NUFFNANG

Yang Memfollow Kamek

Friday, March 23, 2012

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..


Mari Kita Cuba....
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat 
tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
http://2.bp.blogspot.com/_fnEVZDW63m4/TSLZEmY8ftI/AAAAAAAAGsU/JkuvOQKAcLY/s320/al-quran-al-kahfi.jpg

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. Semoga kita semua mendapat berkatnya dan insyaallah diamalkan bersama-sama.

*Dapat dari emel jugak...:-)

Tegur Isteri Tanda Sayang


Tegur Isteri Tanda Sayang


Tegur Isteri Tanda Sayang
"Hidup berumah ini ini perlu ada seninya", nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.
"Seni bagaimana tu Pak Cik?", tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.
"Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan", balasnya."Tak adalah Pak Cik, saya mengusik ja".
"Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu".
" Seni bagaimana tu Pak Cik".
"Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri".

Menegur Isteri Suatu Cabaran
Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.
Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Fitrah Wanita Perlu Di Tegur
Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:
Sabda Nabi S.A.W:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita"  (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Seni Dalam Menegur
Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.
Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.
Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.
Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.
Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan "kekuasaan" sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, "cubit-cubit sayang".

Bahana Suami Tidak Menegur
Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.
Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : " Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) - ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang
Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.
Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.

* Hidupkanlah budaya saling berkomunikasi, tegur menegur , nasihat-menasihati, belai membelai di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya. Jangan lah disebabkan sayang teramat dalam sampai sanggup naik tangan ye. 



Share dari emel.

Betul kan??


Sekadar nak berkongsi ni je hari ni...Aku terima dari emel dari group pak belang...Ada kebenarannya di situ...Minat Ustaz ni..


Thursday, March 22, 2012

Tah takde keja agaknya

Serius memang orang macam ni takde keje.

Sibuk nak follow orang kat sana sini.
Blog dia.
Twitter dia.
Facebook dia.
Macam-macam lagilah kan.


Yang aku pelik,biar benar kau takde keje nak stalk orang pastu cuba untuk menjadi dia sampai kau sanggup nak jual nama orang lain,buat account under nama orang lain last-last nya kau terkantoi sendiri. Seriesly,kau memang psiko.

Apa ko takde identiti ke sampai nak buat naya,fitnah orang lain semata-mata nak bagi kepuasan kat diri ko sendiri?

Last-last ko yang penat sebab asyik nak jadi orang lain.


Tak salah pun ko nak follow sapa,tapi sampai ke tahap nak ambik hak orang and claimed benda tu kau punya dengan cara ko ubah sikit-sikit,tak bermaksud benda tu akan jadi ko punya.

Kalau iyepun,bagi kredit lah kan. Semua orang ada idola masing-masing n aku rasa ko ni dah jadi sewel sebab sibuk nak menjadikan diri ko idola kepada diri ko sendiri. Which is very kesiannnnnn deh lo.....

Aku respect blogger femes itu sebab kuat hati nak siasat benda yang sebenarnya.

Nasib ko lah kan, padan muka.


Tak sayang diri....

Semalam aku tengok Buletin Utama, keluarlah pasal budak yang dikatakan diculik tu sambil mata ni membaca berita ringkas yang keluar satu-satu kat bawah tu kan.


Eh-eh.....sedapa je kan dia kata dia tak diculik dan tak nak balik rumah dan sekarang ni dirujuk kepada pihak kaunseling. Tak berapa pasti kat mana tapi semalam ada lah keluar kat berita tu tempat dia dikaunselingkan.
Pelik aku dengan budak ni, iyelah dah besar tu...15 tahun dik,dah tahu beza mana baik buruk nya.

Kesian kat family yang sangka anak memang kena culik dan aku pun terkejut juga dan yes,aku rasa risau bila tengok berita pasal dia kena culik. 1st impression aku tengok gambar dia, ' cantik budaknya, janganlah jadi apa-apa yang tidak baik'. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...Dia sendiri rupanya yang call minta kawan-kawan ambik. Siap nangis lagi adik-adik dia sebab ingatkan kakak diorang kena culik. Dah tahu kisah sebenar ni rasa macam 'alahaiiiiiiiiii,budak sekarang,berani dia lain macam'.


Well,aku dulu pun adalah perangai tak elok ye. Tapi aku memang tak berani keluar kalau mak aku tak suruh. Kebebasan keluar tu aku hanya dapat setelah tamat sekolah yang mana hanyalah dikawasan kampung.Kalu luar dari kampung,biasanya dengan mak atau adik-adik aku.

Teringat dulu,masa kawan aku ajak pegi main bowling, masa ni memang baru habis sekolah, mak aku tak banyak bunyi, tapi adik-adik aku yang pendengki tu saja je nak seksa suruh aku buat itu ini sebelum boleh keluar.  Dan aku buat juga apa yang diorang suruh. Rasa macam cinderella pun ada masa tu.


Dan pernah juga kena bantai oleh mak aku sebab balik rumah 4 pagi. Buat apa??? Melepak.Iyelah dah habis sekolah kan,nak jugak rasa macam mana lepak-lepak sampai pagi ni. Tapi, balik je ke rumah, dah nampak muka singa mak aku yang bersiap sedia untuk membaham mangsanya.


Pangggggggggggggggggggg!!!!!! Bukan penampar, tapi belakang aku ni dibantai nye dengan ntah apa ntah. Tapi sakit sampai ke tulang hitam. :-)...Masa tu tobat aku tak buat lagi dah. Tapi memang pun,itu kali pertama dan terakhir aku buat macam tu.

Dan satu lagi yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Mungkin korang takkan percaya, tapi dulu masa aku kecik dan even sampai ke sekolah menengah pun (which is Tingkatan 1-3) aku dan adik-adik yang lain takkan berani buka tv everytime balik dari sekolah. TV tu kitorang tengok bila mak aku on je. Kalau dia tak on,memang kitorang tak on.


Tapi,itulah kan, budak dulu dengan sekarang memang tak sama lah. Mungkin juga sebab kemajuan yang terlalu cepat yang menyebabkan jadinya begitu. Budak sekarang ni mana dapat control,kongkong tapi bagi aku itu cara terbaik nak jaga dan kawal diorang. Budak sekarang ni teramatlah advance dan terlalu berani. Bukan atas sebab ingin tahu tapi sebab nak berlawan atau nak tambah jadi modal nak show off kat kawan-kawan.


Aku harap dapat jaga anak-anak aku sebaik yang mungkin je.





Tuesday, March 20, 2012

Kalau ye pun....


Semua dah dengar kan pasal ni? Terpanggil gak untuk kupaskan isu ni. Tapi tidaklah mendalam sangat,sekadar berkongsi pendapat aku kot....:-p...

Bagi aku melampau dah ni.Sebab,dah macam diorang pulak jadi tuan tanah sampai ada pengkhususan buat satu keja je dengan RM700. Dey, orang keja kontrak gaji RM700 tu pun keja dia menimbun-nimbum. Dengan bancuh simen, angkat simen, angkat pasir,batu naik turun tangga. 


Ini dah macam cekik darah majikan pulak. Dahlah kena bayar banyak untuk agen kan. Tak kira lagi kalau yang gamble berurusan terus dengan pihak yang diorang kenal kat Indonesia,pun boleh tahan jugak duit nak keluar tu. Dah macam mencurah-curah ke ladang gandum gitu...

Bagi aku, tak sepatutnya mereka buat macam ni sedangkan keja tu banyak mana je pun. Oklah,contohnya kan kalau kau memang jenis yang bekerjaya laki bini, ambik maid sorang dah tu jenis yang memang jarang amat makan kat rumah,berbaloi ke ambik maid yang keja nya hanyalah memasak tapi tak berapa nak memasak sebab majikan jenis tak makan di rumah atas sebab kerja atau ada benda lebih penting nak diselesaikan hingga kan masa balit ke rumah tu dah tengah-tengah malam. Tapi gaji RM700 dapat tiap-tiap bulan.

Tak berbaloi sangat... Rugi je buat macam ni. Aku bincang gak isu ni dengan laki aku dan dia kata naikkan pulak price untuk passport dan yang berkaitan. Kita pulak yang mainkan harga. Wah,dah macam tawar menawar di pasar borong pulak dah. Tapi aku tak pulak terfikir sampai ke situ, Agak terkujat jugak bila laki aku bagi jawapan mcm tu. 

Kalau difikirkan memang tak berbaloi,tak lojik, tak masuk dek akal, tak patut dan semualah yang tak-tak ni.
Dahlah majikan bagi tempat tinggal, makan minum tu percuma lagi. Iyelah dah duduk serumah kan,takkan nak biar diorang ni kelaparan pulak. Kang naya plak jadi cover muka depan mendera maid. Hissshhhhh.. 

Kalau nak dilaksanakan juga,boleh.Tapi dengan syarat macam yang aku akan buat ni. Gaji ko RM700 kan, Pegi cari rumah sewa,duduk sendiri,makan minum tanggung sendiri. Lojiklah tu? Dengan gaji RM700, mustahil tak boleh hidup sendiri kan dan passport ko aku pegang. Lantak ko lah tak boleh keluar ke,kena tangkap ke. Masuk keja sharp...Lambat masuk keja,potong gaji. Takde cuti,takde istilah sakit.Boleh?? Itu dinamakan adil dan saksama.

Bagi aku,benda ni tak adil bagi rakyat kitalah. Lagi-lagi yang aku dengar di berita benda yang dibincangkan tak sama dengan apa yang telah dipersetujui. Dan aku tersangatlah hairan kenapa kena buat pengkhususan macam ni. Satu keja RM700??/banyak cantik muka ko. 3 keja dah RM2100. Fuh,kaya tu. Jadi jutawan, hartawan diorang ni masa balik kampung.  gaji tu dah sama level gaji aku, dan bila jadinya begitu, aku ni bekerja semata-mata nak bayar gaji kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kah?? 


Sapa yang jadi maid sapa ni??????











JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !

Assalamualaikum dan selamat petang.




Okey, kenal tak sapa kat atas tu??BEN ASHAARI k...Tadi baca kat blog dia pasal segmen ni... Jadi,nak join jugak...Tak kira...:-)

Kalau korang nak join jugak,klik ye kat atas tu..

Dipendekkan cerita,segmen ni minta ceritakan sikit pasal blog aku dan kenapa aku berblogging.

Blog aku ni sekadar jadi tempat aku meluahkan apa saja yang ada dalam fikiran aku,apa yang jadi dalam hidup aku,keluarga aku,dan juga keadaan di persekitaran aku yang diselangselikan mungkin dengan info yang kita boleh gunapakai,amalkan untuk kehidupan kita. Kira nya ni macam diari aku lah. Tempat meluah perasaan.

Mungkin sama juga dengan yang lain-lain,tapi mungkin dari penyampaian,intipati yang nak disampaikan itu tidak sama. Mungkin berguna pada aku,tak berguna pada orang kan.

Kenapa berblogging? Minat tu timbul sejak aku melahirkan anak yang ketiga. My princess. Kenapa? Tiada jawapan. Sungguh. Minat tu datang macam tu je. Kalau ada yang follow,syukur sangat,takde pun itu bukan agenda utama aku. Biar lah yang follow tu atas kerelaan hati ye. Aku pun masih baru dan banyak lagi nak dibelajari.


Itu je lah kot. Sudi-sudi ye singgah ke blog saya.


Monday, March 19, 2012

MASALAH KEPUTIHAN

Aku terbaca ni tadi. Sumber dari FB. Perkongsian untuk ilmu bersama. Baca ye adik-adik....:-)



Masalah keputihan dan jangkitan kuman

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.


1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikianlendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantumandi antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanandan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.


2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-parashormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga keranapil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihanjuga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu jugawanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.


Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.



3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


4. Jenis-jenis jangkitan kuman

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.



i. Kuman

Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama Trichomonas sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk



ii. Kulat

Kulat yang digelar dengan nama Monilia atau candida sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.



iii. Virus

Virus seperti herpes dan chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.



5. Apakah bahaya jangkitan kuman

Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.


6. Bagaimana kuman berjangkit?

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity). 

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

Friday, March 16, 2012

Semalam di Klinik

Aku nak cerita pasal semalam masa aku pegi klinik 1 Malaysia. Ini klinik kedua di tempat aku lah kot. Baru je nak menjejakkan kaki.

Ceritapun bermula. Hehheheheh. Kan ke si bunga tu dapat sakit pakej sampai ke hari ni tak sembuh-sembuh. Risau jugak. Yelah dah sekarang ni di Sarawak heboh lah pasal HFMD kan. Agak mengerikan jugak kalau terkena ni,nak bermalam di rumah kedua ke nanti.

Petang tu lepas balik keja,pegi ambik bunga n panglima dulu. Sebab jaoh tempat hantar ni disebabkan si babysitter buat hal hantar sms kat aku tengah2 malam cakap abang dia sakit,emergency nak balik. tapi baliknya esok pagi. Kata emergency kan,mesti nak balik dan-dan tu jugak.Logik???

Jadi,pagi2 tu aku kelam kabut sikit,sebab tempat nak hantar ni jaoh sikit dan dalam kawasan askar. Ko tau-tau lah tempat askar ni,dia punya protokol. Kalu sampai kat pondok depan,kena kluar tinggalkan IC. Dashlah pondok dengan tempat park keta tu jaoh,laki aku kena jalan pegi ke pondok,tak boleh parking depan pondok terus. Nak keluar balik pulak kena park jaoh jugak, nak hantar balik pas pelawat dan ambik balik IC. Sampai laki aku pun malas kalau kitorang terpaksa hantar kat tempat ni.Apa boleh buat lah kan. Actually orang ni sama kampung dengan aku dan laki aku. Memang kenal dari aku masih virgin gituuuu..Laki dia transfer ke Miri ni,dia ikut sekali. Dah lama jugak lah stay sini, cuma baru berjumpa about 1 year ago,itupun jumpa-jumpa cmtu je...Tiada aktiviti visit-visit susulan.

Cerita aku dah lain kan....Lari dari topik dah ni. Ok..ok,diringkaskan cerita. Lepas ambik diorang,aku cakap kat laki aku,pegi bawa si bunga ke hospital terus.In case lah kan,kalau terkena (minta dijauhkan). Kalau dia kata demam panas sangat,kena admit..Memang aku redho je lah. Jadi,kitorang pegi ke hospital dulu sebab si laki aku ni  tak nak pegi malam nanati banyak sangat orang. Tau jelah hospital. Semua orang berduyun tiba (tetiba keluar lagu Juliana Banos)..Singgah situ,laki aku masok dalam,cakap lebih kurang kat kaunter...Tak lama dia keluar balik, ' kita pergi ke klinik je,doktor takde',katanya. MA adalah kot...tapi taulah kan service camne.

So,kitorang decide pegi ke klinik 1 Malaysia tu. Saja je nak try. Nak menengok keadaan dalaman. Masa aku sampai tu,ada 2 orang dah tunggu kat situ. Katanya kan service dari jam 10pagi sampai ke 10 malam. Aku bagi kad untuk daftar, adalah dalam 15 minit,bayar RM1,pastu tunggu. Ok part ni aku memang bengang. Aku tunggu dalam 20 minit kot, orang yang kat depan aku ni tak gerak-gerak. No aku adalah 31... Yang ada di depan aku hanyalah dua no giliran iaitu 29 dan 30. Aku tunggu 20 minit ni, yang 2 orang depan aku tu tak masok lagi jumpa doc. Dahlah si panglima ni jenis tak reti duduk diam. Si bunga dah dibawa keluar oleh laki aku sebab tak nak duduk,asyik nak berdukung je. Lemak plak ngko bunga. Asyik berdukung je. Yang aku geram sangat,aku tengok diorang ni jalan-jalan mundar mandir depan patient,macam dah takde keja nak buat.

Dalmm 30 minit kot,baru aku masok. Time ni aku tengok dah ramai gak yang datang. Ate,katenye sampai kol 10 malam,ramai lah yang datang ye. Nak-nak tak yah bayar untuk ubat. Kompom lah byk yang suka.

Dalam bilik tu,aku rasa dia ni MA.

MA: Apa sakit ni?
Aku: Budak ni demam,batuk,selsema and maybe ada sakit tekak sebab tak nak menyusu.
* masa ni dia ambik benda nak check suhu badan si bunga.
MA: 36 suhu ni. * tulis sikit dalam kertas.
Aku: Check ler tekak dia,mana tahu ada ulser ke,sebab dia ni tak nak menyusu.
MA: ambik benda nak check dalam tekak tu,suuluh sikit. Tulis lagi. ( masa ni si bunga lak main-main dengan dia,siap gelak-gelak lagi)..pandai ko ek.
Aku: Dia ni anfas ada berbunyi camtu,takde masalah ke?
MA: Kahak banyak tu. * dia letak testokop (betul ke ni).kat dada bunga,check2 sikit,tulis lagi.
* masa ni dia isi ntah apa ntah dalam sistem komputer,masukkan masa aku kena layan. Dia letak 7.10pm...Banyak cantik muka ko kan. Aku masuk masa tu dalam 7.40pm...sedap je letak 7.10pm.Huh.

MA ni bagi aku kad si bunga,then cakap 'okey,dah'. Aku kelaur lah kan. Pastu aku blur, aku tanya balik, 'kad ni nak letak mana?'. Yelah,dah ko bagi kad kat aku,tanpa ada cakap apa-apa nak suruh aku bagi kad kat sapa,letak kad kat mana kan. Aku blur lah. MA bagitahu 'pegi ke Farmasi'. Masa aku cakap ni besar gaklah tone suara ni, tapi yang duduk di kaunter daftar tak menjawab pun soalan aku tadi. Diam main FB ngko.

Aku pergi ke farmasi tu, aduhaiiiiiiiiiiiiiiii. Muka yang jaga kaunter tu dah naik lemah aku tengok. Dengan takde senyum,masa mencuka. Ko ingat aku nak ke saja-saja nak menyusahkan kau datang malam2 macam ni dengan kelaparan,badan melekit. 5 minit tunggu kat situ. Dia panggil.

Masam mencuka: Ini ubat demam. Makan 5.5ml 3 kali sehari.
Aku: Okey, ini je ke. * take note,masa dia bagi dia tak tengok muka aku masa bercakap. And cakap annoying giler.
Masam mencuka: Belum lagi,ada lagi ni. Tunggulah* masa ni dia punya tone suara tu dh meninggi dengan muka yang lagi masam.
Aku: Okey. * hati dah membengkek sangat.
Masam mencuka: Ini ubat untuk kaha,makan 3.5ml 3 kali sehari.
Aku: Okey. Itu je??
Masam mencuka: Iye,itu je. * sekali lagi dia tak pandang muka aku,ntah apantah dia tulis kat kertas.


Aku: Blah lah....:-p..terus aku keluar.

* Kenangkan je ada manusia lain dalam tu,kalau tak memang aku tengking balik pompuan tu.  AKu takde cakap minta layanan VIP,tapi dah ngko pilih karier dalam bidang yang memerlukan ngko berbudi bahasa kan, jadi buatlah dengan cara yang baik. Aku ni pun keja gomen jugak. N memang banyak yang cakap keja gomen ni  tak memenatkan. Sapa cakap tu ntah apa2 lah. Penat dik oiiii. N paham sangat dengan situasi ngko yang kena keja sampai malam tu. Alangkan aku yang keja office hours ni pun penat sepenat-penatnya. Tapi jangan layan orang dengan buruk hanya semata-mata ko tak cukup rehat or whatsoever. Tak hari ni, esok ke lusa ke orang layan ko macam tu jugak,ko yang lebih merempan kang.






Thursday, March 15, 2012

UNTUK BACAAN BERSAMA




ALLAH MAHA KAYA LAGI MAHA MENGETAHUI :
RAHSIA SOLAT & RAHSIA ALAM YANG KITA PATUT TAHU :- 

SOLAT:- TERAPI PENYEMBUHAN SEMULAJADI


Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi..


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya....

Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year....

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

* - Sedikit perkongsian untuk kita semua agar lebih BERSYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam..sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.

SUMBER-FB

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh............

Wah gitu....semangat ni...

Korang ingat tak aku ada buat entry pasal seseorang yang tak tegor aku tu??hari ini aku bagaikan bermimpi di siang hari di dalam keadaan cuaca yang sungguh indah... DIA TEGOR AKU...hahhahahaah


Yes...Yes...Yes...Aku menang.

Aku dah cakap,jangan buat aku macam tu...Ko buat jugak. Dah ko pulak yang menyembah aku kan. Feeling diva aku....


Inilah saja entry aku...hhahahahaha




Wednesday, March 14, 2012

Zaman ni zaman takde hati perut eh???


Ko nampak tak gambar kecik tu??Gambar si isteri pemilik rumah yang melecur sebab rumah tu dibakar oleh pemilik rumah tersebut yakni si suami sendiri. Apa kes??? Yang jadi mangsa nya bini kau sendiri. Ntah apa lah yang dia fikir masa buat kerja ni. BUDUS SUNGGUH........

Sumpah aku cakap,aku dah ngeri hidup sambil dengar tentang kes-kes macam ni. Nyawa tu dah macam takde nilai. Kasih sayang tu dah tak berbekas di hati,sifat perikemanusiaan ntah ke mana diorang ni campak.

Fobia ok nak keluar jalan-jalan bawa family,even just untuk lepak-lepak kat taman,ambik angin sambil tengok anak-anak main kejar and makpak pun berkejaran bercengkerama di bawah sinaran bulan purnama. Opppsssss.

Tapi,hakikatnya itulah kan. Dunia di Malaysia dah tak macam dulu. Nak keluar pun kena fikir beratus-ratus kali,pasal takut. Kang tak pasal-pasal kena simbah asid ke,ragut ke,anak hilang ke (nauzubillah). Minta dijauhkan lah.

Sekarang ni dah macam-macam kes terjadi. Dari kena simbah asid,kena rogol,bunuh then bakar. Aduh,dah jadi trend. Nyawa dah takde nilai dan orang yang buat macam ni pun dah macam takde akal fikiran lagi.


AMAT-AMAT MENAKUTKAN.


Berita Harian Online | Keputusan SPM diumum 21 Mac

Berita Harian Online | Keputusan SPM diumum 21 Mac


2012/03/14

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini. 

Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, jam 9 pagi pada hari yang sama.


Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri. 

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. 

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac. 

Seramai 468,808 calon mendaftar menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. - BERNAMA



* Aku pulak yang rasa nervous sebab aku ni memang takde kenangan pergi ambik result kat sekolah dulu. Semuanya mak aku pergi ambik sebab aku dah jauh di perantauan, ikut kakak ke KL sebab nak jadi babysitter profesional. :-)
Jadi korang boleh bayangkan tak aku punya perasaan masa tu tunggu mak aku informed apa yang aku dapat. Syuku alhamdullillah result agak cemerlang (tak nak ngaku result tak okey ni). Tapi aku decide tak nak sambung belajar. Dan sekarang ini barulah terkinja-kinja nak cari tempat nak sambung balik sebab memang dah dalam impian cuma tak direalisasikan je lagi atas seba-seba tertentu.


SEMOGA ADIK-ADIK DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG YE............





Tuesday, March 13, 2012

UNTUK AMALAN KITA

Susulan dr kes budak 5thn di temui terbakar smalam,.Ini adalah tips dari penganalisis jenayah).. tips yg paling penting ialah educate anak2 utk menghindari segala bahaya yg bakal mengundang. antaranya :

1) if anak disapa dgn org yg x di kenali & meminta ukt mengikutinya atas arahan parents or sbgnya.. educate anak at 1st place...tanya si penjenayah "siapa nama ibu or ayah".. if jawapan yg di berikan penjenayah salah, sila larii laju2.. :)

2) jika duduk di umah sorang2 & menerima panggilan from stranger yg bertanyakan soalan2 seperti "kt umah ada siapa"... "mama maner"... or soalan2 yg mengundang bahaya... educate anak utk menjawab jika disoal dgn soalan2 seperti itu... "kat umah ada siapa?" instead of jawab "tinggal sorang2 jekk, mama pegi keje"...tukar jawapan kepada "kat umah semua orang ada, atuk, nenek, abang, kakak" n so on...

3) jika anak di datangi seseorang ketika tinggal bersendirian di umah, parent haruslah educate anak untuk memberitahu "tutup pintu sumer...if ada org datang, call mama dulu sebelum buka pintu"... sebaliknya ramai parent skg hanya juz bgtau anak utk "tutup pintu rapat2 kalau mama xder kt umah"...tanpa di susuli dgn "if ada org dtg,call mama dulu"...

dan yg plg penting skali...ibu bapa harus meminimakan peluang utk penjenayah membuat jenayah... bak kata en. kamal...jika xder peluang (mangsa)... penjenayah pon x bley wat keje depa.. 



*Yang ni aku share dari rakan FB yang mana dia juga share dari rakan dia. Sebagai panduan dan amalan kita bersama. Mencegah lebih baik kan...:-)





SYURGA TEMPATMU SAYANG



MENGEJUTKAN DUNIA MALAYSIA....Itu yang aku rasa.

Al-fatihah untuk adik Dirang. Akhirnya dijumpai walau dalam keadaan yang menyayat hati,cukup untuk menguji kesabaran,keimanan keluarga adik ni. Bidadari syurga yang sentiasa menanti kehadiran,kedatangan kedua orang tua nya nanti. Insyaallah

Dirang dikatakan hilang 1 Mac 2012. Dijumpai di dalam lubang berdekatan dengan kediaman mereka sekeluarga.

Apa puncanya??Usahlah diperdebatkan. Setiapa manusia ada bahagian masing-masing. Mungkin itu sekadar penyebab yang Allah Maha Mengetahui. Tak payahlah kita menuding jari menambahkan lagi pedih di hati keluarga adik Dirang.

Cuma, peringatan untuk diri kita sendiri termasuklah aku sendiri jagalah anak-anak kita sebaik mungkin. Saya sendiri adakalanya terlalai dalam memerhatikan anak-anak aku. Syukur je aku ni tinggal flat tingkat 1,memang tak kasi anak keluar,even pun si panglima aku kadang-kadang memberontak nak main-main kat luar. Macam arwah adik Dirang lah kan, bukan hilang di tempat lain,di kawasan kediaman  jugak. Tempat yang sama di mana dia bermain dengan rakan-rakan setiap hari setiap masa.


Apa yang aku harapkan perkara macam ni tak berulang lagi. Kadang terdetik di hati kenapa manusia boleh menjadi sekejam ini? Sering kali dengar orang cakap ' Binatang pun tahu sayangkan anak' walaupun dalam hal ini mungkin bukan anak dia yang dia buat macam tu tetapi takkan takde sekelumit langsung perasaan sayang dan kesian di hati bila tengok muka budak ni.

Aku doakan arwah adik Dirang ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan gembira di Syurga Allah. Al-Fatihah.



Monday, March 12, 2012

PERCUTIAN YANG TAK BRAPA BEST PART 2

Part 1 dah cakap sampai-sampai je kat rumah kakak aku di KL,terus ngadap makanan. Yang lain lah. Aku idak lagi. Biasanya aku ni kalau dah terlampau letih,aku memang tak banyak cakap,tak banyak kerenah dan kurang makan. Apa yang penting adalah TIDO. Still aku takkan boleh tido kalau aku tak mandi dulu. Lagi-lagi dah 3rd trimester ni,memang teramat galak aku ni asyik mandi malam. Siap mak aji sound aku jangan amalkan kang nanti sakit. Nak buek lagu mano...PANAS. Ko tau kan rasa panas time pregnant ni????Tau takpe.


Agenda esoknya kawan aku masa sekolah dulu,kira rapat jugaklah, ajak aku makan tengahri kat rumah dia. So,aku cakap kat dia awal-awal,aku bawa family besar aku sekali. Baik aku cakap,kang nanti aku tak cakap dubuatnya masak maggi je,nak jawab apa kan....Berangkutlah ni kesemua kitorang ni....Kol 1 lebih sampai kat rumah kawan aku ni. Dia buat spaghetti bolognaise, rendang ayam dan daging black pepper. Itu je. Yang tak bestnya cerita nak sampai ke rumah kawan aku ni. Sebabkan ni 1st time aku nak pegi,so aku memang blur lah. Dan aku ingatkan si abang ipar aku yang memang asalnya dari sebelah sana tu tahu. At least tahulah dari aku yang memang dari Sarawak kan, for sure ko bagi map pun aku memang mampu sesat. Non adooooo. Abang aku yang di Johor tu pulak yang lebih tahu jalan. Nasib lah ada dia. Kalau tak,memang terus cancel masa tu jugak. Pak aji dah bising-bising ni kata kitorang ni menyusahkan orang lah, sibuk nak makan rumah oranglah. 

Sebenarnya aku takde plan nak bawa family besar ni pergi rumah kawan aku tu. Tapi disebabkan kawan aku ni nak bawa aku pegi kedai yang  jual baju-baju harga RM12 je, bila aku informed yang lain,dah diorang terjebak sama nak mengikuti diriku ini. Terpedaya lah kan. Lagilah di tempat orang,for sure lah cari tempat-tempat yang ada jualan murah ke apa ke. Sekurang-kurangnya nak membeli satu baju. Macam mana nak tolak. Niat aku memang nak bawa laki dan anak-anak aku je. Dah nya laki aku takde,nak buat lagu mana. Aku geram juga bila dengar mak aji bagitahu yang pak aji cakap macam tu. Tapi perangai pak aji memang macam tu. Tak suka buat benda menyusahkan orang,jenis yang melambatkan atau ko bawa di jalan-jalan masa perut dia belum diisi. Memang boleh mendatangkan amarah dia. 


Tak lama kat rumah kawan aku ni. Sebabkan masing-masing dah lapar.Lepas makan duduk kejap,terus kitorang jalan pergi ke kedai RM12 tu. Banyak gak aku beli. Paling banyak of course mak aji,adik aku dan ipar aku tu. Bukan main lagi ye. Siap beli selipar lagi tu. Dah habis shopping tu,kitorang terus gerak balik ke rumah kakak aku. Itu je lah tempat aku jalan. Malam tu takde ke mana-mana sangat sebab nak kasi yang lain rest cos esoknya nak berangkat balik ke Johor.


Aku????Esoknya ditinggalkan sebab flight balik ke Kuching adalah dari KL. Laki aku sampai Isnin tu, dan ko boleh bayangkan aku ni melangus duduk di rumah sahaja Sabtu dan Ahad. Yang lain dah berangkat tengahari Sabtu tu singgah kat Putrajaya dan Nilai,borong kainlah tu kot. Iye,memang aku jealous. Aku ni cuti-cuti duduk di rumah je.Tempat orang lak tu. Yang si kakak aku pulak asyiklah terbaring macam apa. Isnin tu laki aku sampai dalam kol 5 lebih kot. So aku takde plan nak bawak dia jalan-jalan. FYI,ini  1st time laki aku sampai ke KL. Jadi,aku excited lah nak bawa dia jalan-jalan kat tempat orang.


Tapi,sedih sangat bila esoknya aku bawa dia jalan-jalan naik LRT apa semua lah kan. Nak bagi dia rasa. Tapi,kitorang jalan kat KLCC je. Lepas tu dia ajak balik. Sampai-sampai je rumah kakak aku,tido sampai ke malam. SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH......Aku harap dia akan excited tapi rupanya tak. hmmmmmmmmmmmmmm.

Yang jadi seronok je sebab jalan-jalan kat Jalan TAR tu dengan mertua n kakak ipar aku dan biras baru aku (yang nikah kat Singapore). Baru lah aku beli barang dan laki aku ada rupa macam orang nak jalan-jalan. Sebab????Family dia ada. Memang aku sakit hati,so aku memberontak beli itu ini dia bayar. dan aku tak hiraukan anak-anak. Lantak dia jaga lah kan. Sapa suruh???


Gambar??Takde gambar. Takde mood nak bergambar. Even benda ni dah planned dari tahun lepas,nampak sangat macam apa yang aku rancang ni takde support dari laki aku sendiri. So itu sebenarnya yang buat tak best. Tambah lagi bila aku sendiri baa perut, dengan si bunga yang demam, laki aku pulak asyik membantai tido. Even masa menaip ni pun aku memang tak cukup rehat. Memang aku keja, tapi si panglima aku pulak demam siap meracau-racau lagi. Memang tak cukup rehat. Dan aku menjadi tak sabar nak tunggu baby ni kluar. Dah TAK LARAT.

Mengapa Dia Bukan Jodohmu

Kamu kerap mengeluh kerana sering gagal dalam percintaan. Bukan sekali dua, tetapi hampir semua hubungan menemui jalan buntu. Setiap kali memiliki cinta baru, harapan tinggi menggunung mahu kekal bersama si dia. Sayangnya kecundang lagi hinggakan kamu hampir putus asa.

Cemburu juga melihat teman-teman sebaya memiliki cinta sejati. Hubungan mereka pula bertahan lama, sedangkan kamu hanya mengecapnya beberapa ketika. Naik segan pun ada kerana setiap kali itu kamu perlu memperkenalkan kekasih baru.

Lalu jiwa jadi semakin kacau kerana memikirkan nasib diri. Bilakah keadaan ini akan berakhir? Tetapi jika dilihat dari sudut positif, pasti kamu panjang pendek mengucap syukur kerana dijauhkan berjodoh dengan mereka.

Kamu hanya perlu mengkaji lebih dalam apakah musibah melanda jika diteruskan hubungan dengan setiap seorang. Apatah lagi jika sudah terikat sebagai suami isteri. Dari perlakuan, fiil dan rutin mereka juga sudah jelas menggambarkan sifat sebenar masing-masing.

Hari ini kamu berasa sukar setiap kali mengenangkan nasib diri. Pernahkah kamu membayangkan keadaan lima atau enam tahun ke depan? Percayalah, kamu sepatutnya bersyukur kerana tidak dijodohkan dengan pasangan seperti itu.

Beberapa situasi berikut mungkin mampu mengubah persepsi kamu. Pasti tiada lagi awan duka membendung perasaanmu selepas ini. Percayalah setiap kejadian pastinya direncanakan Tuhan demi kebaikanmu.

Kekasih 1
Dia kekasih pertama kamu cinta. Mungkin kerana terlalu menunjukkan sayang, lalu kamu sering dibulinya. Kehadiran kamu tidak penting mana. Dia endah tak endah sahaja terhadapmu. Rekod peribadinya tidaklah baik pun. Dia suka berpeleseran, mata keranjang, perokok, kaki botol dan sebagainya.

Kerana lembut hati, kamu telan segala. Kamu anggap dia bakal berubah selepas berumah tangga. Beberapa kali juga kalian putus dan sambung kembali. Telah dicuba melupakan tetapi setiap kali itu dia kembali merayu dan kamu pasti jadi cair. Akhirnya kamu ditinggalkan menangis tak berlagu.

Tetapi percayalah, kamu sebenarnya tak rugi apa-apa. Bekas kekasih kamu itu dikhabarkan setia dengan pasangannya. Tetapi kamu pernah terserempak dia masih berfoya-foya di kelab. Kerenahnya sama sahaja seperti dahulu. Percayalah dia takkan pernah berubah.

Lelaki atau wanita seperti ini akan datang pun tak mungkin menukar tingkah lakunya. Selepas berkahwin pun pasti ditinggalkan pasangan di rumah dengan anak. Sedangkan dia keluar berfoya-foya dengan teman-teman. Tidak rugi kamu tidak memiliki pasangan seperti itu bukan?

Kekasih 2
Orang kata hubungan bermula sebagai kawan lebih kekal lama. Kamu pun mula menjalinkan hubungan intim dengan sahabat lama. Kala itu kamu anggap takdir Ilahi. Mungkin inilah sebenarnya jodoh daripada Tuhan.

Begitupun hatimu jadi sebal. Si dia ada kalanya sangat mengambil berat, ada harinya pula kamu seolah-olah tidak wujud di depan matanya. Beberapa bulan berselang, hubungan jadi semakin parah kerana mengetahui dia juga berpeleseran dengan orang lain. Bukan seorang tetapi beberapa orang.

Rupa-rupanya kamu juga sekadar salah seorang daripada mereka yang dipermainkan. Sebetulnya, dia sudah punya calon dan bakal berkahwin. Kamu sekadar mainannya saat-saat akhir bergelar bujangga. Mungkin juga memang sikapnya begitu. Kamu terlepas pandang walaupun sudah mengenalinya sebagai sahabat.

Karakter lelaki atau wanita begini selalunya menyumbang kearah kecurangan walaupun selepas berkahwin. Kalau lelaki, mereka bakal menduakan isteri dan berkahwin lain. Bagi wanita, mereka mengikut jalan belakang, main cinta sembunyi-sembunyi. Bersyukurlah kamu tidak kekal lama dengan pasangan seperti ini.

Kekasih 3
Awal-awal sudah mata duitan. Mula meminta wang untuk perbelanjaan tambahan diri sendiri. Hati sudah berdetik tidak senang tetapi kerana kasih diikutkan saja permintaannya. Lagipun takkan nak berkira dengan kekasih sendiri. Fikirmu, dia kan bakal calon. Pasti susah senang perlu dilalui bersama-sama.

Akhirnya dia berterus-terang bakal memilih pasangan lebih berharta. Malah, dia menyuruh pasangannya itu menghubungi kamu. Oh, mereka riak saat ini tetapi percayalah, kamu tak rugi apa-apa. Dia bangga punya kekasih baru lebih berada, tetapi sejauh mana pasangannya itu mahu menampung kehidupannya?

Kalau wanita bersikap pisau cukur, alamat tidak lamalah kebahagiaan dikecap. Lelaki berharta semestinya berdahi licin akan bertemu gadis lain. Bagi lelaki pula, hanya wanita bodoh sahaja hendak menanggung perbelanjaan lelaki itu. Suatu hari kelak, sang wanita pasti akan berasa tertindas oleh lelaki dayus tidak bertanggungjawab itu.

Lelaki atau wanita kalau sudah biasa bergantung wang dengan orang, pasti takkan mampu mengubah dirinya. Sudahnya, mati kering kamu hendak mencari wang demi menampung berbelanjaan dia. Kamu pula sepatutnya bersyukur kerana terlepas dari cengkaman pasangan begitu. Berbahagialah!

Kekasih 4
Isunya apabila si dia enggan bertemu keluarga kamu. Padahal bukannya kamu hendak memaksa dia lekas-lekas berkahwin. Kamu sedia memaklumkan kepadanya, memang sebelum-sebelum ini setiap kenalan kamu pasti akan bertandang ke rumah.

Alasan diberinya, jikalau melibatkan orang tua pasti kena cepat kahwin. Jadi, nampak sangat dia tidak serius denganmu. Mulalah dia mencari silap kamu, katanya setiap perbualan hanya mengenai dirimu sahaja. Oh, sekarang kamu pula dituduh mementingkan diri sendiri.

Usahlah berduka lara demi lelaki atau wanita seperti ini. Mereka seperti ini pada masa akan datang akan bersikap lepas tangan dengan keluargamu. Orang kata, ibu dan bapa kamu tak boleh tumpang senang dengan dia. Kalau ibu atau bapa kamu sakit deman, dia takkan peduli hendak pulang ke kampung.

Padahal dia juga bakal tua suatu masa kelak. Anak-anak akan melihat contoh daripada diri kita. Apa juga diperlakukan kepada keluargamu, tidak mustahil bakal terjadi pada dirinya. Belum tentu menantu kamu seorang berbudi. Pendek kata, karma pasti akan terpalit kembali pada dirinya.

Benar, kamu perlu memilih kekasih hati dengan memandang ke depan. Hubungan berlangsung hari ini bukan sekadar untuk waktu terdekat sahaja. Perhatikan sifat si dia dan cuba tanyakan dalam diri, apakah pilihan kamu pada masa hadapan akan bersifat adil dengan diri kamu. Kata hati pasti benar jikalau sudah ada titik rasa tidak senang dengan fiilnya.





*Artikel dari gua.com.my


BILA LELAKI MELAHIRKAN ANAK.


Korang ingat tak lelaki ni???Yang merupakan seorang wanita tetapi kemudiannya melakukan pertukaran jantina. Kisah selanjutnya dibawah ye.....

Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino.


Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.

Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung.
Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.
Tetapi satu perkara yang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.
“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu.
Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya.

Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.
Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.
“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,” katanya.
Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.
“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.
Ini lah lelaki itu yang bernama SUSAN BEATIE....



Secara teknikal nya dia ni masih seorang perempuan sebab dia tak buang rahim dia. Kalau tak memang tak leh lah kan. Tapi bila tengok dia berjambang,dengan bulu ketiak seperti itu,agak mengerikan dan memelikkan pandangan mata aku lah juga tengok dia dengan perut begitu. Sebab terbiasa tengok perut lelaki boroi je kan. 

Dia ni dah pun melahirkan anak 3 orang anak tapi hidup dalam keadaan terpinggir. Dipulaukan keluarga baik dari sebelah dia sendiri atau pun sebelah isteri. Tetapi apa-apapun asal diorang bahagia dengan cara sebegini, biarlah ye.


*Boleh bayangkan tak kalau memang seorang lelaki tulen diberikan peluang mengandung dan melahirkan??dapat ke diorang tahan sakit macam seorang wanita ye???AKU TENGAH FIKIR NI.............



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...