian dengan anak diorang.Terkontang kanting camtu je. ...


Yang pasti,lagu-lagu dia will be always my favourite..

I will always love you


Enjoy the video all....

CABIK GERONONG

Kali ni nak cakap pasal nama blog ni plak....Sebab apa aku lama tak update,sebab apa aku tukar nama n smua skali.
Sebab apa tak update n sampai aku private kan?Sebab aku rasa masa tu aku blogging sebab nak ikut orang sampai bila aku buat post pun aku rasa maam ntah apa2.Bukan macam aku yang sebenar.Dahlah bila buat post aku ni jenis sibuk nak tukar font ler,colour ler,and jarang sangat aku preview..Terus je publish..Sampai lah terbuka hati nak tengok balik pada suatu hari yang mendamaikan,aku tengok post aku macam hampehhhhhhh.Apa yang aku tulis tu tak nampak sebab colour font sama dengan background.Masa tu rasa macam budus sangat lah.
Sebab aku tukar nama??Ntah ler...Tiba2 je kan satu hari nama cabik geronong ni bermain2 dalam kapla aku.Bagi yang tak tahu tu cabik geronong ni kalau kat Sarawak salah satu dari cili yang terpedas...Malatopsssss kalau ko makan ni..Jadi aku buat keputusan nak tukar nama blog ke pada Cabik Geronong.Bukan nama blog kot,just sebagai identiti aku..So far aku tak pernah lagi tegok or baca or dapat tahu mana2 orang yang menggunakan nama ni sebagai identiti diorang.So,sebelum  diorang pakai,baik aku cop dulu ye.:-)
Sebenarnya aku nak tukar gambar laut tu kepada gambar cabik geronong ni.Biar serasi gitu.Tapi puaslah aku ni godek sana sini kat internet semata-mata nak cari gambar yang ok ke untuk dijadikan gambar dalam blog or apa2 punlah kan,tak jumpa ngko.......Makanya dengan itu saya stay lah gunakan gambar yang sedia ada itu,walau hati tak berapa nak redho ye.
Lagi satu sebab aku tak brapa update,sebab aku tak tahu nak update apa.Lagi2 aku bukan jenis ambik tahu sangat hal luar dalam,sosial sangat even aku memang tak suka bergambar.Orang kata kalau nak jadi blogger,kena kuat bergambar.Kalu tak camwhore,bukan blogger nama nya.Lantak lah aiiiii.....Janji aku bahagia.Nak baca ke tak ke,terpulang lah kan.Lagikpun sekadar nak berjinak2...Mana tahu lepas ni aku letak berderet je gambar terus,ko tengok sampai muntah..Hhehehehhe.

Sekarang ni memang aku takde hati sangat nak letak gambar ye.Maybe nanti2..Lagipun hp mak ni tak berapa nak canggih nak.Blur ya ampun.

Mandi manda

Ahad lepas aku bawa anak2 aku pergi mandi.Dah lama sangat tangguh sampaikan panglima aku asyik lah tanya bila nak bawa pergi berenang.Yang si bunga idaklah pandai nak minta itu ini.Baru je setahun lebih.Kalau dia pandai minta itu ini memang aku pengsan lah jawabnya.
Since Sabtu apak diorang keja,so aku decide bawa on Sunday.Jadi Ahad tu memang bangun awal sikit lah kot(awal2 pun kol 9 gak aku bangun)...Hahahahhaha.Bangun tu,cuci muka,berus gigi terus bersilat aku di dapor.Yang anak2 nye aku bagi kat laki aku untuk siapkan.Bagi baju untuk berenang terus.Tak kuasa aku nak tukar2 banyak kali.
Jadi,pagi2 tu aku masak nuget,kentang goreng,buat air,bawa keropok,n sediakan baju untuk diorang lepas mandi manda.Nuget tu sebenarnya untuk aku..hehheheh....sebab sejak memboyot lagi ni suka benar makan nuget.Taknak nuget lain ni.Nak jenama Ramly tu jugak.
Jam 10.30 sharp kitorang ger dari rumah.Takde lah jauh mana pun,dalam 15-20 minit je dari rumah.Panglima aku sampai2 je terus tinggalkan mak bapak dia. Main tinggal je barang2 sendiri ni.Hissshhhh. Since laki aku bawa si bunga,so aku terkedek2 jalan kat blakang.Diorang siap pakai shorcut tu.Sakit hati ni.Yang aku ni kenalah ikut jalan betol2.Kang terjatuh lak dari bukit tu sapa nak ngangkat.
 Tempat ni memang memang khas untuk budak2 tapi aku cakap kat kau memang tak bersih dah tempat ni.Nyesal aku bawa diorang pergi. Last aku bawa panglima aku pergi 3-4 bulan lepas kot.Masa tu masih bersih.Ahad tu aku pergi banyak dah tumbuh kulat kat dasar kolam tu.Kat tengah kolam tu ada tampat main macam kapal tu.Itupun tak teratur dan tak terselenggara(ada eh word ni). Nak tak nak kena pejam mata jap sebab panglima aku dah excited ni nak terjun.SI bunga pun kan main lagi sejak dah berkaki ni sibok berdiri tepi kolam tu nak masok jugak.Aku suruh apak diorang bawa bunga main air.Memang dia berendam jugak,jalan2 dalam air tu.Yang si laki aku bukan main lagi dengan topi ala2 penjual bunga tepi jalan tu,macam panas sangat lah kan.
Sorry eh,aku tak ambik gamabr sebab sedap sangat membahan nuget.Aku sorang makan..Hahhahaha.Dah anak2 n bapak tu tgh sronok main air,buat apa nak kacau ye.Baik aku isi perut bagi anak dalam perut ni konyang sekonyang-konyangnye.1/2 jam pastu je br laki aku suruh aku layan si bunga lak.Amboiiii,si bunga bukan main ni...Ada satu air pancut tu yang tak berapa nak pancut dah,air tu deras kot..dia main lah kat situ,nak balik kat apak dia,bunga pusing balik.Berkali2 dia buat camtu.Dah lah siap main air tu letak kat tapak tangan dia,sampai aku kat tepi pun basah skali.Ishhhh...Dahlah jenis pantang baju basah ni,tak selesa mak.
Panglima aku???Toksah tanya.Takkan nye nak ingat family dah.Tahu bawa diri je tu.Sedap ngko dia pusing2,turun naik,kenal kawan itu ini. Yang part kawan ni aku cakap kat ngko,dia sibuk lah cari budak perempuan nam wawa yang dia kenal masa last time kitorang pegi bawa dia ke situ which is 3-4 months ago.Camne tu?Ntah apa budak tu bagi kat anak aku sampai teringat2 cmtu.Bajet macam panglima aku hot je kan..Hahhahhahah.
Aku stay situ dalam sejam je sebab mata aku betol2 tak tahan tengok kolam tu berkeladak sangat.N si bunga pun dah letih n ngantok.Jadi,lepas sejam,bawa bunga naik,bagi mandi air bersih jap...si abang lantak lah.Dah pandai bawa diri tu.Mandi pun sendiri2 dah.Pastu kitorang singgah kat pasar jap semata2 nak beli kopi yang laki aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tu.Kalau idak bukan main susah kalau kopi bukan jenis yang dia suka.
Dah tu kitorang balik je terus sebab aku tengok anak2 dah penat je ruponye. Balik 2 je ingat kan nak masak sebab barang 2 yang nak dimasak aku dah buat pagi2 tadi,so aku tak sibok2 nak buat preparation lah kan.Nasi memang dah masak awal ni.Yang si bunga masa dalam keta dah hanyut di alam mimpi.Balik tu pun pun dia sambong lagi.Aku cakap kat laki aku kalau boleh tolong masak lah kan.Nan ado.....dia pun sama nak sambong tido sbb tengok si bunga dah tido.Siap letak lagi tilam kat ruang tamu. Aku??Masa ni aku dah join diorang,tapi buka tv jap sebab nak tengok JJCM masa tu.Layan betul tengok Qi ni makan.Macam sedap je kan.Terlioq jap. Panglima aku asyik terjun sana,terjun sini,lompat sana-sini.
Kesimpulan nye aku tak masak sebab aku tertido.Tertido sampai jam 1.30..Aku bangun tu sebab si panglima aku tak pandai dudok diam.Aku sedar terus marah dia,suruh off kan tv n suruh dia baring.Skali kau,smua jemaah tido  sampai jam 5 petang.Si bunga yang amatlah jarang nak tido sampai 2-3 jam tu pun santak jugak.....Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..Macam ini kalu,mahu nya aku bawa pegi berendam 2-3 jam kat kolam,balik je terus smua hanyuttttttttttttttttttttttt....Sonang sikit keje kan.

Malam tu aku masak satu lauk je...Sayur terung asam(ada kat Sarawak je) or maybe ada jugak kat Sabah.aku tak tahu.Nanti2 lah aku letak gambar sayor tu kat sini.Kan tadi aku cakap aku dah standy barang2 nak masak untuk lunch.Ada satu daging ni aku tak rendam.Bukan tak rendam,tapi daging ni jenis yang dah direbus or layur oleh orang yang jual tu,so aku rendam,tapi tak direct,rendam tu dengan daging tu masih dalam ais.Si laki aku masa bangun tido,cari benda nak dimakan,dia pegi buang air tu, n letak daging tu kat sink je...Terbiar mcm tu. Aku masak untuk makan malam dalam kol 8 lebih kot.Aku cium bau daging tu dah lain macam.Huhuhuhuhuhuhuh...Tapi gamble gak masak dengan terung asam tu..Masak apa ntah aku pun tak tahu.Main campak je tu.Tumis ngan bwg putih sikit,letak kicap,then masok air biar daging empuk n masuk sayur,perasakan sikit...then biar kejap,siapppppppppppppp....Layan pulak makan dengan nasi panas,dan sambal halia campur ikan bilis yang laki aku buat...Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,licinnnnnnnnnnnnn...Sampai ke periuk nasi pun licin.

Kenyang kan??/Sejam selepas itu,kami kembali berjemaah tido.hahhahahhahah..Itulah weekend kami.

Takde gambar k...Nanti2 lah kot next post ke bila2 aku akan masukkan gambar sikit2. ye...

Saturday, February 11, 2012

I am speaking london........

Assalamualaikum...

Oh...today I have English class.....Why??Because some of the biatch people will come next week and my department that 'really care' about the staff conduct this class to show to the biatch people that they had organised something for the staff................What a life.....and it is for the whole year.Fun,it is??..Naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
I DON'T LIKE.SPOIL MY TIME WITH MY CHILDREN.WEEKEND IS A TIME FOR MY FAMILY.
If this class does not count in my yearly performance,I really doesn't bother to attend the class.This class will be   organised once in a month, for 3 hours. Can you imagine what am I going to do in that 3 hours?
Yes,it is good for me and my performance throughout the whole year but then why don't you just send me to a course that only just for 2-3 days somewhere and I can go shopping instead of looking at you like everyday and now you want me to look at you on the weekend also?
Even the other staff doesn't really care to attend the class.
The next class will be organise at the same time I will be on leave. LIKE!!!!!!!!!

Friday, February 10, 2012

Dengan lafaz bismillah...

Assalamualaikum....

Dengan lafaz bismillah......Secara rasminya hari ni adalah hari pertama aku blogging balik ye.....
Takde apa sangat pada entry ni.....sekadar pembuka bicara sebagai n3 pertama aku untuk blog ni.....harapnya sentiasa berupdate dengan kisah-kisah,ceritera-ceritera cinta untuk bacaan semua.........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...